Perbezaan Check list dan Asset list serta kepentingannya

‘Asset List’ di dalam bahasa yang mudah difahami adalah senarai aset. Tidak ada kaedah yang lebih baik untuk memastikan satu-satu kerja reka grafik itu diselesaikan dengan lengkap melainkan dengan membuat senarai aset design anda. Malah kemungkinan besar anda sendiri tidak sedar bahawa setiap kali anda melakukan sesebuah projek reka grafik, anda ada menyediakan sebuah senarai aset (asset list).
Apakah perbezaan di antara Asset List dan Check List.
Check list adalah senarai semak yang umum. Secara kolektifnya anda menyenaraikan semua kerja-kerja projek yang anda miliki. Contoh di bawah.
#Senarai semak digunakan jika anda memiliki lebih dari satu projek menanti.
Asset List adalah senarai semak yang lebih terperinci. Lebih mendalam seperti contoh di bawah, anda menyenaraikan semua elemen yang diperlukan atau dipersetujui atau diminta oleh pelanggan.
#Asset list bagi projek reka laman web Kak Limah.
Berapa ‘detail’ Senarai Asset ini perlu dibuat?
Jika anda meminta nasihat kami, kami mengesyorkan untuk melakukan se’detail’ yang boleh. Sehingga anda tidak dapat membuat perincian lagi.
Sebagai contoh di sini, kami membuat perincian pada bahagian Call-to-Action button dengan menyenaraikan ‘style’ button tersebut, warnanya dan tulisan yang ada pada button tersebut.
Anda boleh cuba untuk pergi sejauh ini namun ia tidaklah suatu kemestian. Ia sentiasa bergantung kepada anda juga. Jika anda rasa hanya ingin menyenaraikan perkara-perkara penting sahaja sudah mencukupi, maka cukup sekadar itu.
Ini berlaku kepada mereka yang sudah biasa dalam industri, di mana mereka telah tahu isi kandungannya dan perkara sama akan digunakan pada setiap masa. Jadi tiada kepentingan untuk menyenaraikannya pada setiap masa.
Apakah kepentingan Asset List kepada seorang pereka grafik?
- Tugas anda semakin berfokus dan boleh melihat setiap elemen yang perlu diselesaikan.
- Dapat menyemak semula komponen dalam design seandainya anda terlupa.
- Melihat secara terperinci apa sebenarnya yang perlu anda selesaikan dalam sesebuah design.
- Dapat menilai keberkesanan design anda – boleh diselesaikan atau tidak.
- Kadangkala, ia membantu anda menentukan masa bila design boleh disiapkan.
- Anda dapat melihat samada design tersebut boleh dilaksanakan atau tidak.
Kadangkala anda seronok sahaja mengatakan ‘OKE, semuanya bisa diatur’ kepada pelanggan tanpa memikirkan samada anda boleh menyiapkan tugasan pada jangka masa yang ditetapkan atau tidak.
Dengan Asset List ini, kami sendiri kadangkala mengatakan, “Ish, banyak kerja ni. Tak sempat nak siapkan dalam 1 minggu”. Ini semua gara-gara merasakan sudah terbiasa dengan projek sebelumnya jadi merasakan projek seterusnya sama sahaja dan mudah untuk diselesaikan padahal ia adalah sebaliknya.
Ada ke perisian yang membantu membina Asset List ini?
Sudah tentu ada. Screenshot yang anda lihat di atas adalah perisian utama (buat masa ini) yang kami gunakan untuk membina Asset List dan Check List projek kami.
Work Flowy
Jika anda pertama kali menggunakan Work Flowy kami sarankan untuk menonton tutorial yang disediakan. Ia agak sukar untuk difahami pada awalnya, namun setelah anda menguasainya (tidak sukar) ia semudah ABC sahaja. Segalanya di hujung jari. Terbaik jika anda dapat menguasai semua short-cut key yang disediakan.
Adakah anda menggunakan perisian lain untuk membantu anda membina Asset List sebagai seorang designer? Jika YA, sudi-sudilah berkongsi dengan kami di ruangan komen di bawah.
[button link=”http://vst.my/brainorganizer” size=”large” style=”download” color=”green”]Muat-turun Work Flowy – Windows[/button]
[button link=”http://vst.my/workflowychrome” size=”large” style=”download” color=”green”]Pasang Extension Work Flow – Chrome[/button]