Tutorial

Photoshop: Tutorial Design Chalkboard

Chalkboard atau papan hitam boleh digunakan untuk pelbagai fungsi – seperti notification board atau testimonial board atau mungkin sebahagian daripada design header laman web anda.

Untuk membinanya, anda boleh melakukannya dari canvas kosong sebenarnya – tanpa perlu menggunakan tekstur-tekstur dari internet.

Ikuti tutorial membina papan hitam di bawah.

Imej di bawah adalah apa yang akan anda hasilkan di akhir tutorial ini:

Langkah 01

Buka canvas baru pada saiz 580×333 piksel. Atau anda boleh menggunakan saiz dimensi pilihan anda sendiri.

tutorial design Chalkboard - papan hitam (2)

Langkah 02

Duplikasi layer baru (CTRL+J) dan rename sebagai ‘papan hijau’

tutorial design Chalkboard - papan hitam (3)

Langkah 03

Aplikasikan GRADIENT TOOL (G) pada layer ‘papan hijau’ seperti mana pilihan warna di bawah. Gradient warna dari #21553d (hijau terang) ke #18231e (hijau gelap). Saya meletakkan satu sengga di antara warna tersebut dengan warna yang sama dengan warna hijau yang lebih cair agar sebahagian kecil sahaja kawasan diambil oleh warna hijau gelap.

Pada toolbar, pastikan pilihan anda seperti di bawah. Terutamanya – radial gradient – supaya gradiasi warna dihasilkan adalah dalam bentuk bulatan.

tutorial design Chalkboard - papan hitam (4)

Langkah 04

Aplikasi gradient dengan menarik cursor dari tengah ke mana-mana tepi pada canvas. Anda boleh tarik lebih jauh untuk menghasilkan sepertimana warna hijau yang terhasil di bawah.

tutorial design Chalkboard - papan hitam (5)

Langkah 05

Duplikasi layer papan hijau (terdapat typo. Layer 1 di bawah adalah ‘Papan Hijau’) dengan CTRL+J.

Ini adalah langkah menyediakan backup. Takut jika anda melakukan kesilapan. Anda boleh kembali kepada design asal. Jadi, anda boleh skip langkah ini jika mahu. Saya syorkan anda melakukannya.

tutorial design Chalkboard - papan hitam (6)

Langkah 06

Aplikasi filter NOISE – filter NOISE akan menjadikan permukaan papan hijau anda lebih kasar dan lebih kelihatan semulajadi sebagai papan hijau / hitam.

Sentiasa berhati-hati menambah amaun noise. Jika terlalu banyak, tidak kelihatan realistik & terlalu sedikit tidak akan memberi apa-apa kesan. Saya aplikasikan 1.5% NOISE sahaja.

tutorial design Chalkboard - papan hitam (7)

Langkah 07

Bina layer baru dan rename – ‘kayu atas’. Kita akan mula membina bingkai kayu papan hitam anda selepas ini.

tutorial design Chalkboard - papan hitam (8)

Langkah 08

Pilih sebahagian kecil kawasan di sebelah kiri @ kanan canvas anda seperti dalam imej menggunakan RECTANGLE MARQUEE TOOL (M) dan aplikasi warna 50% gray (SHIFT+F5).

tutorial design Chalkboard - papan hitam (9)

[fb_wpress_content_locker]

Langkah 09

Aplikasi filter – FIBERS untuk memberi tekstur kayu pada kawasan kecil tadi. Anda perlu tahu bahawa filter FIBERS ini selalu akan bergerak menegak. Oleh kerana itu, pilihan anda haruslah menegak juga seperti dlm langkah 08.

VARIANCE = 10 dan STRENGTH = 15 untuk menghasilkan kesan seperti di bawah. Jika terlalu banyak, tekstur kayu anda kelihatan tidak realistik & terlalu sedikit tidak memberikan apa-apa kesan.

tutorial design Chalkboard - papan hitam (10)

Langkah 10

01 – Pusingkan tekstur kayu yang telah siap dengan menggunakan FREE TRANSFORM (CTRL+T).

