fbpx
Publisher Theme
I’m a gamer, always have been.

Teknik: Repitasi Dan Konsistensi Dalam Design

9

Konsistensi dalam design adalah amat penting. Konsistensi bermaksud kecenderungan organisma mengekalkan struktur dirinya iaitu kesamaan persepsi diri yang dilihat dari luar dan dalam.

Cukup dengan membuka kamus – mari kita lihat apa kepentingan konsistensi dalam design.

#01 Di dalam arena reka grafik, konsistensi juga boleh dikenali sebagai repitasi (repetition) dan ritma (rythm).

#02 Repitasi membenarkan reka grafik anda mewujudkan konsistensi yang akan membuatkan pelanggan anda lebih mudah untuk memahaminya.

#03 Apabila otak telah mula mengenalpasti paten (pattern) di dalam ritmanya, mereka akan lebih selesa, rileks dan mudah untuk memahami keseluruhan design.

#04 Repitasi (pengulangan) di dalam design jarang-jarang berlaku dengan sendirinya. Ia memerlukan perancangan oleh pereka grafik sendiri untuk mengaplikasikannya di dalam design. Jadi, draf awal design adalah amat-amat penting.

#05 Oleh sebab itu juga repitasi yang wujud konsistensi di dalamnya akan lebih menarik perhatian dan mendorong pelanggan untuk mengkajinya / mencarinya dengan lebih mendalam.

Study case : Raqib Majid AF9

Rangka promosi Raqib Majid AF9 yang saya lakukan baru-baru ini telah menggunakan teknik repitasi ini di mana ia mewujudkan konsistensi dalam rekaan saya dan mewujudkan kesatuan dalam semua design walaupun berada dalam platform yang berbeza – greeting card, profile pic, t-shirt dan vektor.

Repitasi #01 Vektor ini telah saya hasilkan menggunakan Adobe Illustrator CS5. Kenapa saya menghasilkannya dahulu? Kerana saya berpendapat, vektor ini akan menjadi bahan utama repitasi dalam semua design yg akan saya hasilkan selepas ini.

Jadi, untuk mengekalkan konsistensi sebenarnya tak perlu anda brainstorm gila-gila sekadar untuk menghasilkan pelbagai design yang berbeza TAPI dalam masa sama mengekalkan konsistensi. Owh, pecah kepala beb.

Ia semudah anda mengulangi penggunaan beberapa ikon, vektor, atau visual dalam setiap design. Itu sahaja. Anda akan lebih faham apabila memasuki design-design lain selepas ini.

Facebook Profile Picture Raqib Majid AF9

Repitasi #02 Profile Pic ini adalah untuk kegunaan Raqib Majid AF9 Fan Club di Facebook. Saiz design adalah 200×600 piksel. OK. elemen ke-dua dlm repitasi ini adalah penggunaan warna jingga & merah. Kombinasi ini terbentuk apabila daripada :

  1. Akademi Fantasia sendiri menggunakan warna merah sebagai warna rasmi
  2. Raqib Majid sendiri memang FAV warna merah ni (HP dia pn warna merah. Pelik aku bdk ni).
  3. warna jingga pula berdasarkan warna baju beliau & kontras yang terhasil antara merah & jingga begitu menyerlah.

Atas alasan ini, warna MERAH & JINGGA menjadi elemen yang begitu sesuai sebagai identiti repitasi yang akan mewujudkan konsistensi dalam design. Terus membaca & anda akan semakin faham.

Beberapa rakan peminat Raqib Majid AF9 telah menggunakannya sebagai Pic. Profile mereka juga. 🙂 Terima kasih di atas sokongan dan meluluskan bahawa “Pic Profile ini sangat COOL untuk digunakan sebagai Pic Profile saya. :)”. Huhu …

Greeting Card Raqib Majid AF9

Repitasi #03 Greeting card ini telah menggunakan sepenuhnya elemen konsistensi yang saya maksudkan. Warna merah & juga vektor Raqib Majid. Walaupun ia berada dalam platform yang berbeza, tapi anda dapat mengenalpasti bahawa design ini adalah salah satu bahan promosi Raqib Majid AF9 bukan? 🙂

Kerana apa? Kerana penggunaan semula (repitasi) vektor ini + warna merah.

T-shirt Admin Raqib Majid AF9

Repitasi #04 Menghasilkan t-shirt antara yang paling sukar kerana selalunya mereka akan control penggunaan warna kepada beberapa warna sahaja. SO, banyak warna yang digunakan ketika membuat vektor – jadi dlm design ini, saya perlu mengurangkan warna.

Sebab tu warna bibir pun jadi merah kerana nak samakan dengan warna kolar (kecil) dan perkataan RaqibMajid.AF9.

