Kongfigurasi email peribadi domain pada Microsoft Outlook 2013

Setelah 4 hari lamanya saya meluangkan masa mencuba untuk membuat tetapan yang paling tepat untuk menguruskan emel peribadi melalui Outlook 2013, akhirnya berjaya juga. Selepas pelbagai rujukan, berikut adalah kaedah terbaik untuk anda melakukannya.
Step 1
Setup emel akaun peribadi anda melalui cPanel. Untuk tujuan tutorial ini saya akan menggunakan maklumat sampel berikut.
[unordered_list style=”tick”]
- Domain: akhijoe.com
- Nama pilihan: sampel
- Emel: [email protected]
- Password: q1w2e3r4
[/unordered_list]
[box type=”alert”]Pada ketika tutorial ini diterbitkan, segala maklumat di atas telahpun dihapuskan.[/box]
Klik Create Account dan anda mendapat notifikasi berikut.
Step 2
Klik Configure Email Client untuk mendapatkan maklumat tetapan Outlook 2013.
Anda akan melihat maklumat seperti berikut. Hanya fokus kepada maklumat seperti yang saya tunjukkan berikut.
Step 3
Buka perisian Microsoft Outlook 2013 anda.
Step 4
Fokus kepada navigasi File dan klik butang Add Account untuk menambah akaun baru. Tetingkap seperti panel bawah (imej berikut) akan keluar. Anda akan mula mengisi ruangan ini sebentar lagi.
Step 5
Klik Manual setup or additional types untuk meneruskan tetapan. Anda perlu setup secara manual bukan automatik.
Tetingkap berikut akan muncul dan klik butang radio POP or IMAP dan klik butang Next.
Step 6
Isikan ruangan kosong dengan merujuk kepada maklumat yang telah kita dapatkan daripada Step 1 dan Step 2.
[unordered_list style=”tick”]
- Domain: akhijoe.com
- Nama pilihan: sampel
- Emel: [email protected]
- Password: q1w2e3r4
- Server: mail.akhijoe.com
- Service: POP3
[/unordered_list]
[box type=”note”]
Pada ruangan User Name. Daripada menggunakan [email protected] sebagai User Name, anda harus menggantikan @ dengan +. Menjadikannya sampel+akhijoe.com.
[/box]
Gantikan semua sambungan domain akhijoe.com kepada domain anda sendiri. Jika domain anda hafiz.com maka maklumat yang akan anda gunakan adalah:
[unordered_list style=”tick”]
- Your name: Sampel (Hafiz)
- Email address: [email protected]
- Account Type: POP3
- Incoming mail server: mail.hafiz.com
- Outcoming mail server (SMTP): mail.hafiz.com
- Username: sampel+hafiz.com
- Password: q1w2e3r4 (atau kata laluan pilihan anda)
[/unordered_list]
Step 7
Klik butang More Settings dan fokus pada tab Outgoing Server. tandakan pada kotak My outgoing server (SMTP) requires authentication.
Fokus pada tab Advanced dan fokus kepada bahagian Outgoing server (SMTP). Pada asalnya, nombor tertera adalah 25. Gantikannya kepada 26. Setelah selesai, klik butang OK dan anda akan kembali ke tetingkap asal.
Step 8
Sebelum anda klik pada butang Next, pastikan anda tidak menandakan kotak Automatically test account settings when Next is clicked. Saya tidak pasti untuk anda tetapi konfigurasi saya tidak berjaya jika saya menandakan ruangan ini.
Last Step
Anda telahpun selesai membuat tetapan emel peribadi anda. Klik butang Finish untuk menyemak emel anda atau klik butang Add another account… untuk menambah emel lain pula.
Jika ini adalah kali pertama anda membuka emel anda, anda tidak akan melihat apa-apa di dalam inbox anda.
Tetapi jika emel telah memiliki isi kandungan sejak awal lagi, maka anda perlu lakukan Step ini untuk mendapatkan semua isi kandungan terdahulu di dalam emel anda. Fokus pada tab SEND/RECEIVE dan klik butang Send/Receive All Folders.
Selamat mencuba. 🙂