Teknologi

Wacom Intuos CTH 480 & 680 menggantikan Bamboo CTH 470 & 670

Wacom telah melancarkan produk baru mereka sejak sebulan lepas iaitu Intuos CTH 480 dan Intuos CTH 680. Apabila difikirkan bahawa ini merupakan sebuah produk yang baru memandangkan ia di bawah siri Intuos, saya mula membandingkan spesifikasi yang terdapat pada Bamboo Fun CTH 670 saya dengan model baru Intuos CTH 680 ini. Dan di bawah adalah apa yang saya dapati.

Perbezaan spesifikasi

Apabila saya bercerita tentang model Intuos CTH 680 dan Bamboo Fun CTH 670, anda boleh mendapatkan gambaran yang sama bagi model Intuos CTH 480 dan Bamboo Fun CTH 470 kerana tiada banyak perbezaan kecuali pada saiznya sahaja.

Bahagian yang di’highlight’ berwarna merah adalah perbezaan yang terdapat di antara kedua-dua model.

2013-10-14_160409

Selain daripada video rasmi Wacom ini, beberapa hari yang lalu seorang jurufoto telah memuat naik sebuah lagi video review berkenaan produk yang sama. Model yang beliau miliki adalah Intuos CTH 480.

Jangan risau kerana melaluinya anda akan mendapat gambaran yang jelas tentang produk-produk yang lain. Dan review saya di bawah ini juga akan bersandarkan review yang beliau lakukan dan dengan model Wacom tablet yang saya miliki sekarang (CTH 670).

 

Video Unboxing Intuos CTH 480 2013

 

Video Review Intuos CTH 480 2013

Jadi berikut ini adalah penerangan ringkas apakah perbezaan di antara model lama Bamboo CTH670 dan model 2013 Intuos CTH680 yang saya garap melalui dapatan saya sendiri dan berdasarkan video review yang disediakan di atas kerana saya masih belum berpeluang bermain dengan Intuos 2013 ini, maka saya bergantung kepada review yang telah tersedia.

 

Apa yang berbeza di Intuos CTH680 2013?

[toggle title_open=”Perbezaan saiz dan berat tablet Intuos CTH680 dan Bamboo CTH670 – Close Me” title_closed=”Perbezaan saiz dan berat tablet Intuos CTH680 dan Bamboo CTH670 – Open Me” hide=”yes” border=”no” style=”default” excerpt_length=”0″ read_more_text=”Read More” read_less_text=”Read Less” include_excerpt_html=”no”]

Wacom menjawab persoalan “Kenapa perlu bezel yang sangat besar dengan active area yang sangat kecil?” pada tahun 2013 ini dengan mengeluarkan model yang bersaiz lebih kecil (20% pengecilan) dengan mengekalkan active area yang sama.

[box type=”info”]Active area adalah kawasan aktif yang boleh mengesan input daripada pen anda. Ia biasanya ditanda dengan memilikili garisan keliling atau penanda pada setiap bucu. Inactive area kemungkinan berfungsi sebagai kawasan rehat tangan; memberi keselesaan untuk anda meletakkan tapak tangan anda ketika menggunakan tablet.[/box]

 

Saiz ‘bezel’ yang lebih kecil berbanding model sebelumnya – 77mm!

Intuos CTH680 dikecilkan daripada Bamboo CTH670 (352 x 209 x 9.8 mm) kepada dimensi (275 x 222 x 10 mm) iaitu pengurangan sebanyak 77 mm lebar.

vlcsnap-00001

Bagi orang seperti saya yang lebih selesa design di luar, drawing tablet ini mesti sentiasa berada di dalam beg saya. Dan pengalaman Bamboo CTH670 kurang menyelesakan kerana saiznya yang sama besar dengan laptop Asus 14 inci saya.

Sudah pasti casingnya lebih besar lagi dan tidak muat ke dalam beg. Menjadikan kebanyakan masa saya hanya menyimpannya tanpa casing dan terdedah kepada bahaya calar dan patah.

vlcsnap-00003

 

Perbezaan berat sebanyak 120 gram!

