Art & Design Tips & Trick

Format Fail Yang Tahan Lebih 10 Tahun

Sebagai pereka grafik, tidak semestinya perlu keluar idea baru setiap masa. Kadangkala idea yang telah kita pakaiguna 3 atau 4 tahun dahulu boleh digunakan semula.

Di touch-up terlebih dahulu agar menampakkannya seakan sebuah idea baru abad ini. 🙂 Eh, siapa pulak yang boleh ingat hasil kerja kite 3 4 tahun lepas? Sejarawan ye kot. Diorang memang suka mengingat hal-hal historic nih. huhu …

Ya. Saya sendiri sering menggunakan teknik ini. Tetapi malang sekali jika idea-idea design yang kita simpan 5 atau 6 tahun lalu tak boleh dibuka lagi. Atau jika boleh dibuka pun, banyak komponen design yang dah takleh dibaca. Bermakna jika anda klik pada komponen design tersebut, akan keluar warning error.

Nyampah nye kan? Baru je nak tunjuk power. TAPI jika difikirkan semula … bagaimana perkara ni boleh berlaku? Kan ke kalau simpan dalam format .PSD ni kita boleh edit semula?

Baik, mari kita berkenalan sekitar format apa yang boleh disimpan apabila menggunakan Adobe Photoshop CS5 (saya tak pasti kalau list ni sepenuhnya ada dalam CS4 dan ke bawah).

 

Senarai format fail ‘Save As’ Adobe Photoshop CS5.

[unordered_list style=”tick”]

  • BMP
  • GIF
  • DCM
  • JPEG
  • PDF
  • RAW
  • PXR
  • PNG
  • TGA
  • TIFF
  • PSD

[/unordered_list]

PS. Ada banyak lagi sebenarnya. Tapi saya senaraikan yang commonly used lah.

 

Saya bold kan dua (2) format di atas kerana nak bandingkan kedua-duanya.

Saya yakin rata-rata pereka grafik termasuk anda (dan saya juga) selalu menyimpan hasil kerja design di Adobe Photoshop dalam format .PSD. Betul? Format ini tak akan flatten layer yang ada dan ini memberi kemudahan kepada anda untuk membuat ubahsuaian pada kerja design tersebut masa akan datang.

[unordered_list style=”tick”]

  • Anda masih boleh menggerakkan semua layer yang ada
  • Anda boleh menukar bodycopy pada design tu
  • Nak tukar warna pun boleh

[/unordered_list]

[box type=”info”]Tapi tahukah anda, fail PSD hanya mampu bertahan selama lebih kurang 4 hingga 5 tahun sahaja?[/box]

Bermakna masuk tahun ke-6 dan seterusnya fail tersebut akan mengalami kerosakan. Apatah lagi kalo nak dibuka selepas 10 atau 15 tahun lagi. Jangan tidak percaya ya. Pensyarah saya pernah melakukannya kerana ingin menggunakan semula design lama beliau.

 

Apa yang berlaku pada kerja yang disimpan dalam format .PSD selepas 5 tahun?

  • Jika disimpan dalam RGB, warnanya vibrant / menyerlah pasti tidak akan kekal lagi. Warnanya mungkin meluntur atau bertukar kepada warna berdekatan dengan kod (hijau >> kuning).
  • Kualiti layer imej yang ada juga boleh berubah komposisi, warna dan pixels nya (gambar blur jika dibesarkan).
  • Beberapa layer yang ada mungkin boleh hilang atau missing.
  • Kalau tak sempat transfer font, mungkin akan menyebabkan font tulisan missing juga.

Penyelesaian alternatif selain simpan dalam format .PSD

 

Format .TIFF adalah penyelesaian

Ramai yang menganggap fail TIFF sama seperti JPEG, GIF dan PNG. Iaitu semua layer akan flatten dan bercantum menjadi sekeping imej yang tidak boleh diubahuai.

Saya juga salah. Simpanan dalam format .TIFF malah sebenarnya lebih baik daripada .PSD. Jauh lebih baik lagi kerana perkara yang akan saya khabarkan sebentar lagi.

 

Kelebihan format TIFF

[unordered_list style=”tick”]

  • Semua komponen design kekal 100% seperti keadaan asal selepas 10 atau 20 tahun sekalipun.
  • Warna yang anda gunakan atau ada pada komponen layer kekal hampir 100%.
  • Kualiti setiap layer imej kekal seperti asal.

[unordered_list style=”tick”]

Namun begitu format TIFF masih juga mempunyai kekurangan berbanding PSD tapi memang itu pun yang perlu untuk dapatkan kualiti yang lebih baikkan?

 

Kekurangan format TIFF

  • Saiznya sangat besar & berat. Jika simpanan .PSD pada 30Mb, .TIFF mungkin akan mengambil ruang sehingga 45Mb atau 47Mb.
  • Tidak sesuai untuk dihantar melalui talian/online kepada publisher/printing anda kerana akan makan ruang yang besar

Jadi, anda sendiri boleh membuat pilihan format apa yang nak digunakan dalam situasi yang berbeza. It’s new right? Ya! Saya pun gitu. Selama 2 tahun berkarya baru kali saya ketahui fakta seperti ini. Insyallah akan dicuba secara praktikal. Mari kita lihat apa yang akan berlaku kepada fail-fail PSD di dalam simpanan saya selepas 4 atau 5 tahun lagi.

 

Kisah dongeng kelebihan TIFF

[quote]Kepentingan format TIFF kalaulah ditakdirkan dunia ini ditawan oleh makhluk asing. Dan semua designer di dunia ini ditangkap dan dibunuh kerana kehebatan design tahap dewa mereka.

20 tahun kemudian.. di tengah-tengah timbunan salji tiba-tiba ada sekeping DVD yang dah lama. Makhluk asing tersebut membuka dan tengok ada fail TIFF. Dan disebabkan ianya tersangat hebat maka sekonyong-konyongnya sejarawan dari kalangan makhluk asing ini ingin menyimpannya di dalam muzium.

Jadi sekurang-kurangnya nama anda (designer) masuklah di dalam buku sejarah mereka “Sejarah tamadun komunikasi visual manusia”. Berbaloi.[/quote]

 

Perkara sama di Adobe Illustrator CS5

Perkara yang sama juga berlaku di Adobe Illustrator CS5 jika anda banyak menghasilkan vektor dan logo. Kebiasaan memilih format .AI sebagai final simpanan bukan? Perbandingan di Illustrator adalah menggunakan format AI dan EPS.

Menyimpan dalam format EPS jauh lebih baik berbanding format AI juga atas sebab-sebab yang sama seperti di atas.