Tutorial

Membina Invoice Generator custom anda sendiri

Anda mungkin terkejut jika borang dalam format PDF yang interaktif sebegini hanyalah dibina menggunakan dua jenis perisian sahaja. Dan pasti anda telahpun mengenalinya; Adobe Indesign dan Adobe Acrobat Pro.

Ketika saya membinanya, saya menggunakan versi CC (Creative Cloud). Jadi, anda mungkin ingin bereksperimen dengan versi yang anda gunakan jika versinya lebih rendah daripada CC.

Download Invoice Generator Demo [button color=”cerulean” size=”medium” link=”http://bit.ly/invdemo”]Invoice Generator Demo[/button]

 

Tutorial tidak akan disediakan

Maaflah. Tutorial yang agak renyah dan memakan masa untuk saya merekod semula terpaksa dijadikan alasan. Tapi hei, berita baiknya saya membina interactive pdf form ini berpandukan tutorial juga. Jadi, saya akan memberikan pautan terus (direct) ke semua tutorial yang saya rujuk.

Mudah untuk saya kerana tak perlu sediakan tutorial yang panjang, dan mudah juga bagi anda sebab tak perlu melilau mencari keyword yang betul untuk mempelajarinya. Okeh?

 

1. Design invois anda menggunakan Adobe InDesign.

Sepatutnya jika anda ingin design yang lebih menarik, anda boleh gunakan kombinasi Adobe Photoshop. Tapi oleh kerana design yang digunakan dalam invois ni semuanya mudah dibina menggunakan vektor, saya terus design menggunakan InDesign.

Jadi secara ringkasnya, Adobe InDesign saya gunakan sepenuhnya untuk menghasilkan design untuk form. Ops, jangan ingat ia cukup sekadar itu. InDesign juga saya gunakan untuk mem-plot sebahagian kecil form interaktif ini.

[message type=”info” title=”Info”]Jangan hiraukan apa-apa tentang form interaktif dahulu. Apa yang penting, anda habiskan design sehingga ia menjadi seperti sekeping invois yang anda inginkan[/message]

 

2. Sediakan siap-siap ruang kotak form di Indesign

Selepas anda sediakan semua ruangan yang ingin anda jadikan sebagai ruang (kotak) interaktif yang boleh anda taip pada PDF kelak, anda perlu keluarkan tetingkap Buttons and Forms pada InDesign.

indesign buttons & forms

Untuk melakukannya ini adalah tetingkap yang perlu anda cari; Buttons and Forms.

Dan ini adalah video yang akan membantu anda bagaimana untuk anda tukarkan kotak-kotak normal yang anda sediakan tadi kepada kotak form yang interaktif.

 

3. Eksport kepada – Adobe PDF (Interactive)

export - pdf interactive

Pastikan anda memilih Adobe PDF (Interactive) dan bukannya Adobe PDF (Print) pada ruangan ‘Save as type:’. Lakukannya hanya selepas anda yakin bahawa design dan form yang anda hasilkan adalah muktamad.

Saya katakan begini kerana selepas proses eksport ini, anda akan mula bekerja menggunakan Adobe Acrobat Pro. Dan sangat leceh sekirannya terdapat kesilapan yang kemudian ingin anda betulkan kerana anda perlu melakukannya semuanya kembali.

 

4. Edit style/typeface di Adobe Acrobat Pro

Jika anda dapati semua ruangan/kotak yang boleh diisi secara tiba-tiba menggunakan saiz dan typeface/font yang berbeza daripada apa yang telah anda tetapkan pada InDesign, jangan terkejut kerana itulah yang pasti akan berlaku dan tak dapat dielakkan.

Saya dah buat carian di internet dan memang anda perlu edit semula menggunakan Adobe Acrobat Pro.

edit typeface & saiz (1)

Apabila anda membuka invois PDF anda di Adobe Acrobat Pro, aktifkan ruangan Editing dengan klik pada Tools > Edit pada sidebar kanan.

edit typeface & saiz (2)

Anda perlu edit typeface/font dan saiz setiap ruangan satu persatu. Maaf kerana anda tiada pilihan lain kecuali semuanya menggunakan font dan saiz yang sama.

Untuk edit typeface/font dan saiznya anda hanya perlu double click kotak > Appearance > edit typeface/font dan saiznya.

[message type=”info” title=”Info”]Inilah sebabnya kenapa anda perlu pastikan semua proses editing ketika di InDesign adalah muktamad sebelum dipindahkan ke Acrobat Pro. Jika tidak, anda perlu melakukannya kembali satu persatu sekiranya anda bercadang untuk menghasilkan PDF yang baru.[/message]

 

5. (Last) Plot formula pengiraan pada invois!

Berita baik buat anda kerana ini adalah langkah terakhir untuk melengkapkan Invois PDF interaktif anda.

Untuk tujuan ini, saya ada satu sahaja video (setelah menonton lebih dari 5 video yang tak memberi jawapan) untuk membantu anda.

[message type=”warning” title=”Tricky”]Sedikit tricky jika anda ingin membina formula tolak (difference) kerana ianya tiada di dalam senarai! Jadi untuk melakukannya, anda perlu menggunakan skrip java. Jangan risau, ia bukan sains roket. Mudah sahaja. Ikut sahaja panduan di hujung video tutorial ini dan anda pasti akan memahaminya.[/message]

 

Itu sahaja, semoga panduan ringkas ini akan membantu anda menyediakan Invois PDF Interaktif yang paling personal untuk anda dengan sendiri.