Foto Manipulasi Dheny Patungka

Dheny Patungka merupakan seorang pereka grafik laman web, programmer, pelukis digital, jurufoto dan yang membuatkan profil beliau terpapar di Grafik Malaya hari ini adalah kemahiran foto manipulasi beliau.
Melalui pemerhatian saya di Facebook Page beliau, beliau tidak hanya show-off hasil-hasil karya malah membuka kelas bagi sesiapa yang ingin mempelajari seni manipulasi ini. Beroperasi di Thailand mungkin sedikit sukar bagi kita rakyat Malaysia untuk merapati beliau tetapi jika anda berminat, kita mungkin boleh merancang untuk memanggil beliau datang membuka kelas di Malaysia. 😉
Tonton siri manipulasi beliau sepenuhnya di Facebook Page Dheny Patungka.