Memahami lipatan kertas dan pencapaian yang tak terduga!

Malam ini kami ada dua berita. Pertama kami pelajari sesuatu yang baru dan kedua tidak tersangka bahawa reka grafik terbaru kami malam ini menepati apa yang kami cari selama ini!
Memahami cara lipatan sekeping kertas
Rasa terlebih yakin bahawa semua lipatan adalah sama sahaja, maka imej berikut adalah apa yang terhasil selepas 50 minit meluangkan men-design-nya.
Sekali tengok nampak macam lawa. Selepas rehat seketika, makan malam dan kembali ke pejabat – Voila! Ini yang keluar dari mulut kami, “Buruk giler design”. Haha. Tapi tak mengapa. Inilah proses pembelajaran namanya.
Jadi kami mulakan sekali lagi dengan…
Ambil sekeping kertas dan potong memanjang
Kami ambil sekeping nota kecil dan memotongnya secara memanjang seperti imej berikut.
Kemudian lipat sehingga bergaris
Rasanya semua orang pun faham kalau dilipat begini, memang garisan tegak akan muncul dan bucu juga menjadi tegak. Tiada apa yang sukar pada bahagian ini bukan? Tetapi kalau anda tidak melipatnya sehingga habis, lain pula ceritanya.
Sekarang lengkungkan kertas pada 90 darjah pula. Jangan ditekan sehingga bergaris.
Di sinilah kami mula faham bagaimana sebenarnya apabila kita melengkung kertas. Bukan semua bahagian akan menjadi melengkung. masih terdapat bahagian rata iaitu pada bahagian lengkungan itu sendiri.
Manakala pada kedua-dua bucu lengkungan pula, maka terbentuklah lengkungan. Malah lengkungan yang terbentuk adalah di luar kawasan lengkungan (bergaris tegak tersebut).
Rasanya anda akan lebih faham apabila merujuk imej berikut.
Cubaan men-design logo sekali lagi.
Setelah kami memahaminya, maka kami cuba sekali lagi untuk melihat apakah hasilnya daripada ilmu yang baru kami dipelajari malam ini. Imej berikut adalah hasilnya selepas 30 minit meluangkan masa untuknya.
Walaupun bukanlah yang terbaik tapi kami sangat berpuas hati kerana ia lebih menyelesakan mata kami memandangnya. Hehe. Dan seterusnya adalah sesuatu yang lebih mengujakan kami lagi.
Pencapaian yang tidak terduga!
Imej berikut adalah hasil akhir setelah kami membangunkan konsep logo sepenuhnya.
Logo membentuk ‘pattern’
Jika anda lihat pada sebelah kanan-bawah pada imej di atas, logo yang telah kami bangunkan membentuk pattern! Kami berasa sangat teruja kerana perkara sebegini sangat-sangat jarang berlaku dan belum pernah dapat kami bangunkan logo seumpamanya yang mampu membentuk pattern dan ia benar-benar unik.
Jadi, malam ini adalah sangat baik. Ahhh… boleh pulang dengan tenang~ >.<