Tutorial

Teknik: Repitasi Dan Konsistensi Dalam Design

Konsistensi dalam design adalah amat penting. Konsistensi bermaksud kecenderungan organisma mengekalkan struktur dirinya iaitu kesamaan persepsi diri yang dilihat dari luar dan dalam.

Cukup dengan membuka kamus – mari kita lihat apa kepentingan konsistensi dalam design.

#01 Di dalam arena reka grafik, konsistensi juga boleh dikenali sebagai repitasi (repetition) dan ritma (rythm).

#02 Repitasi membenarkan reka grafik anda mewujudkan konsistensi yang akan membuatkan pelanggan anda lebih mudah untuk memahaminya.

#03 Apabila otak telah mula mengenalpasti paten (pattern) di dalam ritmanya, mereka akan lebih selesa, rileks dan mudah untuk memahami keseluruhan design.

#04 Repitasi (pengulangan) di dalam design jarang-jarang berlaku dengan sendirinya. Ia memerlukan perancangan oleh pereka grafik sendiri untuk mengaplikasikannya di dalam design. Jadi, draf awal design adalah amat-amat penting.

#05 Oleh sebab itu juga repitasi yang wujud konsistensi di dalamnya akan lebih menarik perhatian dan mendorong pelanggan untuk mengkajinya / mencarinya dengan lebih mendalam.

Study case : Raqib Majid AF9

Rangka promosi Raqib Majid AF9 yang saya lakukan baru-baru ini telah menggunakan teknik repitasi ini di mana ia mewujudkan konsistensi dalam rekaan saya dan mewujudkan kesatuan dalam semua design walaupun berada dalam platform yang berbeza – greeting card, profile pic, t-shirt dan vektor.

Repitasi #01 Vektor ini telah saya hasilkan menggunakan Adobe Illustrator CS5. Kenapa saya menghasilkannya dahulu? Kerana saya berpendapat, vektor ini akan menjadi bahan utama repitasi dalam semua design yg akan saya hasilkan selepas ini.

Jadi, untuk mengekalkan konsistensi sebenarnya tak perlu anda brainstorm gila-gila sekadar untuk menghasilkan pelbagai design yang berbeza TAPI dalam masa sama mengekalkan konsistensi. Owh, pecah kepala beb.

Ia semudah anda mengulangi penggunaan beberapa ikon, vektor, atau visual dalam setiap design. Itu sahaja. Anda akan lebih faham apabila memasuki design-design lain selepas ini.

Facebook Profile Picture Raqib Majid AF9

Repitasi #02 Profile Pic ini adalah untuk kegunaan Raqib Majid AF9 Fan Club di Facebook. Saiz design adalah 200×600 piksel. OK. elemen ke-dua dlm repitasi ini adalah penggunaan warna jingga & merah. Kombinasi ini terbentuk apabila daripada :

  1. Akademi Fantasia sendiri menggunakan warna merah sebagai warna rasmi
  2. Raqib Majid sendiri memang FAV warna merah ni (HP dia pn warna merah. Pelik aku bdk ni).
  3. warna jingga pula berdasarkan warna baju beliau & kontras yang terhasil antara merah & jingga begitu menyerlah.

Atas alasan ini, warna MERAH & JINGGA menjadi elemen yang begitu sesuai sebagai identiti repitasi yang akan mewujudkan konsistensi dalam design. Terus membaca & anda akan semakin faham.

Beberapa rakan peminat Raqib Majid AF9 telah menggunakannya sebagai Pic. Profile mereka juga. 🙂 Terima kasih di atas sokongan dan meluluskan bahawa “Pic Profile ini sangat COOL untuk digunakan sebagai Pic Profile saya. :)”. Huhu …

Greeting Card Raqib Majid AF9

Repitasi #03 Greeting card ini telah menggunakan sepenuhnya elemen konsistensi yang saya maksudkan. Warna merah & juga vektor Raqib Majid. Walaupun ia berada dalam platform yang berbeza, tapi anda dapat mengenalpasti bahawa design ini adalah salah satu bahan promosi Raqib Majid AF9 bukan? 🙂

Kerana apa? Kerana penggunaan semula (repitasi) vektor ini + warna merah.

T-shirt Admin Raqib Majid AF9

Repitasi #04 Menghasilkan t-shirt antara yang paling sukar kerana selalunya mereka akan control penggunaan warna kepada beberapa warna sahaja. SO, banyak warna yang digunakan ketika membuat vektor – jadi dlm design ini, saya perlu mengurangkan warna.

Sebab tu warna bibir pun jadi merah kerana nak samakan dengan warna kolar (kecil) dan perkataan RaqibMajid.AF9.

Walaubagaimanapun, semua elemen dapat dikekalkan dengan hanya menggunakan 5 warna sahaja. Sekali lagi, repitasi vektor Raqib digunakan. Walaupun latar belakang (baju) berwarna merah, tetapi dengan kehadiran vektor Raqib, repitasi dikekalkan & konsistensi terhasil. Cuba skroll semula ke atas dan lihat setiap design. Anda akan mula faham akan konsep repitasi ini.

T-shirt Fans Raqib Majid AF9

Repitasi #05 Ahaaa … satu lagi yang saya kira the best example untuk meneruskan repitasi. Penggunaan warna baju MERAH dan VEKTOR Raqib Majid AF9. 🙂 Jadi, kalaulah.. ye. Kalau anda perasan Fan Club Raqib Majid AF9 menggunakan t-shir ini, Hee … design saya lah tu. 😛 Publisiti!

Sentiasa jaga ‘visual hierarchy’

Apa itu Visual Hierarchy Tajuk ini akan saya sentuh dalam tutorial akan datang. Namun apa yang penting, ia bertujuan untuk memastikan keseluruhan design anda dapat difahami dengan mudah.

Sentiasa Draft sebelum design

Dan sekali lagi saya ulangi, ia jarang sekali berlaku secara tidak sengaja. Anda sebagai pereka grafik harus [01] mengetahuinya dan [02] merancangnya. Selalu mulakan kerja design anda dengan DRAFT dahulu keseluruhan design anda baru mulakan proses design anda.

Tujuan Buat Draft Sebelum Design

  1. Mendapat gambaran awal bagaimana hasil akhir design anda.
  2. Tidak lari dari konsep asal idea anda.
  3. Boleh membuat pengubahsuaian sebelum anda memulakan design. Anda akan membazir lebih banyak masa jika anda baru nak susun design SELEPAS design siap terbina.
  4. Menyusun informasi mana dahulu yang perlu diketengahkan dari atas sehingga ke bawah design.

Jadi rakan-rakan designer~, semoga tutorial kali ini memberi banyak input kepada anda untuk berusaha menjadi designer yang lebih baik dari masa ke masa. 🙂 Sama-sama kita berusaha!

Adios Kerampes!

Pereka grafik promosi : facebook.com/akhijoe2

Fan Club Raqib Majid : Facebook.com/RaqibMajid.AF9