WordPress: Atasi Masalah Memasukkan Banyak Imej Sekaligus

Kesabaran yang tinggi diperlukan jika anda memilih kerjaya membina tutorial design. Ini kerana selain anda perlu meluangkan masa menulis tutorial terdapat beberapa perkara lain yang sangat renyah iaitu.
- Membuat screenshot langkah demi langkah
- Mengedit untuk memasukkan samada ayat, anak panah atau petunjuk bagi memudahkan pembaca memahami imej tersebut
Namun yang lebih sulit sebenarnya adalah untuk memuat naik SEMUA imej tutorial yang diperlukan.
Jika anda biasa menggunakan sistem WordPress, anda akan tahu bagaimana payahnya jika anda ada 10 imej dan anda hanya boleh memasukkan imej ke dalam pos satu per satu. Memuat naik tiada masalah, untuk memasukkan ke dalam pos yang leceh sebenarnya.
Faster Image Insert Plugin
Adalah plugin yang telah saya gunakan sekian lama untuk menyelesaikan masalah ini. Kerana menyediakan tutorial, proses memasukkan imej adalah super luar biasa dari penulis-penulis blog biasa. Kerana keseluruhan tutorial bergantung kepada screenshot-screenshot tersebut.
Memudahkan proses memasukkan banyak imej dalam satu masa.
Langkah 01:
Dapatkan plugin Faster Image Insert di sini:
Klik untuk muat turun plugin Faster Image Insert
Langkah 02:
Upload plugin Faster Image Insert dan aktifkan.
Langkah 03:
Buka tab Faster Image Insert untuk melakukan tetapan sebelum mula menggunakannya.
Bayangkan imej sebanyak ini …
Bayangkan jika anda memiliki imej sebanyak ini dan satu-satu cara yang boleh anda lakukan untuk memasukkan ke dalam pos adalah dengan klik satu demi satu. Itu … pasti … sangat … susah …
Namun bagi tujuan tutorial ini, saya hanya akan memuat naik 5 imej sahaja. 😉
Langkah 04:
Selepas selesai melakukan tetapan, anda boleh mula membina pos.
- Mulakan dengan membina introduksi / pengenalan kepada tutorial anda.
- Berhenti apabila anda ingin mula menggunakan imej.
- Jangan tulis pos anda sepenuhnya dengan melangkaui imej-imej yang ingin anda masukkan.
- Selepas semua imej telah dimasukkan, baru anda menulis pos-pos seterusnya di antara imej-imej berkenaan.
- Kerana jika tidak, anda terpaksa menyusun sekali lagi imej-imej berkenaan di antara pos langkah-langkah yang telah anda siapkan itu.
Kenalpasti kedudukan Faster Image Insert
Tab Faster Image Insert seharusnya berada betul-betul di bawah panel editor WYSIWYG anda. Tetapi jika anda memiliki plugin lain yang turut memiliki fungsi yang sama, anda mungkin ingin mencari ke bawah sedikit. Visual di bawah adalah tab Faster Image Insert.
Langkah 05:
- Muat naik kesemua imej anda dengan Select All.
- Drag ke dalam tab Faster Image Insert yang dilabel “Drop Files Here”.
- Bar menunjukkan imej sedang dimuat naik. Tunggu sehingga semua imej habis dimuat naik.
- Selesai sahaja, klik butang – Save All Changes.
- Anda akan dibawa ke tab baru – Gallery.
Langkah 06:
Ubahsuaian Pertama – anda boleh menyusun semua imej agar apabila anda klik butang – Insert Selecter Images, semua imej akan tersusun mengikut kehendak anda di dalam pos.
Langkah 07:
Scroll ke bawah dan anda akan menemui bahagian – Mass Image Edit.
- Anda boleh ubahsuai image Alt-texts, pautan imej, (align image) kedudukan imej dan saiz imej anda.
- Klik butang – Apply Changes dan ubahsuaian akan disuntik ke dalam semua imej anda tadi.
- Selesai ubahsuai, klik butang – Save All Changes dan laman akan load untuk menyimpan semua ubahsuaian tadi.
Hasil Ubahsuaian:
- Semua imej kini berada di dalam susunan yang betul.
- Ubahsuaian yang anda lakukan tadi akan dilihat di dalam setiap imej.
Langkah 08:
Anda boleh mula memasukkan semua imej sekaligus ke dalam pos anda.
- Klik butang – Invert Selection untuk memilih semua imej (tanda right muncul di dalam kotak).
- Klik butang – Insert Seleceter Images.
Semua Imej Dimasukkan Sekaligus:
Dan jika anda melihat prebiu pos anda, kesemua imej akan muncul di dalam pos anda.
Prebiu Hasil Muat Naik Faster Image Insert:
Ini adalah contoh, hasil apabila semua imej anda sudah dimuat naik. Sudah tentu untuk tujuan tutorial ini, saya hanya menggunakan 5 imej sahaja.
Tetapi jika anda memiliki 20, 30 atau 50 imej sekalipun, kesemua imej akan dimasukkan sekaligus.
Dan selepas semua imej anda telah dimasukkan, barulah anda boleh meneruskan penulisan langkah demi langkah di antara setiap imej tersebut. Sekarang pasti anda sudah faham kenapa anda tidak boleh menulis kesemua tutorial dahulu sebelum memasukkan semua imej seperti di atas.
Jika anda sudah menggunakan plugin ini sekarang atau ingin mencubanya sekarang, kongsikan bersama pengalaman anda menggunakan plugin menarik ini melalui ruang komen di bawah.