02 – Aktifkan SNAP TO GUIDE (SHIFT+CTRL+;) supaya apabila anda menarik kayu ke tepi canvas, ia akan melekat cantik di bahagian tepi.

03 – stretch / tarik sehingga ke hujung canvas anda yang satu lagi.

tutorial design Chalkboard - papan hitam (11)

Langkah 11

Gunakan pengubahsuai HUE/SATURATION (CTRL+U) untuk mendapatkan warna tekstur kayu – coklat gelap.

tutorial design Chalkboard - papan hitam (12)

Langkah 12

01 – Duplikasi layer ‘kayu atas’ sebanyak 3 kali lagi (menjadi 4 semuanya) dan

03 – Susun semua kayu keliling kanvas. Adjust panjang setiap kayu supaya muat pada pada setiap bucu kanvas.

04 – Namakan semula setiap layer mengikut kedudukan masing-masing.

tutorial design Chalkboard - papan hitam (13)

Langkah 13

01 – Dengan menggunakan PEN TOOL (P), bina bentuk segi 3. Now, yang paling penting adalah terdapay satu sudut 45 darjah terbina. Itu sahaja. Jika garisan yg lain bengkok sedikit tiada masalah.

02RIGHT CLICK >> MAKE SELECTION untuk memilih kawasan PATH dan klik ENTER.

04 – Hasil yang anda miliki jika anda memilih dengan FEATHER RADIUS = 0 px.

05 – Rename layer kepada ‘ruler 3segi’

06 – Warnakan kawasan pilihan dengan 50% Gray (SHIFT+F5).

tutorial design Chalkboard - papan hitam (14)

Langkah 14

01CTRL+CLICK pada layer ‘ruler 3segi’ untuk memilih kawasan seperti bawah. Jika anda melakukan dengan betul, garisan putus akan terbentuk. Taik sehingga ke hujung salah satu bucu kanvas.

02 – menggunakan MARQUEE TOOL (M) pilih kawasan sepanjang bahagian memnuhi layer ‘kayu atas’.

05 – Setelah membuat pilihan (02), rujuk imej no 5, di mana anda perlu klik ikon ADD LAYER MASK dan layer mask berwana hitam & putih akan terbina.

Apa yang terhasil adalah, bucu bahagian kayu akan menjadi 45 darjah dan kelihatan seperti terpotong dan terus cantik kepada bucu kayu di sebelah kiri nya.

tutorial design Chalkboard - papan hitam (15)

Langkah 15

Lakukan 3 kali lagi pada 2 lagi bucu yang ada untuk menghasilkan bentuk bucu yang cantik seperti di bawah.

tutorial design Chalkboard - papan hitam (16)

Langkah 16

01 – Menggunakan LINE TOOL (U), bina garisan pada sudut 45 darjah seperti di bawah. Untuk menghasilkan sudut yang betul-betul tepat 45 darjah, klik butang SHIFT dan tarik garisan anda (U) dan ia akan snap kepada sudut 45 darjah.

Pastikan anda memilih warna putih #FFFFFF @ #FFF.

02 – Duplikasi layer garisan tadi menggunakan CTRL+J. Pilih 1 garisan sahaja. Pastikan 1 garisan sahaja dipilih.

tutorial design Chalkboard - papan hitam (17)

Langkah 17

DOUBLE CLICK pada layer ‘shape 1 copy’ untuk mengaktifkan LAYER STYLE.

Aplikasi COLOR OVERLAY warna hitam #000000 pada garisan tersebut dan OPACITY=100.

tutorial design Chalkboard - papan hitam (18)

Langkah 18

Garisan yang anda bina tadi adalah dalam bentuk SHAPE. Anda boleh mengenalpasti nya dengan bentuk segi empat pada bucu ikon garisan tersebut.

01 – Untuk menjadikannya sebagai BITMAP (bukan SHAPE), maka anda perlu RIGHT CLICK pada garisan tersebut dan pilih RASTERIZE LAYER.

