Tutorial

Gradient Map – Panduan penggunaan terperinci – Photoshop

Gradient Map adalah di antara kesan khas preset yang terdapat di dalam Adobe Photoshop dan boleh dikawal dengan menjadikannya sebagai layer baru yang dikenali sebagai Adjustment Layer.

Kesan-kesan khas asas seperti ini yang sering dilupakan ramai penggiat seni tanah air (pereka grafik) sedangkan dengannya anda boleh melakukan banyak manipulasi luar biasa.

Kemungkinan selama ini kita melakukannya dengan cara yang lebih panjang atau sukar. Sama juga seperti yang pernah saya tunjukkan sebelum ini di mana anda boleh memberikan kesan khas 3D pada teks di dalam Illustrator CC hanya melalui tetingkap Appearance dan Effect.

[box type=”info”]Input baru hari ini daripada video tutorial ini. Anda boleh browse-through kesan-kesan blending mode (daripada Normal ke Luminosity) dengan kekunci pintas klik dan tahan Alt + Shift dan klik kekunci ‘+‘ atau ‘‘ untuk skrol setiap kesan blending mode yang ada.[/box]