Aktiviti terkini di group Grafik Malaya adalah Stamp Art. Kelihatan seperti setem sebenar, inisiatif saudara Hafiz untuk mengumpulkan pengkarya grafik di Grafik Malaya untuk turut menyumbang menghasilkan Stamp Art ini membuahkan hasil.

101 rekaan setem yang cukup kreatif dan mempesona dari setiap negeri, daerah, landmark, universiti dan juga tokoh Malaysia berjaya dikumpulkan dalam masa seminggu. Jangan lupa ‘Tag’ rakan2 atau ahli keluarga anda mengikut gambar setem daerah masing2 dan ‘Share’ 😀

Idea asal

Hafiz Cuhax adalah nama yang tidak asing di group Grafik Malaya sebagai seorang pendidik yang dedikasi dalam memberikan tunjuk ajar dalam bentuk tutorial mudah & senang untuk difahami. Kenapa nama beliau dipetik? Kerana idea mengumpulkan 100 Stamp Art ini bermula apabila saudara Hafiz mula menghantar karya Clipping Mask beliau menerusi group Grafik Malaya ini. Dengan satu post yang ringkas, ia terus viral & disokong oleh ramai designer dengan penghantaran puluhan karya lain.

Atas nasihat admin Edie, kesemua karya dikumpulkan dan diabadikan dalam bentuk setem sehingga akhirnya, 100 Stamp Art ini berjaya dikumpulkan. Tahukah anda, mock-up Stamp Art ini juga dihasilkan oleh saudara Hafiz? 😉

Ps. Ini bukan stamp betul tau!

100 Stamp Art oleh Pereka Grafik Grafik Malaya