02 – Anda akan dapati bentuk kotak pada bucu ikon garisan anda akan hilang. Lakukan pada garisan yang satu lagi juga.

tutorial design Chalkboard - papan hitam (19)

Langkah 19

01 – Kini seharusnya anda sudah memiliki dua warna hitam & putih. Tetapi kerana garisan hitam di atas garisan putih, maka anda tak dapat bezakan.

02 – Gerakkan garisan hitam ke kiri sekali (klik butang ke kiri sekali) dan ke bawah sekali (klik butang ke bawah sekali) – 2 garisan muncul.

03 – Groupkan dengan klik (CTRL+G) dalam 1 folder & rename – ‘divider’.

04 – Alihkan garisan tersebut (menerusi folder ‘divider’) ke bucu sebelah kiri.

05 – Duplikasi garisan (CTRL+G) dan alihkan pada setiap bucu yang lain seperti dalam imej.

06 – Groupkan sekali lagi dan rename – ‘all divider’.

tutorial design Chalkboard - papan hitam (20)

Langkah 20

Kurangkan opacity folder ‘all divider’ kepada OPACITY=20% sahaja.

tutorial design Chalkboard - papan hitam (21)

Langkah 21

01 – Pilih semua layer kayu (4 layer)

02 – Groupkan (CTRL+G) dan rename – ‘all kayu’

03 – Merge tanpa mengubahsuai folder ‘all kayu’ yang asal dengan klik CTRL+ALT+E. Jika anda klik CTRL+E sahaja, folder ‘all kayu’ yang asal akan menjadi 1 layer.

04 – Jadi, folder ‘all kayu’ tadi boleh dijadikan backup dan anda boleh hilangkannya dengan klik pada ikon mata.

tutorial design Chalkboard - papan hitam (22)

Langkah 22

Aplikasi Layer style berikut pada layer ‘all kayu (merged)’ sebentar tadi.

Kesan khas ini untuk menjadikan bingkai kayu berada di hadapan (kerana shadow terhasil) dan kelihatan 3 dimensi (kawasan glow pada edge sepanjang kayu tersebut)

tutorial design Chalkboard - papan hitam (23)

Langkah 23

Papan hitam biasanya terdapat kotoran kekal pada bahagian bucu. Jadi kita akan menggunakan Grunge Brush yang boleh anda dapati di sini – Grunge Corner Brush – atau anda boleh direct download di sini – Grunge Corner Brush.

02 – Pilih warna paling hampir atau gelap pada warna hijau menggunakan EYEDROPPER TOOL (I).

03 – Turunkan opacity layer kepada OPACITY=50%.

04 – Menggunakan 4 bentuk bucu grunge yang saya point kan di bawah, buat kotoran mengikut kreativiti anda.

tutorial design Chalkboard - papan hitam (24)

Langkah 24

01 – Bina layer baru dan namakan ‘cloud’. 02SHIFT+F5 untuk warnakan kawasan dengan warna 50% GRAY03 – Ini adalah hasilnya. Maka pastikan layer ini berada di bawah layer bingkai kayu.

04 – Click filter RENDER CLOUD untuk menghasilkan cloud seperti dalam imej 05.

tutorial design Chalkboard - papan hitam (25)

Langkah 25

Teknik ini adalah untuk menghasilkan lebih kotoran akibat terlalu banyak dipadam.

01 – 02 – Gunakan filter MOTION BLUR pada ANGLE=20 dan DISTANCE=150px. Anda boleh mengubah mengikut kreativiti anda untuk menghasilkan kotoran yang anda mahu. Imej 03 adalah hasil akhir.

04 – Turunkan OPACITY=40% dan layer properties kepada OVERLAY.

tutorial design Chalkboard - papan hitam (26)

Langkah 26

Biasanya bila anda dah memadam pada papan hitam banyak kali, terdapat kesan daki kapur kan? Kita akan hasilkannya supaya kelihatan lebih realistik.

01 – Bina layer baru dan rename – ‘kotoran’. Dan dengan pilih warna hitam #000000 @ #000 pada FOREGROUND COLOR anda.

02 – Pilih jenis BRUSH yang sesuai. Anda boleh menemuinya pada pilihan default sahaja. 03 – Saya tetapkan berus pilihan saya kepada SIZE=70, MODE=NORMAL, OPACITY=20, dan FLOW=50.

