Bukan Manusia Sahaja Yang Terjejas Di Musim Pendemik – Pokemon Oleh Eddy Fazly

Jika anda merasakan anda satu-satunya makhluk yang terjejas disebabkan situasi pendemik Covid-19 sejak setahun yang lalu, fikirkan semula!
Artis Malaysia ini berjaya menarik minat ramai orang untuk menikmati hasil lukisan beliau dengan menyuntik watak humor dan santai dalam hasil karya terbaru beliau yang juga pasti pernah menjadi kegilaan zaman kanak-kanak anda juga – Pokemon.

Eddy Fazly merupakan seorang arkitek sepenuh masa yang berevolusi menjadi Freelancer dan Youtuber pada waktu malam dan hujung minggu mengaku sangat meminati dan menghargai nilai sentimental yang ada pada watak-watak Pokemon kerana beliau sendiri membesar dengannya (menonton).
Selain menghasilkan video nyah-kotak kad Pokemon dan timelapse melukis watak Pokemon, koleksi lukisan digital Pokemon di musim pendemik ini merupakan satu lagi kelainan yang dalam menyampaikan mesej-mesej penting di sepanjang tempoh PKP dalam masa yang sama menikmati dan menghargai stroke lukisan beliau.
Ingin menikmati lebih banyak hasil lukisan dan timelapse (speedpaint) bagaimana beliau menghasilkan lukisan-lukisan ini? Eddy Fazly aktif berkongsi melalui saluran Instagram, Youtube dan Tiktok beliau.
Antara karya-karya di sepanjang musim Covid-19 kiriman beliau.
