Kod Etika Profesional (CoPC) untuk pereka grafik Malaysia

Selepas memberi pengenalan kepada pertubuhan wREGA
The Code of Professional Conduct atau Kod Etika Profesional adalah panduan pengamalan profesional untuk pereka grafik di Malaysia. Ia adalah etika yang piawai dan diterima oleh semua ahli wREGA untuk memupuk integriti dan memberi penghormatan kepada bidang profesyen/pekerjaan reka grafik ini.
Saya lihat CoPC inilah sebenarnya di antara kekuatan yang dimiliki oleh wREGA sekaligus meletakkan pertubuhan ini jauh ke hadapan berbanding kewujudan persatuan-persatuan reka grafik lain termasuklah Grafik Malaya. Anda boleh membaca isi kandungan CoPC ini di sini.
Dan bukanlah sesuatu yang mudah dan kecil kerana wREGA juga kini telah menjadi sebuah pertubuhan yang mendapat pengiktirafan daripada ICOGRADA (International Council of Graphic Design Associations); sebuah badan bukan kerajaan & politik dengan status perundingan dengan UNESCO, UNIDO dan WIPO (World Intellectual Property Organisation).
Malang sekali apabila mengetahui CoPC ini hanya tertakluk & terpakai kepada ahli wREGA sahaja dan bukan kepada semua pengamal seni reka grafik seluruh Malaysia.
Serasa seperti mahu sahaja di’wajib’kan keahlian wREGA kepada sesiapa sahaja yang ingin menawarkan perkhidmatan reka grafik di Malaysia ini.