Bisnes

Pemasaran: Bagaimana Beriklan di Faceboook

Selepas mengikuti siri pertama tutorial bagaimana mengiklan di mudah.my kini anda boleh

teruskan untuk merangka penjualan produk anda di Facebook pula! 🙂

 

Ini merupakan pilihan pertama saya apabila berkata tentang TRAFIK BERKUALITI. Pada awalnya saya begitu yakin bahawa facebook ini merupakan laman yang memiliki trafik yang sangat tinggi, namun ianya meleset.

Trafik sangat rendah tetapi mengapa saya masih menjadikannya pilihan utama? Kerana trafik yang amat rendah dari Facebook ini merupakan trafik yang amat berkualiti bagi penjualan produk Magic Wallet saya.

Daripada keseluruhan jualan yang terhasil dalam 2 hari pertama, 40 peratus daripadanya datang dari laman sesawang Facebook ini.

Jadi mari kita teruskan dengan mengikuti tutorial bagaimana nak beriklan dengan baik di Facebook!

Langkah 01 – Create Album anda

Buka homepage facebook masing-masing. Dan dari sana pastinya anda akan melihat tab Photo pada wall anda. klik padanya untuk memulakan tutorial.

Jika tidak boleh akses Album Photo anda…

Jika tab Photo ini tiada, anda boleh mengakses ruangan imej ini melalui >> top right bar anda >> Home >> lihat leaft sidebar anda >> klik Photos >> akan muncul butang Upload Photos >> klik butang Upload Photos.

Setelah masalah di atas selesai, anda sepatutnya dapat membuka ruangan ini. Ruangan Create Album. Selalu ingat perkara ini…

Setiap kali ingin membuat jualan baru – produk baru, pastikan anda melakukannya di dalam album yang berasingan dan jangan sekali-kali campur imej-imej tersebut. Ohooo.. kredibiliti anda ada di situ. Harap maklum.

Langsungkan dengan mengisi butiran Album baru anda. Ingat, segala teknik pemasaran di Facebook ini adalah menggunakan IMEJ sahaja. Saya langsung tidak menggunakan teknik Notes pun – andaikata anda menggabungkan teknik Notes ini, pastinya lumayan.

Location : Oleh sebab kita membuat jualan produk fizikal, ini bermakna produk anda berada di sesuatu lokasi. Jadi jangan letakkan lokasi ini mengikut LOKASI ANDA berada kini TETAPI di mana produk tersebut berada.

Dalam kes saya, saya tinggal di Kulim, Kedah namun Magic Wallet yang saya jualkan ini berada di Melaka (supplier di sana) maka saya meletakkan lokasi saya “Item di Melaka”.

Yang lain, saya tak tekankan sangat kerana kurang penting.

Setelah selesai, klik Create Album dan anda akan ke paparan seterusnya seperti di bawah.

Langkah 02 – Upload Photo / Imej produk anda

Masa untuk anda upload imej produk anda. Jika sebelum ini anda telah membuat iklan di Mudah.my dengan imej produk anda, anda boleh menggunakan imej yang sama untuk iklan di facebook pula. Tiada masalah.

Tetapi dalam kes saya, saya sangat suka design, jadi saya buat sedikit pengubahsuaian agar kelihatan special di Facebook.

Jika anda memasang perisian JAVA di komputer anda, anda boleh menggunakan Jaba Uploader (lihat imej) kerana ia lebih memudahkan anda upload imej sekali banyak.

Klik pada link Java Uploader

Paparan di atas adalah Java Uploader anda. Lihat pada bahagian yang dikaburkan, ia adalah senarai folder di dalam komputer saya.

Setelah saya alocate imej yang saya ingin gunakan untuk pemasaran Facebook ini, kesemua imej akan terpapar di ruangan sebelah kanannya (lihat imej).

Untuk memudahkan lagi kerja anda jika anda ingin upload 10 atau 20 imej, tak perlu nak tik satu persatu – hanya klik Select All dan semua imej akan ditanda bermakna ia akan dipilih untuk diupload.

Setelah selesai membuat pilihan, klik Upload dan semua imej anda tandakan tadi akan diupload ke Album produk jualan anda tadi.

Namun…

Jika JavaScript PC anda tidak berfungsi…

Anda masih boleh upload imej sekali banyak tetapi memerlukan kerja lebih sedikit tetapi tentunya lebih mudah daripada membuka album anda banyak kali untuk upload imej satu per satu.

Di muka hadapan ketika nak upload imej tadi, ada satu pilhan lain iaitu the Simple Uploader. Klik padanya.

Anda boleh upload imej sekali banyak dengan menambahkannya di dalam senarai dengan klik Chooose File. Setelah selesai (dalam kes saya, 3 imej sahaja) – klik Upload Photos.

Langkah 03 – Customize album anda

SELESAI – Album jualan produk anda sudahpun selesai dan anda boleh menambah sedikit deskripsi pada imej dan juga album. Dan juga memilih imej mana yang ingin dijadikan cover album.

Lihat di atas, cantikkan cover album Magic Wallet saya? 🙂 Ia sudahpun menggambarkan produk jualan saya. Ini bermakna setiap individu yang masuk ke album tersebut sememangnya ingin melihat Magic Wallet saya.

Langkah 04 – Preview teknik pemasaran Facebook saya

Sehingga itu, ini adalah contoh bagaimana pemasaran Facebook saya bermula. Owh, ia bakal dibongkar tak lama lagi~. 🙂 Sabar.. step by step…