Logo Bersatu — Isu Ciplak Atau Integriti?

Tak sampai pun seminggu pengumuman dibuat tentang kewujudan sebuah parti baru, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), sudah terpalit isu ke atasnya. Bukan ingin berbicara politik, tapi umum tahu, setiap keyboard warrior akan mencari asbab untuk berbalah. Siapa boleh memuaskan hati setiap orang? #Matilanak.
BERSATU belum pun menggalas apa-apa tanggungjawab, jadi tidak mungkin isu boleh dibangkitkan yang berkait dengan parti baru ini. Jadi, nak serang yang mana? Mana-mana yang dah ada la; Logo.
Admin Edie ada pandangan & pendapat beliau yang tersendiri. Jom baca.
Sejak kebelakangan ini banyak yang share isu Logo ciplak. Ok, aku sebenarnya tak kisah sangat pasal isu tu, itu bukan masalah aku, cuma apa yang aku nampak ini adalah masalah “Sifat” client, designer dan keyboard warrior. Tak ramai yang kaji tentang terma dan syarat sesuatu logo.
Client
Nak murah, cepat dan cantik. So, client buat pilihan untuk beli logo online sahaja. Akibatnya, imej tercelar walaupun dah beli secara sah tiada isu plagiat.
Bagi client-client kecil macam kedai nasi lemak, it’s okay untuk beli logo murah-murah online, tapi untuk sesuatu badan organisasi yang besar, DIGALAKKAN hire pereka grafik yang berkaliber dan jangan pandang rendah tentang Logo dan Branding.
Designer
Kadang-kadang designer tak bersalah pun, dah client nak cepat, cantik dan murah maka inilah hasilnya.
Apa-apapun kenalah bersifat jujur, kalau beli template, please bagitau client dan explain kenapa. Client boleh terima kalau kita bagi alasan terpaksa beli template sebab yelaa nak cepat murah bagai.
Atau, mungkin salah designer juga, dalam quote tulis beribu-ribu tapi nak untung cepat, beli template je. Client hire kita sbb client nak logo dia lain dari lain.
Keyboard Warrior
Sebelum share dan kutuk Pemilik Logo / Pereka Logo atas sebab logo ada ciri-ciri plagiat, kaji dulu betul ke tak logo tersebut plagiat. Selagi tak tahu sumber asal atau cerita sebenar, JANGAN SHARE, cukuplah sekadar mengikuti perkembangan.
Web Designer beli template website kat Themforest dan ubah ikut kesesuaian client tak jadi masalah pun? Padahal ianya adalah proses yang sama. Haa itulah pentingnya “L.O.G.O”. Benda lain korang (Client/Designer) boleh copy, tetapi Logo tidak 🙂
Korang sayangkan syarikat korang? Upahlah pereka grafik untuk buatkan logo syarikat korang. 😉
Sumber Logo Infinity Flower.
Baca Logo Stock Regular License daripada Envato.