something – GRAFIK.MYhttps://grafik.my Komuniti Pereka MalaysiaWed, 25 Nov 2020 15:53:26 +0000en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=5.5.3Kongfigurasi email peribadi domain pada Microsoft Outlook 2013https://grafik.my/tutorial/kongfigurasi-email-peribadi-domain-pada-outlook-2013/ https://grafik.my/tutorial/kongfigurasi-email-peribadi-domain-pada-outlook-2013/#respondSat, 05 Oct 2013 15:06:00 +0000https://grafik.my/?p=4359Setelah 4 hari lamanya saya meluangkan masa mencuba untuk membuat tetapan yang paling tepat untuk menguruskan emel peribadi melalui Outlook 2013, akhirnya berjaya juga. Selepas pelbagai rujukan, berikut adalah kaedah terbaik untuk anda melakukannya.

Step 1

Setup emel akaun peribadi anda melalui cPanel. Untuk tujuan tutorial ini saya akan menggunakan maklumat sampel berikut.

[unordered_list style=”tick”]

  • Domain: akhijoe.com
  • Nama pilihan: sampel
  • Emel: sampel@akhijoe.com
  • Password: q1w2e3r4

[/unordered_list]

[box type=”alert”]Pada ketika tutorial ini diterbitkan, segala maklumat di atas telahpun dihapuskan.[/box]

2013-10-05_220328

Klik Create Account dan anda mendapat notifikasi berikut.

2013-10-05_220527

 

Step 2

Klik Configure Email Client untuk mendapatkan maklumat tetapan Outlook 2013.

2013-10-05_220741

Anda akan melihat maklumat seperti berikut. Hanya fokus kepada maklumat seperti yang saya tunjukkan berikut.

2013-10-05_220937

 

Step 3

Buka perisian Microsoft Outlook 2013 anda.

2013-10-05 ms outlook 2013

 

Step 4

Fokus kepada navigasi File dan klik butang Add Account untuk menambah akaun baru. Tetingkap seperti panel bawah (imej berikut) akan keluar. Anda akan mula mengisi ruangan ini sebentar lagi.

2013-10-05_221506

 

Step 5

Klik Manual setup or additional types untuk meneruskan tetapan. Anda perlu setup secara manual bukan automatik.

2013-10-05_222303

Tetingkap berikut akan muncul dan klik butang radio POP or IMAP dan klik butang Next.

2013-10-05_222407

 

Step 6

Isikan ruangan kosong dengan merujuk kepada maklumat yang telah kita dapatkan daripada Step 1 dan Step 2.

[unordered_list style=”tick”]

  • Domain: akhijoe.com
  • Nama pilihan: sampel
  • Emel: sampel@akhijoe.com
  • Password: q1w2e3r4
  • Server: mail.akhijoe.com
  • Service: POP3

[/unordered_list]

2013-10-05_222612

[box type=”note”]

Pada ruangan User Name. Daripada menggunakan sampel@akhijoe.com sebagai User Name, anda harus menggantikan @ dengan +. Menjadikannya sampel+akhijoe.com.

[/box]

Gantikan semua sambungan domain akhijoe.com kepada domain anda sendiri. Jika domain anda hafiz.com maka maklumat yang akan anda gunakan adalah:

[unordered_list style=”tick”]

  • Your name: Sampel (Hafiz)
  • Email address: sampel@hafiz.com
  • Account Type: POP3
  • Incoming mail server: mail.hafiz.com
  • Outcoming mail server (SMTP): mail.hafiz.com
  • Username: sampel+hafiz.com
  • Password: q1w2e3r4 (atau kata laluan pilihan anda)

[/unordered_list]

 

Step 7

Klik butang More Settings dan fokus pada tab Outgoing Server. tandakan pada kotak My outgoing server (SMTP) requires authentication.

2013-10-05_224522

Fokus pada tab Advanced dan fokus kepada bahagian Outgoing server (SMTP). Pada asalnya, nombor tertera adalah 25. Gantikannya kepada 26. Setelah selesai, klik butang OK dan anda akan kembali ke tetingkap asal.

