Selamat Hari Raya Aidilfitri 1433 dari Grafik Malaya

Tahun ini tahun ke-2 Grafik Malaya menyambut Aidilfitri bersama pembaca tercintan sekalian. 😀 Kalau saya sendiri, kali ke-23 lah saya beraya. Boleh ke kira masa kekecik dulu? Bukan sedar pun. Haha.
Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pembaca di atas kesetiaan anda berkunjung ke teratak Grafik Malaya yang tidaklah seindah gaya. Macam kotak je pun. Huhu …
Apa Yang Berbeza Raya Tahun Ini?
Tahun ini saya (Akhi Joe) beraya di Bukit Serampang, Johor. Rasanya ada sedikit berbeza tahun ini. Nak tahu kenapa?
- Saya ada baju raya baru tahun ni (tahun lepas baju raya dah pakai sebulan awal. Haha)
- T-shirt raya baru pun ada. Ini tak pernah nak beli sebelum ni. Setakat baju melayu sahaja.
- Saya balik raya tahun ini 1 kereta dengan kawan. Jadi, boleh tidur selesa sepanjang jalan. 😀
- Ada sedara mara yang akan turut serta pada raya pertama (sebab sebelum ni, diorang beraya di rumah mertua)
Jadi, nampaknya memang seronok dan meriahlah raya tahun ni. 😀 Bagaimana dengan anda? Bagaimana perancangan anda pulang beraya tahun ini? Saya doakan yang terbaik dan semoga anda selamat sampai ke kampung. 😉 Kalau boleh, sampaikanlah salam aidilfitri kami kepada semua.
Untuk itu, kami ingin menyajikan beberapa e-kad raya yang dihasilkan oleh warga kota Grup FB Sifoo.com. Sangatlah saya menyukainyeii aduinye.
10 Artwork eKad Raya Aidilfitri 1433 Sifoo.com
[fb_wpress_content_locker]
[/fb_wpress_content_locker]
Amacam? Seni tak tangan orang-orang Sifoorian ni? Ini hanyalah sebahagian (3%) daripada keseluruhan hasil-hasil karya yang boleh anda temui di Grup FB Sifoo.com.
Kalau anda nak turut serta dan cuci-cuci mata selalu dengan hasil karya warga Sifoorian setiap hari, jemput-jemputlah bertandang ke Grup FB Sifoo.com di sini. Saya jamin, mata anda pasti kena cuci! 😀
Selamat Hari Raya & Berhati-hati di Jalan Raya
Akhir kata, kami di Grafik Malaya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri & Maaf Zahir Batin.
Berhati-hatilah di jalan raya pada musim menuai raya ini. Ingatlah orang yang tersayang. Dah kan nak balik kampung ni nak jumpa mereka? Jadi, pastikan diri anda selamat menyampaikan hajat dihati tu ya. 😉 Assalamualaikum.