Pelancaran Logo Rasmi Grafik Malaya

Setelah 3 bulan 20 hari berlalu sejak bermulanya misi pencarian logo rasmi Grafik Malaya melalui pertandingan yang julung-julung kali diadakan, kini penantian selama hampir 4 tahun oleh sebilangan besar pereka grafik juga ahli Grup Komuniti Grafik Malaya akhirnya bertitik-noktah. Grafik Malaya kini memiliki wajah sendiri; sebuah logo rasmi.
Bagi pihak pengurusan Grafik Malaya, saya ingin mengucapkan jutaan tahniah kepada semua pereka grafik yang terlibat menjayakan pertandingan ini khususnya, dan umumnya kepada semua yang telah memberi sambutan hangat serta memeriahkan pertandingan sulong Grafik Malaya ini.
Bagi kami, ia bukan sekadar pertandingan yang menawarkan hadiah lumayan sehingga mencecah puluhan ribu ringgit malaysia, pun begitu tiada yang dapat kami gambarkan betapa kami menghargai segala jasa & usaha penaja rasmi pertandingan yang telah menyediakan hadiah-hadiah bagi para pemenang.
Jemputan ke Acara Pelancaran Logo
Dengan sukacitanya, Grafik Malaya menjemput anda untuk menghadiri Majlis Pelancaran Logo Grafik Malaya pada hari Ahad ini, 29 Ogos 2016. Butiran adalah seperti yang tertera di bawah.
Sahkan kehadiran anda!
Untuk mengesahkan kehadiran anda melalui ► Facebook Event FB Grafik Malaya ◄ Klik di sini.

Pembetulan – Ada makan-makan!
Kemaskini 24 Ogos — Kami baru sahaja menerima mesej daripada Tuan Azudin Daem bahawa beliau bersedia untuk menaja jamuan ringan bagi mereka yang hadir ke majlis. By the way, sekiranya anda tidak tahu, beliau juga merupakan salah seorang penaja pertandingan yang telah menaja sehingga RM9,000.
Goodies untuk semua & 20 cabutan bertuah!
Kemaskini 24 Ogos — Oh, ia tidak terhenti di situ. Anda sangat bertuah kerana Tuan Issani Isa dari Instaweb.my telah bersetuju untuk menaja goodies yang mengandungi lanyard, tshirt, dan discount voucher Instaweb.my bagi semua yang hadir. Bukan itu sahaja, beliau juga telah menyediakan 20 set hadiah cabutan bertuah yang akan diberikan di sepanjang perjalanan majlis. Jadi, pastikan anda terus berada di sana sehingga tamat majlis. 😉
Lebih cabutan bertuah!
Kemaskini 28 Ogos — Dengan hanya berbaki kurang daripada 24 jam, kami menerima sebuah lagi berita gembira di mana, Graphic LAB Malaysia juga akan turut menaja hadiah bagi cabutan bertuah. Cuma, apakah hadiah yang akan disediakan, kami sendiri tidak mengetahuinya sehingga kini. Ia bakal menjadi kejutan bukan kepada anda, malah bagi kami juga admin Grafik Malaya.
Anugerah Logo Pilihan Grouprint
Grouprint menerusi Tuan Azudin Daem sekali lagi membuat kejutan dengan menawarkan hadiah eksklusif untuk Satu (1) Logo Pilihan Grouprint iaitu berupa
- Want tunai berjumlah RM500
- Ruang kerja di Grouprint bernilai RM150/bulan selama 1 tahun
- 200 kredit Shutterstock yang akan luput dalam tempoh 1 tahun
- Langganan Online Printing System bernilai RM5,000/bulan selama 1 tahun
Wow! Just wow! Kalaulah sahaja admin-admin Grafik Malaya juga dibenarkan untuk turut serta di dalam pertandingan… Walaubagaimanapun, jika anda ingin tahu siapakah pemenangnya, hadir ke majlis pada hujung minggu ini.

Tontoni Acara Melalui Saluran Rasmi
Pada hari yang sama, kami akan cuba untuk membuat siaran secara langsung menerusi fungsi live stream fanpage Grafik Malaya bagi anda yang tidak dapat menghadirkan diri ke majlis tersebut.
Diharapkan anda tidak menjangkakan sesuatu yang begitu terancang kerana pada saat-saat akhir, kami dihujani pelbagai komitmen menyebabkan kami terpaksa cuba melaksanakan segalanya secara minimal. Barangkali siaran secara langsung dilakukan menggunakan smartphone sahaja. 😛
Sebagai backup — Sekiranya siaran secara langsung tidak dapat dilakukan, kami akan membuat kemaskini secara langsung menerusi photo upload seperti biasa menerusi fanpage Grafik Malaya yang sama.
Sahkan kehadiran anda!
Log Artikel
- 24 Ogos 2016 — Menerima penaja baru.
- 27 Ogos 2016 — Penaja baru cabutan bertuah!