Cpanel: Membina subdomain laman web anda

Pos hari ini menjawab soalan salah seorang pembaca kita iaitu:
Sebagai contoh jika anda sudah ada domain laman web seperti saya – grafik.my, dan kemudian anda ingin membina laman keahlian (membership) untuk pengunjung anda.
Anda tak perlu membeli domain baru – grafikmembership.my atau domain lain untuk tujuan tersebut. Malahan pengunjung laman web anda mungkin terkeliru menganggap ia sebagai sebuah laman web yang berbeza.
Subdomain
Atau anda boleh membina subdomain sahaja? Anda boleh kekal menggunakan domain yang sama dan dalam masa yang sama membina sebuah ‘domain’ yang baru tanpa perlu membayar harga sebuah domain lagi. Pelbagai subdomain yang boleh anda bina seperti:
- blog.grafik.my
- member.grafik.my
- private.grafik.my
- profile.grafik.my
- dan pelbagai lagi.
Langkah 1
Log masuk ke cPanel anda.
Visual di bawah adalah interface cPanel jika anda baru pertama kali membukanya.
Langkah 2
Cari tool – Subdomain atau anda boleh klik pada kotak FIND pada sidebar kiri – dan taip subdomain. Tool @ ikon subdomain akan di’tapis’ dan klik pada ikon tersebut.
Langkah 3
Taip nama subdomain yang ingin anda gunakan pada domain anda. Di sini saya gunakan subdomain BLOG. Taip menggunakan huruf kecil sahaja. Dan jika anda memiliki banyak domain di dalam hosting yang sama, pilih domain yang ingin anda gunakan melalui dropdown menu.
Document Root – Adalah tetapan di mana folder subdomain anda akan dibina. Sepertimana anda menambah domain asal anda ke hosting anda dahulu, sebuah folder khas akan dibina untuknya bukan? Perkara yang sama dan anda harus menetapkannya.
Secara default – ia akan ditempatkan pada root / public_html.
Langkah 4
Praktis yang baik – Jika anda memiliki banyak domain di dalam hosting anda, praktis yang baik untuk mengorganisasikannya mengikut domain. Jadi, di sini saya membina subdomain blog.grafik.my jadi saya akan meletakkan folder subdomain ini di – public_html/grafik.my/blog
Klik – CREATE – button dan semak pada senarai subdomain yang dibina. Jika subdomain anda tersenarai bermakna anda telah berjaya membina subdomain anda.
Lihat juga pada bahagian direktori – di mana folder subdomain anda dibina.
Langkah 5
Double check – Semak kali kedua samada subdomain anda betul-betul telah dibina. Untuk ini, kita akan masuk ke File Manager. Untuk melihat di dalam direktori hosting anda untuk memastikan betul atau tidak – subdomain blog telah dibina.
Langkah 6
Klik – FILE MANAGER – dan set domain anda – GRAFIK.MY – dan klik GO.
Pada bahagian sidebar kiri, anda akan melihat hierarki seperti di bawah. Di sini, saya mencari pada hierarki public_html >> grafik.my >> blog – YES, folder blog telah dibina di mana sebelum ini, ia tidak wujud.
Semoga tutorial kali ini membolehkan anda menjadikan laman web anda semakin berfokus mengikut kategori-kategori yang anda tetapkan dan diklasifikasikan melalui subdomain. 😉