Dengan perbezaan sebanyak ini, saya pasti anda juga dapat merasakan perbezaan beratnya. Bayangkan sebuah peranti bimbit. Dengan perbezaan beberapa gram sahaja sudah terasa perbezaannya. Apatah lagi jurang sebanyak 120 gram – Wacom Bamboo CTH 670 pada berat 620 gram berbanding Intuos CTH 680 pada hanya seberat 520 gram sahaja!

vlcsnap-00002

[/toggle]

[toggle title_open=”Bentuk Pressure Pen Intuos CTH680 menyamai Pen Intuos 5 – Close Me” title_closed=”Bentuk Pressure Pen Intuos CTH680 menyamai Pen Intuos 5 – Open Me” hide=”yes” border=”no” style=”default” excerpt_length=”0″ read_more_text=”Read More” read_less_text=”Read Less” include_excerpt_html=”no”]

Selain tahap sensitif Intuos 5 (kini dikenali sebagai Intuos Pro) yang lebih tinggi, ia juga menjadi dambaan artis grafik disebabkan bentuk pen nya yang sangat ergonomik. Berbeza dengan pen Bamboo CTH670, bentuknya lebih menegak dan tiada lekuk yang memberi keselesaan kepada jari anda seperti pada Intuos Pro.

intuos cth 480 680 image (1)

 

Cincin getah yang boleh ditukar ganti (cincin getah tambahan disertakan).

Bersama set pembelian anda, anda juga akan menerima cincin getah berwarna hitam sekiranya anda lebih menggemari warna union hitam berbanding cincin biru yang disertakan pada asalnya.

intuos cth 480 680 image (7)

 

Grip kembung seperti Pen Intuos 5 (Intuos Pro) yang selesa.

Bahagian kembung pada grip Pen Intuos CTH680 antara yang menjadikan pakej ini lebih menarik kerana keselesaan yang diberikan.

intuos cth 480 680 image (6)

Walaubagaimanapun, jika anda benar-benar ingin merasai keselesaan dan grip yang lebih sedap dan kemas, anda mesti memiliki Pen Intuos Pro. Kerana ianya sangat berbeza.

[/toggle]

[toggle title_open=”Kedudukan kabel Intuos CTH680 dan sudut membengkok ke kiri – Close Me” title_closed=”Kedudukan kabel Intuos CTH680 dan sudut membengkok ke kiri – Open Me” hide=”yes” border=”no” style=”default” excerpt_length=”0″ read_more_text=”Read More” read_less_text=”Read Less” include_excerpt_html=”no”]

Kabel Bamboo CTH670 menegak dan boleh dikatakan memakan ruang sekirangan anda masih menggunakan keyboard pada masa yang sama (diletakkan di sebelah kanan atau kiri anda).

Maka kabel Intuos CTH680 pada kedudukan di sebelah kiri atas dan sudut membengkok ini dikatakan dapat menyelesaikan masalah ini.

gallery-image-8

Ia dikatakan serasi digunakan untuk pengguna tangan kanan dan kidal. Namun dengan design kabel sebegini, rasanya ia agak kurang selesa bagi pengguna kidal. Kecuali kabel micro-usb ini berkebolehan dipusingkan seperti kabel lightning yang digunakan secara menyeluruh pada peranti bimbit Apple Inc.

[/toggle]

[toggle title_open=”Design Intuos CTH680 yang lebih minimal & professional – Close Me” title_closed=”Design Intuos CTH680 yang lebih minimal & professional- Open Me” hide=”yes” border=”no” style=”default” excerpt_length=”0″ read_more_text=”Read More” read_less_text=”Read Less” include_excerpt_html=”no”]

Design baru body Intuos CTH680 sebenarnya antara perkara yang membuatkan saya jatuh hati kepada model baru ini.

 

Kenapa saya kurang meminati design body Bamboo CTH670?

Kemasan warna hitam dan silver sangat menyerlahkan stail minimal dan profesionalnya. Berbanding dengan model sebelumnya, Bamboo CTH670 berwarna hitam keseluruhannya dan memiliki kemasan prisma (triangular) pada bahagian butang fungsi.

Namun penggunaan warna hitam keseluruhannya meneggelamkan kemasan prisma ini.

akhijoe com - intuos cth 680 480

Dan suka saya katakan model baru ini sangat elegan jika diletakkan bersebalahan dengan peranti iMac atau Macbook Pro anda. Ia seolah-olah dibina khusus bagi menyesuaikan stail iMac atau Macbook Pro.

[/toggle]

[toggle title_open=”Permukaan papan Intuos CTH680 lebih licin – Close Me” title_closed=”Permukaan papan Intuos CTH680 lebih licin – Open Me” hide=”yes” border=”no” style=”default” excerpt_length=”0″ read_more_text=”Read More” read_less_text=”Read Less” include_excerpt_html=”no”]

Ini mungkin satu kekurangan yang terdapat pada model baru ini. Sejarah pembinaan drawing tablet sendiri menyatakan bahawa ia tidak boleh memimik sepenuhnya pengalaman artis grafik yang melukis di atas sehelai kertas.

vlcsnap-00004

Bagi saya, rasa seperti melukis di atas fabrik kertas juga penting. Yang mana rasa kasarnya dan sekatan (resistant) ketika melukis haruslah ada dan bukan seperti melukis di atas permukaan kaca yang licin.

