tutorial-nizamaziz-00

Kalau anda selalu tengok poster sebegini, pastinya dah lebih 10 kali anda memuji kehebatan kemahiran pereka grafik di sebalik poster-poster sebegini. Hakikatnya, anda juga mampu melakukannya. Saudara Khirulnizam Aziz ada tutorialnya dan beliau sangat berbesar hati untuk berkongsi tutorial tersebut bersama-sama dengan kita.

Langkah 1

Bina layer/canvas baru (Ctrl+N) ► Saiz: A4/100dpi ► Klik OK. Seterusnya penuhkan ruangan kanvas (background) dengan warna hitam #000000. Klik Type Tool (T) ► Type “GRAFIK MALAYA” dengan tulisan berwarna putih #FFFFFF.

tutorial-nizamaziz-01

Langkah 2

Pilih layer teks GRAFIK MALAYA ► Klik kanan ► Klik Rasterize‘.

tutorial-nizamaziz-02

Langkah 3

Double click pada layer teks tersebut ► Pilih Gradient Overlay pada menu Styles.

tutorial-nizamaziz-03

Langkah 4.1

Ubah atau tambah kesan Gradient seperti dalam foto di bawah ► Klik OK.

Teknik: Selang selikan antara warna putih #FFF dan hitam #000. Tak perlu terlalu cantik susunannya. Sekadar kelihatan olek sudah memadai. Dalam masa yang sama, lihat preview pada kanvas utama. Pastikan anda mendapat kesan (effect) yang lebih kurang seperti di bawah.

tutorial-nizamaziz-04.1

Langkah 4.2

Masih pada Styles yang sama ► tetapkan sudut/angle kepada 80 darjah ► Klik OK.

tutorial-nizamaziz-04.2

Langkah 5.1

Klik Polygonal Lasso Tool untuk mengaktifkannya.

tutorial-nizamaziz-05.1

Langkah 5.2

Bahagian ini, terpulang kepada kreativiti masing-masing. Anda bebas untuk membuat potongan pada tulisan GRAFIK MALAYA. Gunakan Move Tool (V) untuk menggerakkan bahagian-bahagian yang telah dipotong. Tidak perlu ada pattern-pattern tertentu. Lakukannya tanpa berfikir. Ia akan kelihatan lebih natural.

tutorial-nizamaziz-05.2

Langkah 6

Double click pada layer teks GRAFIK MALAYA (yang telah di-rasterized) ► Klik Bevel & Emboss StylesContour ► Ubah Depth & Size mengikut kesesuaian. Dalam tutorial ini saya menggunakan Depth=15, Size=2 ► Klik OK.

tutorial-nizamaziz-06

Langkah 7

Untuk menghasilkan kesan khas sinaran/glow pada tulisan, Aktifkan Brush (B)Brush GlowOpacity=70-100%. Kecil & besarkan saiz berus mengikut kesesuaian sepanjang menghasilkan kesan khas sinaran ini. Pastikan ianya berwarna putih #FFF.

Tip: Anda boleh membesar & mengecilkan saiz berus dengan pantas dengan klik kekunci [ (kecilkan) dan ] (besarkan).

tutorial-nizamaziz-07

Langkah 8

Langkah seterusnya memerlukan anda menggunakan kesan khas silauan cahaya/Lens Flare Effect. Jadi, persiapkan diri anda dengan membuat carian keywordLens Flare‘ di Google Image. Untuk siri tutorial ini, saya gunakan seperti yang saya tanda di bawah.

Tip: Tutorial ini adalah untuk kegunaan pembelajaran sahaja. Kami melarang sama sekali untuk melakukan carian Google sekiranya anda menggunakan teknik yang sama untuk membuat kerja-kerja berkomisyen anda.

tutorial-nizamaziz-08

Langkah 9

Bawa masuk imej Lens Flare tadi ke dalam kanvas design anda dengan cara (1) klik & drag masuk ke dalam kanvas GRAFIK MALAYA atau cara (2) Select All (Ctrl+A)Copy (Ctrl+C) imej ‘Lens Flare‘ ► Aktifkan/beralih ke kanvas GRAFIK MALAYA ► Paste (Ctrl+V) imej ‘Lens Flare‘.

Tukarkan blending mode layer ‘Lens Flare‘ daripada Normal kepada Screen (rujuk foto di bawah).

tutorial-nizamaziz-09

Langkah 10

Tip: Sentiasa memelihara fail asal. Disebabkan ‘Lens Flare‘ ingin digunakan berulangkali, pastikan fail asalnya disimpan tanpa disentuh. Caranya dengan klik Ctrl+J (Copy Front) layer tersebut & hide dengan klik pada ikon mata (sebelah kiri layer).  Apabila ingin menggunakannya lagi, klik Ctrl+J lagi dan ubahsuai fail yang baru. Yang lama kekal tidak disentuh.

Anda sudah membuat potongan pada teks GRAFIK MALAYA dalam langkah 5.2 bukan? Jadi, dengan menggunakan Transform Tool (Ctrl+T), pusing-pusingkan (berkali-kali sampai jadi) garisan ‘Lens Flare‘ tadi mengikut alur rekahan teks GRAFIK MALAYA.

Jangan lakukannya secara berlebihan atau hasilnya kelak kelihatan tidak natural.

tutorial-nizamaziz-11

Dengan merujuk foto final di bawah, anda pasti akan mendapat lebih idea bagaimana anda perlu melakukan Langkah 10 di atas. 😉

tutorial-nizamaziz-00

Berikan pandangan dan penghargaan anda dalam ruangan komen tentang tutorial bertulis kali ini. Adakah ianya mudah? Atau terlalu sukar untuk diikuti? Lebih banyak tutorial akan dikongsi bersama dari minggu ke minggu. Pastikan anda sentiasa mengikuti siri tutorial Grafik Malaya.

Dengan izin penulis.