2013-10-05_224709

 

Step 8

Sebelum anda klik pada butang Next, pastikan anda tidak menandakan kotak Automatically test account settings when Next is clicked. Saya tidak pasti untuk anda tetapi konfigurasi saya tidak berjaya jika saya menandakan ruangan ini.

2013-10-05_223749

 

Last Step

Anda telahpun selesai membuat tetapan emel peribadi anda. Klik butang Finish untuk menyemak emel anda atau klik butang Add another account… untuk menambah emel lain pula.

2013-10-05_225115

Jika ini adalah kali pertama anda membuka emel anda, anda tidak akan melihat apa-apa di dalam inbox anda.

2013-10-05_225351

Tetapi jika emel telah memiliki isi kandungan sejak awal lagi, maka anda perlu lakukan Step ini untuk mendapatkan semua isi kandungan terdahulu di dalam emel anda. Fokus pada tab SEND/RECEIVE dan klik butang Send/Receive All Folders.

2013-10-05_225724

Selamat mencuba. 🙂

]]>
https://grafik.my/tutorial/kongfigurasi-email-peribadi-domain-pada-outlook-2013/feed/0
Gradient Map – Panduan penggunaan terperinci – Photoshophttps://grafik.my/tutorial/gradient-map-panduan-penggunaan-terperinci-photoshop/ https://grafik.my/tutorial/gradient-map-panduan-penggunaan-terperinci-photoshop/#commentsThu, 03 Oct 2013 18:09:06 +0000https://grafik.my/?p=4288Gradient Map adalah di antara kesan khas preset yang terdapat di dalam Adobe Photoshop dan boleh dikawal dengan menjadikannya sebagai layer baru yang dikenali sebagai Adjustment Layer.

Kesan-kesan khas asas seperti ini yang sering dilupakan ramai penggiat seni tanah air (pereka grafik) sedangkan dengannya anda boleh melakukan banyak manipulasi luar biasa.

Kemungkinan selama ini kita melakukannya dengan cara yang lebih panjang atau sukar. Sama juga seperti yang pernah saya tunjukkan sebelum ini di mana anda boleh memberikan kesan khas 3D pada teks di dalam Illustrator CC hanya melalui tetingkap Appearance dan Effect.

[box type=”info”]Input baru hari ini daripada video tutorial ini. Anda boleh browse-through kesan-kesan blending mode (daripada Normal ke Luminosity) dengan kekunci pintas klik dan tahan Alt + Shift dan klik kekunci ‘+‘ atau ‘‘ untuk skrol setiap kesan blending mode yang ada.[/box]

 

]]>
https://grafik.my/tutorial/gradient-map-panduan-penggunaan-terperinci-photoshop/feed/2
Cubaan kali pertama teknik cubism bongkah ais – Illustrator CChttps://grafik.my/tutorial/cubaan-kali-pertama-teknik-cubism-bongkah-ais-illustrator-cc/ https://grafik.my/tutorial/cubaan-kali-pertama-teknik-cubism-bongkah-ais-illustrator-cc/#commentsTue, 01 Oct 2013 17:16:35 +0000https://grafik.my/?p=4177Setiap perkara ada kali pertamanya dan ini adalah kali pertama saya menggunakan  teknik Cubism atau dikenali dengan nama Cubist. Terdapat perbezaan di antara Cubist dan Triangular.

Cubist adalah berasal daripada perkataan cubic iaitu segi empat sama dan berbentuk kiub. Dari sinilah anda akan mendapat idea bagaimana teknik ini diaplikasikan menjadi satu seni. Dan bercakap tentang Triangular pula, seperti yang anda faham secara terus daripada namanya, terdiri daripada binaan segi tiga dan seterusnya membentuk seni.

Anda akan mendapat lebih idea tentangnya menerusi imej-imej berikut.

Dapatkan imej bongkah ais – iceberg

Untuk tahap amateur ini, saya sekadar mendapatkan imej bongkah ais daripada carian Google sebagai rujukan kepada teknik cubism yang akan dilakukan sebentar lagi.

