fbpx

Post Iklan di Group GM

Jenis iklan: Post bergambar • Lokasi: GM’s Facebook Group • Tarikh luput: Tiada* • Had BUMP**: 5 kali sahaja • *Dipadam sekiranya melanggar peraturan ditetapkan.

RM25.00 RM20.00

Sekiranya anda ingin menawarkan peluang pekerjaan (vacancy), pertandingan yang memberikan imbuhan atau apa sahaja perkara yang memberi keuntungan kepada rakan-rakan pereka di Grafik Malaya, anda boleh terus berbuat demikian secara percuma di Group Facebook Grafik Malaya.

Sekiranya tujuan anda beriklan adalah selain daripada itu, sila baca ruangan informasi di bawah.

 

Adakah anda memiliki tawaran servis atau produk yang berkaitan dengan niche seni reka visual?

Jika jawapan anda YA, anda mungkin berminat untuk memberitahu tentangnya kepada lebih 20,000 ahli Grafik Malaya yang majoritinya merupakan penggiat seni visual seperti pereka grafik, jurufoto, juruvideo, motion-grapher, pelukis, pembangun laman web, illustrator, penggiat seni khat, pereka logo, tracer, manipulasi foto dan ramai lagi.

Tidak kurang juga ahli-ahli Grafik Malaya terdiri daripada mereka yang masih mengasah bakat dan kemahiran dalam bidang seni reka visual dan masih tercari-cari cara, kursus atau produk yang boleh membantu mereka menguasai bidang ini.


3 Step Cara Beriklan

Step 1

Tempah slot iklan menerusi page ini » buat bayaran & pengesahan sepertimana panduan yang disertakan selepas anda Checkout nanti.

 

Step 2

Salesletter/Copywriting & semua butiran lengkap iklan perlu disaring terlebih dahulu dengan menghantarkan kepada email kami di [email protected] atau whatsapp-kan ke 601156368540.

Contoh Salesletter iklan

Tajuk Iklan

SERVIS MENCIPTA LAYANG-LAYANG

Surat Jualan

Anak melalak sebab nak main layang-layang? Tapi anda tak tahu bagaimana untuk membuatnya? Takut jatuh air muka? Eeii.. Malunya bapak tak reti buat layang-layang!?

10 variasi layang-layang pelbagai bentuk, warna & saiz pada harga RM50 sahaja!

Hanya di Wau Enterprise <link ke web/salespage/fanpage>!

Send juga grafik/foto yang ingin digunakan bersama iklan (max  10 keping)

 

Step 3

Sekiranya (iklan) lulus, email anda akan dibalas beserta kod unik khas yang mana perlu anda sertakan di akhir (paling bawah) post iklan yang akan anda terbitkankan sendiri di Group Facebook Grafik Malaya.

 


Jenis Iklan Dibenarkan

Jenis iklan yang dibenarkan adalah seperti dan tidak terhad kepada senarai berikut:-

  • Penjualan T-shirt
  • Penjualan hasil karya
  • Pencarian ejen affiliate
  • Pembekalan produk
  • Tawaran servis (perkhidmatan)
  • Mendapatkan Like & Share untuk FB Fanpage
  • Langganan laman web/blog
  • Memindahkan trafik melalui perkongsian pautan***
  • Tawaran berbayar/percuma perlu Opt-in

Lain-lain perkara yang dirasakan berkaitan, menyamai & menepati kriteria tersebut mengikut budi bicara Pihak Pengurusan Grafik Malaya.

 


Jenis Iklan Dilarang

Jenis iklan yang dilarang adalah seperti dan tidak terhad kepada senarai berikut:-

  • Produk kesihatan & kecantikan (tiada kaitan dengan seni reka visual).
  • Koleksi grafik, video, audio, perisian & seumpama yg bukan hak milik.
  • Menjual produk/servis individu lain tanpa memiliki Lesen Hak Penjualan Semula yang sah/diiktiraf (anda akan diminta untuk membuktikannya).
  • Perdagangan haiwan & manusia.
  • Menjual/Mempromsi perisian cetak rompak.

Lain-lain perkara yang dirasakan berkaitan, menyamai & menepati kriteria tersebut mengikut budi bicara Pihak Pengurusan Grafik Malaya.

 


Peraturan Pengiklanan

Sila teliti garis panduan di bawah kerana ia teramat penting. Kegagalan mematuhinya boleh mengakibatkan iklan anda dikeluarkan (dibuang) tanpa pulangan wang semula dan kebenaran untuk anda beriklan pada masa akan datang juga boleh ditarik selamanya.

  1. Satu slot hanya untuk satu kali post iklan sahaja. NEW
  2. Iklan mesti diterbitkan dalam masa 7 hari selepas slot iklan yang anda tempah diluluskan. NEW
  3. Harga produk mesti dipaparkan pada post jualan.
  4. Produk/Servis mesti adalah hak milik penuh pengiklan.
  5. Jika bukan produk/servis sendiri, bukti Lesen Hak Penjualan Semula mesti dilampirkan.
  6. Tidak dibenarkan meninggalkan post iklan; tidak reply kepada komen yang ditinggalkan (hit & run ads style).
  7. Tidak dibenarkan BUMP** melebihi 5 kali.
  8. Dilarang memadam & post semula atau edit semula iklan! NEW

 

Di antara motif penguatkuasaan Iklan Berbayar ini juga antara lain adalah bagi (1) Mengelakkan iklan rambang tak tentu hala oleh ahli. (2) Supaya hanya iklan yang diluluskan Pihak Pengurusan sahaja akan terpapar. (3) Mengurangkan masalah SPAMMING (Hit & Run) oleh ahli. (4) Hanya yang serius beriklan (membayar kos iklan) dibenarkan beriklan. (4) Hasil kutipan boleh digunakan bagi membayar moderator dan juga bagi tujuan promosi Group Facebook GM. Tertakluk kepada keputusan bersama Pihak Pengurusan.

 

 


** BUMP adalah singkatan bagi ‘Bring Up My Post’ di mana pengiklan atau orang yang diupah pengiklan memberi komen pada post iklan tersebut semata-mata untuk menaikkan semula post (iklan) tersebut ke senarai teratas.

*** Perkongsian pautan adalah dibenarkan tetapi atas budibicara pihak pengurusan, perkongsian anda boleh dikategorikan sebagai aktiviti pengiklanan. Termasuk juga post hasil karya yang disertakan pautan.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More