Gadis Ini Menghidupkan Watak Animasi Dalam Seni Cantingan Batik Beliau.

Batik berasal daripada perkataan jawa yang bermaksud menulis, dan “nitik” yang bermakna membuat titik. Tidak mengejutkan wujudnya kepelbagaian bentuk batik ini kerana teknik ini telah dikenali lebih seribu tahun dahulu.
Corak-corak baru yang dikenali sebagai batik moden turut terhasil dalam memenuhi citarasa pengguna yang berubah-ubah, walaubagaimanapun asas batik tradisi masih tetap dikekalkan.
Seperti yang ditonjolkan oleh saudari Farah Mohan, seorang artis batik dan pengasas kepada Novak Batik, beliau menggabungkan subjek-subjek karikatur dari pelbagai genre animasi ke dalam cantingan batik beliau.
Beberapa hasil karya beliau yang amat kami kagumi.
Kalau anda ada akaun TikTok, anda boleh lihat lebih banyak hasil kerja tangan beliau di @Farah Mohan dan sekiranya berminat, anda boleh menghubungi beliau menerusi Novak Batik untuk membuat tempahan.