Melted Iceberg Wallpapers

@sumber imej Anda boleh mendapatkan mana-mana imej bongkah ais pun dengan syarat pastikan ia tidak terlalu sukar untuk di-trace. Imej di atas boleh dikategorikan agak sukar kerana terdapat ceracak yang banyak. Tapi tak mengapa, gunakan minda kreatif anda untuk mengubahsuainya.

Tidak kurang seperti membina kerangka model 3 dimensi

Apa yang saya dapati, teknik cubism ini tidak kurang seperti membina model 3 dimensi di dalam Autodesk 3Ds Max. Oleh kerana saya sudah biasa bermain dengan model 3D, maka mudah bagi saya untuk menganalisis permukaan bongkah ais ini. Kemudian bina bongkah segi empat mengikut kontur permukaan bongkah ais tersebut. Imej berikut adalah serba sedikit yang dapat saya lakukan. Mengejar masa. Jadi tidaklah terlalu baik.

[box type=”info”]Jika daripada pemahaman binaan model berasaskan bongkah segi empat di dalam perisian 3 dimensi, walaupun dikatakan sebagai teknik cubist, anda tetap boleh membina bentuk segi tiga tetapi pastikan tiada yang melebihi 4 bucu – pentagon, hexagon dan seterusnya.[/box]

teknik cubism cubist iceberg 01

Kesungguhan itu penting!

Itulah nasihat saya. Huhu. Lihat imej berikut. Pada panel atas adalah ketika saya memulakan pembinaan cubist ini dan kelihatan saya cuba melakukannya seperinci yang boleh. Dan apabila bergerak ke kanan (panel bawah) makin lama cubist yang terbentuk semakin besar dan semakin kurang perincian. Haha. Agak mengecewakan. Tapi sebagai cubaan pertama, saya anggap ini suatu kejayaan. Huhu. Letih dan memakan masa! Sebab itulah.

teknik cubism cubist iceberg 02

Berikan kesan khas dan kemasan kepada seni cubist anda

Setelah mendapat hasilnya, kita akan fill-in warna ke dalam setiap bongkah tersebut. Cara mewarnakan setiap bongkah adalah dengan men-sampel-kan menggunakan Eyedropper Tool (I) warna paling dominan yang terdapat pada setiap bongkah.

Imej berikut adalah yang terhasil selepas saya sampelkan warna pada setiap bongkah dan pada saya ia adalah satu kegagalan. Huhu. Rasanya ia berlaku kerana bongkah segi empat yang dibina adalah terlalu besar.

Walaubagaimanapun saya mendapat idea untuk meletakkan latar belakang berwarna biru dan kemudiannya menukar blend mode cubist bongkah ais tersebut kepada Overlay dan Opacity – 100%.

teknik cubism cubist iceberg 03

Voila! Inilah hasilnya

akhijoe com - teknik cubism cubist

Masih terdapat banyak ruang untuk diperbaiki. Semoga pada masa akan datang saya memiliki lebih banyak masa dan dapat membina bongkah-bongkah segi empat yang lebih terperinci (detail).

Dalam episod akan datang saya akan kembali dengan mengimplimentasikan seni cubist ini ke dalam Profil Korporat Pleu sebagai Edisi ke-2 Pleu Agency. 😉

]]>
https://grafik.my/tutorial/cubaan-kali-pertama-teknik-cubism-bongkah-ais-illustrator-cc/feed/4
Memahami lipatan kertas dan pencapaian yang tak terduga!https://grafik.my/tutorial/memahami-lipatan-kertas-dan-pencapaian-yang-tak-terduga/ https://grafik.my/tutorial/memahami-lipatan-kertas-dan-pencapaian-yang-tak-terduga/#respondTue, 01 Oct 2013 15:55:25 +0000https://grafik.my/?p=4165Malam ini kami ada dua berita. Pertama kami pelajari sesuatu yang baru dan kedua tidak tersangka bahawa reka grafik terbaru kami malam ini menepati apa yang kami cari selama ini!

