Tutorial Wordpress

WordPress: Ikon Imej Untuk Komen Blog Menggunakan Gravatar

Hairan imej rakan muncul ketika berkomentar & anda tidak?

Pernahkah anda perasan kalau setiap kali anda berkomentar di laman blog rakan atau anda sendiri, terdapat sesetengah laman membenarkan anda memaparkan imej / foto / ikon / avatar beserta nama anda ketika berkomentar? Dan tahukah anda ini sesuatu yang bagus jika anda ingin meningkatkan visibiliti anda kepada masyarakat internet / blogger?

Tingkatkan visibiliti di alam maya

Melihatkan antara salah satu tujuan berkomentar di laman blog adalah untuk meningkatkan visibiliti diri anda di alam maya selain membina backlink, apa kata jika anda menambah rencah yang lebih pedas dengan menambah imej / avatar anda di sebelah ruang komen anda di dalam setiap blog selepas ini.

Malah, lebih menarik lagi, dengan teknik ini, berkemungkinan komen-komen yang pernah anda tinggalkan sebelum ini juga akan muncul imej anda juga. Sepertimana contoh di bawah.

Ikon Imej Komen Blog Gravatar images (9)

Aktifkan Avatar anda dengan Gravatar

Langkah 01

Layari laman web ini – Gravatar.com untuk memulakan tutorial.

Ikon Imej Komen Blog Gravatar images (8)

Langkah 02

Jika anda tiada akaun lagi, klik pada butang ‘login’ dan klik pada pautan ‘sign up’.

Ikon Imej Komen Blog Gravatar images (7)

Anda akan diminta untuk membekalkan email untuk signup.

PERHATIAN: Masukkan email yang biasa anda gunakan untuk berkomentar. Bukan email lain.

Kerana apa sahaja email yang anda setkan di sini, email ini sahaja yang akan menerima ikon / imej / avatar yang akan anda tetapkan melalui tutorial ini.

Langkah 03

Buka email yang anda pilih dan klik pautan pengaktifan.

Ikon Imej Komen Blog Gravatar images (6)

Langkah 04

01 – Pilih username yang boleh digunakan. Klik ‘check’ untuk semak keberadaan username tersebut.

02 – Pilih password anda.

03 – Klik signup untuk meneruskan pendaftaran.

Ikon Imej Komen Blog Gravatar images (5)

Gunakan lebih dpd satu (1) email untuk berkomentar?

Jangan risau kerana anda boleh menambah lebih dari satu email melalui akaun yang sama. 😉

Ikon Imej Komen Blog Gravatar images (4)

Langkah 05

Seterusnya, tambah imej / ikon / foto anda / avatar yang anda ingin gunakan / muncul ketika berkomentar agar orang kenal bahawa yang berkomen adalah anda. 🙂

01 –  Klik butang ‘my account’ dan klik ‘add an image’

02 – Pilih pilihan pertama untuk muat naik imej dari cakera keras anda.

03 – Klik ‘choose file’ untuk pilih imej anda.

04 – Double click imej pilihan anda untuk memuat naik kannya.

Ikon Imej Komen Blog Gravatar images (3)

Langkah 06

Anda masih boleh mengubahsuai dengan fungsi ‘crop’ walaupun sudah memuat naik imej. Jadi, jika anda ingin fokus pada wajah anda sahaja, anda boleh crop agar pilihan hanya pada wajah anda sahaja.

Ikon Imej Komen Blog Gravatar images (2)

Langkah 07

Penarafan jenis imej anda akan memastikan imej tersebut hanya akan muncul jika laman web tersebut sesuai dengan taraf yang anda tetapkan. Mudah bicara, ambil sahaja ‘rated G’ agar imej boleh muncul dalam mana-mana laman web yang anda komen.

Ikon Imej Komen Blog Gravatar images (1)

Kini anda sudah bersedia untuk berkomentar dengan lebih bergaya kerana rakan maya anda akan mula perasan kewujudan anda ketika berkomentar.

Ikon Imej Komen Blog Gravatar images (10)

Jika sebelum ini komentar anda hanya sekadar teks dan nama sahaja. Kadangkala pula nama pena yang digunakan langsung tidak mewakili diri anda (nama anda). Sudah pasti lah tiada siapa yang memberi perhatian. Berbeza sekarang kerana imej anda akan turut terpapar apabila berkomentar.

+ ———————————— Soalan hari ini ———————————— +

Untuk memastikan anda mengikuti tutorial ini, apa kata anda tinggalkan komen anda di bawah pos ini dan saya ingin lihat samada imej anda muncul atau pun tidak. 😉