Permukaan papan Intuos CTH680 yang dikatakan lebih licin ini pasti menghilangkan lagi rasa yang sedia ada sejak dahulu lagi pengalaman melukis atau melakar di atas sekeping kertas.

[/toggle]

[toggle title_open=”4 butang fungsi pada bahagian atas tablet – Close Me” title_closed=”4 butang fungsi pada bahagian atas tablet – Open Me” hide=”yes” border=”no” style=”default” excerpt_length=”0″ read_more_text=”Read More” read_less_text=”Read Less” include_excerpt_html=”no”]

Perbezaan ketara di antara Intuos CTH680 dan Bamboo CTH670 adalah seolah-olah ia dipusingkan sebanyak 90 darjah. Daripada butang pada bahagian sisi, kini berada pada sebelah atas pula.

intuos cth 480 680 - Copy

Disebabkan saya masih belum menggunakannya lagi, maka saya tidak dapat memastikan adakah ia lebih selesa atau tidak untuk memiliki keempat-empat butang pada bahagian atas. Malah dua butang kini berada di sebelah kanan dan dua lagi berada di sebelah kiri.

[quote]Malah keempat-empat butang tersebut kini dipisahkan dengan dua butang kini berada di sebelah kanan dan dua lagi berada di sebelah kiri.[/quote]

Apa pun, pada pengalaman saya sebenarnya, saya langsung tak pernah menggunakannya pun. Jadi tiada masalah.

vlcsnap-00005

[/toggle]

[toggle title_open=”Kain pemegang pen (pen holder) boleh tukar – Close Me” title_closed=”Kain pemegang pen (pen holder) boleh tukar – Open Me” hide=”yes” border=”no” style=”default” excerpt_length=”0″ read_more_text=”Read More” read_less_text=”Read Less” include_excerpt_html=”no”]

Cincin getah pada bahagian atas Pen Intuos bukanlah satu-satunya bahagian yang boleh dibuka dan ditukar, kain pemegang pen (pen holder) pada bahagian atas Intuos CTH680 juga boleh ditukar kepada warna hitam (disertakan dalam pek) atau jika anda tidak meminatinya, anda boleh menanggalkannya terus. Antara inovasi yang agak memandang ke hadapan.

intuos cth 480 680 image (4)

[/toggle]

[toggle title_open=”Boleh menggunakan bersama Wireless Accessory Kit – Close Me” title_closed=”Boleh menggunakan bersama Wireless Accessory Kit – Open Me” hide=”yes” border=”no” style=”default” excerpt_length=”0″ read_more_text=”Read More” read_less_text=”Read Less” include_excerpt_html=”no”]

Seperti Bamboo CTH670, Intuos CTH680 juga boleh digunakan bersama Wireless Accessory Kit (WAK). Dan jika anda bercadang untuk bertukar kepada tablet baru ini, anda boleh menggunakan Wireless Accessory Kit yang sama pada peranti drawing tablet Wacom baru ini.

vlcsnap-00007

 

3 panel boleh buka berbanding 2 pada model sebelumnya

Secara keseluruhannya, terdapat 3 panel yang boleh dibuka pada bahagian belakang model Intuos CTH680 iaitu panel bateri Wireless Accessory Kit, panel kain pemegang pen (pen holder) dan panel penerima (receiver) Wireless Accessory Kit.

intuos cth 480 680 image (5)

 

Perlukah Wireless Accessory Kit (WAK)?

Jika anda bertanya pada saya, saya akan katakan MESTI. Kerana jika anda seorang yang sukakan kebebasan berkarya tanpa tersekat dengan kabel di sana sini, maka anda mesti mendapatkan kit wireless ini. Juga disebabkan beberapa faktor yang lain.

[unordered_list style=”tick”]

  • Ini boleh didapati pada harga serendah RM140 (beli dari eBay antarabangsa).
  • Ia dicaj sepenuhnya dalam masa singkat dan boleh bertahan berhari-hari lamanya.
  • Untuk meningkatkan masa bertahannya, ia secara automatik boleh TURN OFF jika tidak digunakan selepas beberapa ketika.
  • Boleh digunakan jika anda terlupa membawa kabel.
  • Ia dicaj pada masa yang sama ketika anda menggunakan kabel. Ini benar-benar meningkatkan efisiensi kerja anda.

[/unordered_list]

[/toggle]

 

Keputusan di tangan anda.

Itu sahaja untuk review Intuos CTH 480 dan Intuos CTH 680. Perbandingan telah dibuat di antara kedua-dua model.

Jadi, pilihan di tangan anda samada untuk mendapatkan model baru ini atau jika anda sudah memiliki model Bamboo CTH 470 atau 670, adakah berbaloi untuk anda mendapatkan model baru Intuos CTH 480 atau 680 ini.