Artis Pilihan Inspirasi

Ubati Rindu Kurier Lama Tak Berkunjung Ke Rumah Anda – Vektor Toyota Hiace Kurier Oleh Fendy Saad

Sepanjang musim PKP menunjukkan peningkatan mendadak tempahan atas talian. Menunggu kedatangan van kurier di hadapan rumah setelah 3-4 hari membuat tempahan online adalah perkara yang amat mengujakan sejak bermulanya PKP 2 bulan lalu.

Sekurang-kurangnya, hanya abang-abang penghantar kurier ini sahaja yang ke sana ke sini ke sana ke sini sepanjang musim PKP. Menantikan kedatangan abang kurier sedikit sebanyak menjadi norma baru (new normal) sekarang.

Jadi, kepada anda yang dah lama tak menempah di atas talian atau sudah seminggu menunggu barang tapi tak sampai-sampai, van Toyota Hiace syarikat-syarikat kurier rekaan saudara Fendy Saad ini pasti dapat mengubat kerinduan anda terhadap mereka.

https://www.facebook.com/fqemo.creative/posts/2761759630539772

Semoga di bulan Ramadan yang mulia ini, pastikan anda tidak terlihat kelibat van yang terakhir sekali (last) di kawasan anda. Kerana ia hanya membawa kepada 1 kemungkinan sahaja, pastikan ia bukanlah anda.

Puasa jangan tak puasa.