04 – Berus di sekelilin canvas anda secara rawak. 05 – Dan turunkan OPACITY=7% sahaja.

 

tutorial design Chalkboard - papan hitam (28)

Langkah 27

Lakukan sekali lagi dan kali ini, kotoran yang kita nak buat adalah berwarna putih #FFF @ #FFFFFF.

tutorial design Chalkboard - papan hitam (27)

Langkah 28

01 – Grupkan layer-layer kotoran tadi CTRL+G – ‘kotoran’ dan merge seperti tanpa mengganggu folder ‘kotoran’ dengan CTRL+ALT+E

02 – 04 – Aplikasikan sedikit GAUSSION BLUR pada layer ‘kotoran (merged)’ tersebut agar tidak terlalu kasar.

tutorial design Chalkboard - papan hitam (29)

Langkah 29

Mari kita masukkan tulisan pula. 🙂 untuk membina tulisan ini, anda boleh menggunakan typeface Christopherhand yang boleh anda dapati di sini – Christopherhand – atau anda boleh muat turun direct di sini – Christopherhand.

01 – Tetapan ini adalah pilihan. Anda boleh menggunakan tetapan anda sendiri. 02 – Asingkan tulisan Grafik dan Malaya jika anda mahu supaya anda boleh bermain dengan lebih bebas selepas ini.

03 – Groupkan (CTRL+G) dan namakan – ‘grafik malaya’. 04ADD LAYER MASK dengan klik pada ikon spt di bawah & pastikan folder ‘Grafik Malaya’ anda dipilih.

tutorial design Chalkboard - papan hitam (30)

Langkah 30

01 – Menggunakan kreativiti anda, susun tulisan anda memenuhi papan hijau anda.

02 – Aktifkan BRUSH (B) dan pilih bentuk brush seperti di bawah. 03 – Pada bahagian toolbar, saya tetapkan SIZE=40, MODE=NORMAL, OPACITY=90 dan FLOW=20 sahaja.

04 – Sebelum anda mula menggunakan berus anda, pastikan anda memilih kawasan LAYER MASK dan warna FOREGROUND=#000 (hitam). Sapukan berus anda di atas tulisan Grafik Malaya sedikit demi sedikit dan hilangkan beberapa kawasan sahaja supaya ia kelihatan seperti terpadam.

05 – Jika anda lihat pada LAYER MASK, ia akan kelihatan sebegini. Kawasan hitam adalah kawasan yang terpadam. Dan turunkan OPACITY=10%.

Kesannya, ia akan kelihatan seperti anda pernah menulis perkataan Grafik Malaya ini dan sudah ditinggalkan lama. Ia kelihatan pudar tetapi masih ada kesan tulisan tersebut.

tutorial design Chalkboard - papan hitam (31)

Langkah 31

Duplikasi folder ‘grafik malaya’ tadi sekali lagi dengan klik CTRL+J atau klik kekunci ALT+CLICK folder ‘grafik malaya’+Drag ke atas atau ke bawah folder yang asal. Naikkan semula OPACITY=100%.

Selepas itu, susun semula tulisan Grafik Malaya dengan font yang lebih KECIL dan kedudukan yang berbeza.

tutorial design Chalkboard - papan hitam (32)

Langkah 32

Pilih kawasan LAYER MASK >> SELECT ALL (CTRL+A) dan klik kekunci DELETE. Corak padaman yang anda lakukan pada tulisan sebelum ini akan hilang dan kelihatan berwarna putih semuanya.

Dengan menggunakan teknik yang sama seperti dalam LANGKAH 30, aplikasikan secara ringan sahaja untuk menghasilkan tulisan seperti di bawah.

tutorial design Chalkboard - papan hitam (33)

[/fb_wpress_content_locker]

Tutorial Tamat!

Tahniah kerana anda telah pun menyiapkan keseluruhan Papan Hitam anda – Chalkboard.

Jika anda ada apa-apa cadangan tutorial lain yang anda ingin saya lakukan, sila hantarkannya di sini – Cadangan Tutorial Grafik Malaya