Walaubagaimanapun, semua elemen dapat dikekalkan dengan hanya menggunakan 5 warna sahaja. Sekali lagi, repitasi vektor Raqib digunakan. Walaupun latar belakang (baju) berwarna merah, tetapi dengan kehadiran vektor Raqib, repitasi dikekalkan & konsistensi terhasil. Cuba skroll semula ke atas dan lihat setiap design. Anda akan mula faham akan konsep repitasi ini.

T-shirt Fans Raqib Majid AF9

Repitasi #05 Ahaaa … satu lagi yang saya kira the best example untuk meneruskan repitasi. Penggunaan warna baju MERAH dan VEKTOR Raqib Majid AF9. 🙂 Jadi, kalaulah.. ye. Kalau anda perasan Fan Club Raqib Majid AF9 menggunakan t-shir ini, Hee … design saya lah tu. 😛 Publisiti!

Sentiasa jaga ‘visual hierarchy’

Apa itu Visual Hierarchy Tajuk ini akan saya sentuh dalam tutorial akan datang. Namun apa yang penting, ia bertujuan untuk memastikan keseluruhan design anda dapat difahami dengan mudah.

Sentiasa Draft sebelum design

Dan sekali lagi saya ulangi, ia jarang sekali berlaku secara tidak sengaja. Anda sebagai pereka grafik harus [01] mengetahuinya dan [02] merancangnya. Selalu mulakan kerja design anda dengan DRAFT dahulu keseluruhan design anda baru mulakan proses design anda.

Tujuan Buat Draft Sebelum Design

  1. Mendapat gambaran awal bagaimana hasil akhir design anda.
  2. Tidak lari dari konsep asal idea anda.
  3. Boleh membuat pengubahsuaian sebelum anda memulakan design. Anda akan membazir lebih banyak masa jika anda baru nak susun design SELEPAS design siap terbina.
  4. Menyusun informasi mana dahulu yang perlu diketengahkan dari atas sehingga ke bawah design.

Jadi rakan-rakan designer~, semoga tutorial kali ini memberi banyak input kepada anda untuk berusaha menjadi designer yang lebih baik dari masa ke masa. 🙂 Sama-sama kita berusaha!

Adios Kerampes!

Pereka grafik promosi : facebook.com/akhijoe2

Fan Club Raqib Majid : Facebook.com/RaqibMajid.AF9

9 Comments
  1. sueella says

    tutorial yg sgt membantu, tq joe

    1. Joe Grafik.my says

      🙂 sama2 … sue. web sue dah closed. why? sy nk exchange link dgn sue.

  2. haru says

    hei2 nice bro..tp aku lbih suke mmbuat draft dlm kpala jer?? emm blh ker?? aku pikir dulu 2-3 konsep then baru aku apply..mase apply tu aku tgk yg mne seswai..pastu aku edit cket2 bg nmpk cun..

    bile nak buat tutor utk buat vector???

    1. Joe Grafik.my says

      Tak ada masalah sbnrnya. tp kalau blh kita visualkan terus. sbb dlm kepala ni kita kalau blh jgn byk storage tp brainstorm. so, kalau hr ni ada idea, esok mgkn akn ada lain pula. & lusa ada lg. jd, idea baru biasa akn eliminate idea lama. kdg2 xperasan idea yg 1st is d best.

      SO, better terus visualkn dlm draft – kt photoshop or kertas. no probs. sbb nnt kalau ada idea baru. blh bandingkn blk. 🙂

      Ini apa yg sy bljr dr Cameron Moll. he’s one very famous & respected designer.

      1. haru says

        oh i see..aku kdg2 je aku buat draft..tu pn time mmg betol2 xde idea @ aku duk kt luar..sbb kalo duk kt luar aku sntiasa bwak buku kcil utk ctat idea @ bnda2 pnting..

        anyway thanks 4 da great info..nnti kena sntiase draft la 😀

        1. Joe Grafik.my says

          🙂 Hee .. Cameron kata, dia pn bljr dr anak dia. katanya … anak dia (suka melukis) bgn je tidur “Give me paper & pencil daddy!”. Huhu .. pnylah, xblh tggu lama. mean, idea kalau dtg tu kena terus visualkan. jgn tggu.

          Jadi, until now dia sndr ada papan menulis yg biasanya diver guna dlm laut utk komunikasi. dia ltk dlm blk shower. coz bila dia pause skjp dgn pegi mandi, dpt je ilham baru, kat situ gk dia tulis / rangka. 🙂

          How important isn’t it? 🙂

          1. haru says

            hehe btul tu..aku pn bile time duk dlm tndas time tu la time idea nak dtg..rase rilek jer kalo masuk lam tndas..pelik btol..huhu

            maybe i should find my old sketch book..hehe

  3. Si Ka Lang says

    nice tips bro! mmg power bro joe nie. keep it up! 😀

    1. Joe Grafik.my says

      Thanks bro si ka lang. kamon bro. i know u already got web tutorial now. 😀 let’s linked together. I’l email you ya. 😀 moga web kita sama2 bermanfaat pada semua.

Leave A Reply

Your email address will not be published.