Memahami cara lipatan sekeping kertas

Rasa terlebih yakin bahawa semua lipatan adalah sama sahaja, maka imej berikut adalah apa yang terhasil selepas 50 minit meluangkan men-design-nya.

memahami lipatan kertas (1)

Sekali tengok nampak macam lawa. Selepas rehat seketika, makan malam dan kembali ke pejabat – Voila! Ini yang keluar dari mulut kami, “Buruk giler design”. Haha. Tapi tak mengapa. Inilah proses pembelajaran namanya.

Jadi kami mulakan sekali lagi dengan…

Ambil sekeping kertas dan potong memanjang

Kami ambil sekeping nota kecil dan memotongnya secara memanjang seperti imej berikut.

memahami lipatan kertas (4)

Kemudian lipat sehingga bergaris

Rasanya semua orang pun faham kalau dilipat begini, memang garisan tegak akan muncul dan bucu juga menjadi tegak. Tiada apa yang sukar pada bahagian ini bukan? Tetapi kalau anda tidak melipatnya sehingga habis, lain pula ceritanya.

memahami lipatan kertas (2)

Sekarang lengkungkan kertas pada 90 darjah pula. Jangan ditekan sehingga bergaris.

Di sinilah kami mula faham bagaimana sebenarnya apabila kita melengkung kertas. Bukan semua bahagian akan menjadi melengkung. masih terdapat bahagian rata iaitu pada bahagian lengkungan itu sendiri.

Manakala pada kedua-dua bucu lengkungan pula, maka terbentuklah lengkungan. Malah lengkungan yang terbentuk adalah di luar kawasan lengkungan (bergaris tegak tersebut).

Rasanya anda akan lebih faham apabila merujuk imej berikut.

memahami lipatan kertas (3) - Copy

Cubaan men-design logo sekali lagi.

Setelah kami memahaminya, maka kami cuba sekali lagi untuk melihat apakah hasilnya daripada ilmu yang baru kami dipelajari malam ini. Imej berikut adalah hasilnya selepas 30 minit meluangkan masa untuknya.

memahami lipatan kertas (6)

Walaupun bukanlah yang terbaik tapi kami sangat berpuas hati kerana ia lebih menyelesakan mata kami memandangnya. Hehe. Dan seterusnya adalah sesuatu yang lebih mengujakan kami lagi.

Pencapaian yang tidak terduga!

Imej berikut adalah hasil akhir setelah kami membangunkan konsep logo sepenuhnya.

memahami lipatan kertas (5)

Logo membentuk ‘pattern’

Jika anda lihat pada sebelah kanan-bawah pada imej di atas,  logo yang telah kami bangunkan membentuk pattern! Kami berasa sangat teruja kerana perkara sebegini sangat-sangat jarang berlaku dan belum pernah dapat kami bangunkan logo seumpamanya yang mampu membentuk pattern dan ia benar-benar unik.

Jadi, malam ini adalah sangat baik. Ahhh… boleh pulang dengan tenang~ >.<

]]>
https://grafik.my/tutorial/memahami-lipatan-kertas-dan-pencapaian-yang-tak-terduga/feed/0
Double Meaning Logo Designhttps://grafik.my/inspirasi/double-meaning-logo-design/ https://grafik.my/inspirasi/double-meaning-logo-design/#commentsSun, 22 Sep 2013 08:05:48 +0000https://grafik.my/?p=4017Kami kini di dalam projek membangunkan logo untuk sebuah syarikat tempatan. Jadi ini sedikit screenshot daripada Production Booklet kami. Saja kami kongsikan kerana kami suka rekaan grafik yang bersifat ‘double meaning’ atau memiliki dua maksud.

Kami sangat menghargainya kerana bagi kami ia adalah sebuah mahakarya yang bijak dan cemerlang. Out-of-box.

logo ref5

logo ref6

logo ref3

logo ref4

Kongsikan bersama kami jika anda juga ada hasil-hasil kerja yang tersendiri atau mana-mana rujukan logo yang anda minati di ruang komen. 😉

]]>
https://grafik.my/inspirasi/double-meaning-logo-design/feed/2