Berbaloikah melanggan laman koleksi tutorial Learn Photo Editing?

Learn Photo Editing adalah laman web koleksi tutorial milik Rivo Rareano; seorang pakar manipulasi foto. Melalui laman web ini, beliau mendedikasikan kemahiran beliau dalam niche manipulasi foto. Lihat sahaja hasil-hasil karya yang dipaparkan di muka depan salespage ini, anda sudah tahu bahawa anda nilai pelaburan anda.
Saya sendiri tak fikir panjang apa lagi setelah melihat harga yang ditawarkan sangat murah!
Saya kurang pasti bagaimana Learn Photo Editing beroperasi sebelum ini tetapi ada yang mengatakan sebelum ini anda perlu melanggan setiap tutorial secara berasingan!
Jadi, kalau anda ingin tahu apa tawaran beliau ketika ini (tidak pasti bila akan berakhir. Dapatkan Learn Photo Editing hari ini) adalah langganan pada harga $24.00 atau lebih kurang RM80.00 seumur hidup! Ya anda akan mendapat bekalan tutorial berterusan daripada beliau sehinggalah beliau memutuskan untuk tidak menawarkannya lagi. 😉
Jadi sebagai seorang yang telah mendapat akses ke halaman keahlian Learn Photo Editing, saya akan bawa anda berjalan di sekitar halaman ini supaya anda mendapat gambaran yang lebih jelas apakah pelaburan sedang anda lihat ini.
21 tutorial tersedia ketika ini.
Setakat ini, foto berikut adalah senarai tutorial yang available di Learn Photo Editing.
Sentiasa dikemaskini sehingga kini.
Kalau anda rasa itu sahaja yang akan anda miliki, anda harus rasa gembira kerana Rivo sentiasa mengemaskini Learn Photo Editing dengan tutorial-tutorial baru. Lihat foto berikut sebagai bukti. Eh? Ada tawaran Plugin TOPAZ CLEAN 50%? Hee… bonus!
Sneak peak tutorial baru dipaparkan.
Learn Photo Editing turut mengeluarkan preview atau sneak peak tutorial baru yang bakal diterbitkan kelak. Kan seronok bila dapat tahu apa yang bakal anda pelajari seterusnya?
Terdapat penggunaan plugin berbayar.
Menerusi koleksi tutorial Learn Photo Editing, Rivo ada menggunakan beberapa plugin berbayar seperti Photomatix Pro & Topaz.
Saya baru sahaja mula menonton satu daripada belasan tutorial beliau. Tak ada pula keperluan menggunakan plugin-plugin ini.
Walaubagaimanapun, On the bright side beliau menawarkan kod kupon pembelian dengan potongan sehingga 50%! Berbaloi untuk anda milikinya.
Selain daripada itu, terdapat beberapa markah ingin saya berikan lagi kepada Learn Photo Editing seperti..
Stock photo dibekalkan sepenuhnya.
Stock photo turut dibekalkan bagi setiap tutorial. Perkara seperti ini sentiasa menjadi suatu kelebihan bagi satu-satu tutorial kerana ia memudahkan anda untuk mengikuti tutorial tersebut 100% tanpa perlu menggunakan stok foto yang perlu anda dapatkan sendiri. Jimat duit & jimat masa.
Video tutorial pada kualiti Full HD.
Video yang dibekalkan disediakan pada kualiti Full HD! How cool is that! Bermakna anda bisa menonton dengan lebih jelas lagi!
Tetapi disebabkan itu juga, video agak lambat buffer jika anda memilih untuk stream video melalui internet; membuatkan saya memilih untuk memuat turun semua video untuk ditonton secara offline.
Foto berikut adalah screenshot kualiti penuh paparan video tutorial Learn Photo Editing.
Satu tutorial diterangkan sepanjang 120 minit video!
Selepas menonton 1 daripada 20 tutorial yang disediakan, salah satu perkara yang sangat memuaskan saya adalah video tersebut diterangkan secara terang, jelas dan terperinci selama 120 minit. 2 jam penuh!
Baru separuh jalan tutorial saya dah bertemu dengan beberapa teknik editing baru yang memudahkan yang tak pernah saya gunakan sebelum ini.
Setakat ini sahaja ulasan ringkas tentang laman koleksi tutorial Learn Photo Editing ini. Sekiranya anda berminat untuk mendapatkannya, anda boleh klik pada banner di bawah atau mana-mana link yang telah disertakan di dalam post ini.