Tutorial Videografi

Panduan membuat video tutorial

Tips penyediaan video tutorial ini disediakan oleh JomwebTV dan dengan sedikit ubahsuaian – saya mengambilnya sebagai versi Grafik Malaya. Jadi kepada kalian yang buat kali pertamanya ingin cuba menyediakan video tutorial dan kongsikannya secara online, anda boleh merujuk kepada panduan di bawah.

Persiapan Peralatan

  1. Mikrofon yang baik. Dicadangkan mendapatkan mikrofon dengan ciri “noise-cancelling”.
  2. Contohnya seperti plantronics, theboom, atau sekurang-kurangnya phillips.
  3. Secara umumnya, produk Logitech tidak dicadangkan.
  4. Sekiranya tiada, pastikan persekitaran anda sangat senyap. Dan pastikan anda lakukan “noise-canceling” kelak.

Persiapan Persekitaran

  1. Bilik yang senyap tanpa gangguan daripada orang luar.
  2. Tutup sebarang peralatan yang mungkin menggangu seperti telefon, jam loceng dan sebagainya.
  3. Tutup kipas dan air-cond, terutamanya sekiranya anda tidak mempunyai mikrofon yang baik untuk menapis.
  4. Di dalam komputer, tutup sebarang perisian yang akan memberi apa-apa peringatan dan makluman
  5. Contohnya seperti yahoo messenger, google talk, email, antivirus dan lain-lain.
  6. Pastikan tiada siapa akan mencari anda atau mempunyai temujanji dalam masa terdekat.
  7. Sekiranya membuat rakaman di rumah dan ada orang lain di dalam rumah, tutup pintu
  8. Dan lekatkan notis yang sepatutnya di hadapan pintu.
  9. Contoh adalah seperti, “rakaman sedang dijalankan. Habis jam 10.00. Jangan ketuk atau buka!”.

Semasa Rakaman

  1. Gunakan sebarang perisian rakaman skrin yang bersesuaian. Boleh gunakan Camtasia berbayar.
  2. Atau gunakan Camstudio yang percuma namun kualitinya kurang bagus.
  3. Sebuah lagi perisian percuma adalah bbflashback express.
  4. Sekarang saya menggunakan Screencast-O-Matic, sebuah aplikasi web-based dengan gabungan java applet.
  5. Anda juga boleh menggunakan Screenr.
  6. Mulakan dengan memaparkan teks dengan judul tutorial anda untuk beberapa saat.
  7. Langkah ini juga boleh dibuat semasa mengedit video kelak.
  8. Jangan lupa untuk memperkenalkan diri. Mulakan dengan siapa anda dan apa yang anda akan ajarkan.
  9. Pastikan anda merakam 3-5 saat bunyi senyap untuk dijadikan contoh bunyian untuk noise-removal kelak.
  10. Apabila menaip atau menunjukkan tulisan pada skrin, zoom atau besarkan saiz teks supaya senang di baca.
  11. Sekiranya anda menaip sesuatu URL atau alamat web di “browser” untuk dilayari, tuliskan dulu di “text editor”.
  12. Pastikan ianya boleh dibaca sebelum menulisnya kembali di “browser”.
  13. Lakukan setiap langkah dengan perlahan dan jelaskan apa yang anda sedang lakukan.
  14. Elakkan daripada mengguna “shortcut” lebih-lebih lagi apabila anda tidak menerangkannya.
  15. Rancang perjalanan video anda dan buat persiapan sewajarnya.
  16. Seperti memuat turun terlebih dahulu bahan berkaitan dan menyediakan folder khas untuk demonstrasi.
  17. Pastikan tiada maklumat peribadi atau perkara rahsia kelihatan di komputer apabila membuat rakaman.

Format

  1. Skrin – dicadangkan merakam pada 720p iaitu pada resolusi skrin 1280 x 720 piksel.
  2. Tempoh video, pastikan ianya tidak melebihi 30 minit.
  3. Sekiranya lebih, rancang dan pecahkan video tutorial anda kepada beberapa bahagian.
  4. Video akan dihos di akaun youtube anda sendiri. Pastikan akan mempunyai akaun sendiri.

Pos-Produksi

  1. Gunakan perisian seperti audacity untuk membuang bunyi latar sekiranya perlu.
  2. Biasakan merakam beberapa saat bunyi “senyap” dalam video sebagai contoh untuk “noise-removal”.
  3. Tambahkan “watermark” logo pada mana-mana penjuru video menandakan video adalah milik anda.
  4. Buangkan video berlebihan di awal dan hujung video sekiranya perlu.
  5. Tambahkan paparan teks dengan judul tutorial anda di awal video sekiranya anda tidak merakamnya.
  6. Lakukan efek zoom-pan di mana perlu supaya penonton lebih jelas apa yang anda tunjukkan.

Bahasa

  1. Bahasa pengantar utama adalah bahasa melayu. Video tutorial mesti disampaikan dalam bahasa melayu.
  2. Penggunaan bahasa inggeris untuk sesetengah istilah dibenarkan
  3. Terutamanya apabila ia lebih mudah difahami berbanding bahasa melayu.

Youtube

  1. Muat naik video tutorial anda ke Youtube.
  2. Buka akaun baru atau gunakan akaun google sedia ada.
  3. Pada dasarnya akaun anda hanya boleh menghantar video untuk tempoh 10 minit ke bawah sahaja.
  4. Sekiranya akaun anda tidak boleh menghantar video yang panjang tempohnya, rancang video tutorial anda.
  5. Tulis maklumat yang bersesuaian tentang video sebagai “description” dan “title” supaya ianya boleh dicari kelak.

Perisian – Rujukan

  1. Audacity
  2. Windows Movie Maker
  3. Screenr
  4. Screencast-O-Matic
  5. Camstudio Percuma
  6. Camtasia Studio (Berbayar)
  7. Bbflashback Express

Semoga panduan yang disediakan dapat membantu anda menghasilkan video tutorial yang lebih profesional dan jelas difahami oleh penonton video tutorial anda kelak. 😉

[box]Sumber – JomWeb TV[/box]