Art & Design

Sneak Peak: Bagaimana Menggunakan Awesome Screenshot

Awesome Screenshot adalah salah satu plugin @ extension yang digunakan di dalam Google Chrome. Tutorial bagaimana anda boleh menggunakannya akan disediakan di dalam bentuk video (sekarang memang gila dengan penghasilan video oleh ramai internet marketer).

Di samping mempromosikan penggunaan Google Chrome, jujur saya katakan – banyak lagi extension @ plugin yang boleh anda temui di Google Chrome yang memang banyak membantu anda di dalam urusan pelayaran internet anda setiap hari.

Lebih-lebih lagi jika anda adalah seorang pemilik laman web. Google Chrome sudah tentu menyediakan extension khas seperti Google Analytics, Google Webmaster dan banyak lagi produk keluarannya sendiri.

Koleksi tutorial kita selepas ini akan memperlihatkan penggunaan dan kelebihan kedua-dua fungsi awesome screenshot dan juga permainan menggunakan video yang interaktif.

Saya harap internet di rumah anda cukup kuat untuk bersama-sama dengan saya~. 🙂 Tetapi jangan risau, saya akan cuba sehabis baik untuk menghasilkan video berkualiti namun dalam masa yang sama masih bersaiz kecil untuk memudahkan proses buffer anda. 🙂 Cheers!