Tutorial

Cubaan kali pertama teknik cubism bongkah ais – Illustrator CC

Setiap perkara ada kali pertamanya dan ini adalah kali pertama saya menggunakan  teknik Cubism atau dikenali dengan nama Cubist. Terdapat perbezaan di antara Cubist dan Triangular.

Cubist adalah berasal daripada perkataan cubic iaitu segi empat sama dan berbentuk kiub. Dari sinilah anda akan mendapat idea bagaimana teknik ini diaplikasikan menjadi satu seni. Dan bercakap tentang Triangular pula, seperti yang anda faham secara terus daripada namanya, terdiri daripada binaan segi tiga dan seterusnya membentuk seni.

Anda akan mendapat lebih idea tentangnya menerusi imej-imej berikut.

Dapatkan imej bongkah ais – iceberg

Untuk tahap amateur ini, saya sekadar mendapatkan imej bongkah ais daripada carian Google sebagai rujukan kepada teknik cubism yang akan dilakukan sebentar lagi.

Melted Iceberg Wallpapers

@sumber imej Anda boleh mendapatkan mana-mana imej bongkah ais pun dengan syarat pastikan ia tidak terlalu sukar untuk di-trace. Imej di atas boleh dikategorikan agak sukar kerana terdapat ceracak yang banyak. Tapi tak mengapa, gunakan minda kreatif anda untuk mengubahsuainya.

Tidak kurang seperti membina kerangka model 3 dimensi

Apa yang saya dapati, teknik cubism ini tidak kurang seperti membina model 3 dimensi di dalam Autodesk 3Ds Max. Oleh kerana saya sudah biasa bermain dengan model 3D, maka mudah bagi saya untuk menganalisis permukaan bongkah ais ini. Kemudian bina bongkah segi empat mengikut kontur permukaan bongkah ais tersebut. Imej berikut adalah serba sedikit yang dapat saya lakukan. Mengejar masa. Jadi tidaklah terlalu baik.

[box type=”info”]Jika daripada pemahaman binaan model berasaskan bongkah segi empat di dalam perisian 3 dimensi, walaupun dikatakan sebagai teknik cubist, anda tetap boleh membina bentuk segi tiga tetapi pastikan tiada yang melebihi 4 bucu – pentagon, hexagon dan seterusnya.[/box]

teknik cubism cubist iceberg 01

Kesungguhan itu penting!

Itulah nasihat saya. Huhu. Lihat imej berikut. Pada panel atas adalah ketika saya memulakan pembinaan cubist ini dan kelihatan saya cuba melakukannya seperinci yang boleh. Dan apabila bergerak ke kanan (panel bawah) makin lama cubist yang terbentuk semakin besar dan semakin kurang perincian. Haha. Agak mengecewakan. Tapi sebagai cubaan pertama, saya anggap ini suatu kejayaan. Huhu. Letih dan memakan masa! Sebab itulah.

teknik cubism cubist iceberg 02

Berikan kesan khas dan kemasan kepada seni cubist anda

Setelah mendapat hasilnya, kita akan fill-in warna ke dalam setiap bongkah tersebut. Cara mewarnakan setiap bongkah adalah dengan men-sampel-kan menggunakan Eyedropper Tool (I) warna paling dominan yang terdapat pada setiap bongkah.

Imej berikut adalah yang terhasil selepas saya sampelkan warna pada setiap bongkah dan pada saya ia adalah satu kegagalan. Huhu. Rasanya ia berlaku kerana bongkah segi empat yang dibina adalah terlalu besar.

Walaubagaimanapun saya mendapat idea untuk meletakkan latar belakang berwarna biru dan kemudiannya menukar blend mode cubist bongkah ais tersebut kepada Overlay dan Opacity – 100%.

teknik cubism cubist iceberg 03

Voila! Inilah hasilnya

akhijoe com - teknik cubism cubist

Masih terdapat banyak ruang untuk diperbaiki. Semoga pada masa akan datang saya memiliki lebih banyak masa dan dapat membina bongkah-bongkah segi empat yang lebih terperinci (detail).

Dalam episod akan datang saya akan kembali dengan mengimplimentasikan seni cubist ini ke dalam Profil Korporat Pleu sebagai Edisi ke-2 Pleu Agency. 😉