Rekod masa kerja anda dengan HourGuard Time Sheet Recorder

Hour Guard Time Sheet adalah perisian percuma yang boleh membantu anda merekod masa kerja dan juga jika anda seorang pereka grafik yang diupah mengikut masa kerja, maka ini adalah perisian kecil dan ringkas yang sangar sesuai untuk anda.
[button link=”http://vst.my/timekeeper” size=”large” style=”download” color=”green”]Muat-turun Hour Guard[/button]
Saya menyukai perisian ini kerana.
- Perisian yang sangat ringan
- Percuma untuk 30 hari
- Harga yang sangat berpatutan jika anda bercadang untuk mendapatkan versi Berbayar.
Walaubagaimanapun, jangan memandang rendah kepadanya walaupun ianya percuma. Bagi saya, ia adalah sebuah perisian yang sangat berkualiti dan nampaknya seperti ia boleh melakukan lebih daripada itu. Anda boleh semak di laman web Hour Guard Time Sheet untuk melihat deskripsi penggunaan perisian ini.
Langkah 01:
- Buka sahaja perisian Hour Guard Time Sheet anda boleh terus membuat tetapan – ctrl+O pada ruangan option.
- Simbol matawang yang ingin anda gunakan.
- Letakkan simbol matawang di hadapan atau di belakang nilai.
- Tetapan samada tiada, 1 atau 2 titik perpuluhan selepas nilai.
Langkah 02:
Buka akaun baru (jika anda tiada akaun lagi). Jangan risau, ini bukan akaun yang perlu anda online atau sebagainya.
- Tetapan nama akaun anda
- Berapa nilai bayaran yang ingin anda caj bagi setiap satu jam
Tetapan ke-2 ini akan menentukan berapa nilai bayaran yang perlu dilakukan oleh pelanggan anda bergantung kepada jumlah masa yang anda luangkan untuk menyiapkan projek tersebut.
Langkah 03:
Buka akaun yang baru anda bina tadi.
Langkah 04:
Bina task (perkara) baru yang ingin anda lakukan. Dalam situasi ini, ia bermakna projek apa yang sedang / ingin anda jalankan untuk pelanggan anda.
Namakan tajuk projek anda dan,
- Anda boleh gunakan kadar bayaran yang telah anda tetapkan di dalam akaun di awal tadi
- atau anda boleh pilih tetapan baru yang ingin anda kenakan kepada pelanggan.
Bagi situasi ini, bermakna mungkin anda telah memberikan quotation baru bagi custom design bagi laman web pelanggan. Jadi, anda perlu caj lebih daripada biasa.
Dan task baru akan terbina setelah anda klik OK.
Langkah 05:
Anda boleh mulakan kerja anda dengan klik pada butang hijau di bahagian bar bawah.
- Start – Apabila projek telah dimulakan, masa mula akan direkod.
- End – Currently Active … bermakna kerja anda sedang dijalankan.
- Rate – Kadar caj yang anda tetapkan untuk pelanggan anda.
Langkah 06:
Hentikan kiraan masa setelah anda siap projek. Ops, bukan itu sahaja, anda boleh hentikan kiraan masa jika,
- Sudah menamatkan projek tersebut
- Anda ingin berehat sebentar
- Anda ingin menyambung kerja pada waktu malam atau esok harinya
Untuk berhenti, klik butang STOP di sebelah butang START tadi.
- End – Waktu baru akan muncul menandakan masa anda berhenti
- Duration – Tempoh masa yang telah anda luangkan untuk melakukan kerja tersebut
- Cost – Kolum ini akan keluar memberitahu jumlah bayaran setakat ini yang boleh anda caj.
Jadi, pada bila-bila masa jika anda ingin menyambung kerja semula, anda boleh klik sahaja pada butang START dan STOP pada bila-bila masa.
Kongsikan pengalaman anda jika anda baru sahaja / telah menggunakannya dan apa pendapat anda melalui ruang komen di bawah.
[button link=”http://vst.my/timekeeper” size=”large” style=”download” color=”green”]Muat-turun Hour Guard[/button]