[et_pb_section admin_label=”Section” fullwidth=”off” specialty=”off”][et_pb_row admin_label=”Row”][et_pb_column type=”4_4″][et_pb_text admin_label=”Text” background_layout=”light” text_orientation=”justified” use_border_color=”off” border_color=”#ffffff” border_style=”solid”]

Ini antara skeptikal di kalangan pelanggan apabila designer bertanyakan tentang ‘Bajet’ mereka.

Ingin dijawab atau tidak perlu?

“Ah, ini mesti nak caj harga setinggi yang boleh. Baik jangan diberitahu.” dan“Nak caj mahal-mahal lah tu. Beritahu harga yang rendah-rendah sahaja lah” adalah beberapa respon yang mungkin bermain di fikiran anda sebagai seorang pelanggan.

Mungkin pengalaman berhadapan dengan beberapa penjual tepung baru-baru ini menyebabkan anda berasa was-was sebegitu. Namun anda perlu tahu, servis reka grafik adalah berbeza.

Seperti yang anda maklum sekarang, kerja-kerja reka grafik adalah termasuk dalam perniagaan berbentuk servis. Maka, caj yang dikenakan adalah fleksibel kerna tidak melibatkan kos perbelanjaan yang tinggi. Kos kritikal yang terlibat mungkin hanyalah masa yang perlu diluangkan. Jika anda ingin tahu, masa adalah antara perkara yang sangat kritikal bagi kerja-kerja design.

Sebab itu, dalam standard antarabangsa caj design bergantung kepada masa. Sebagai contoh RM 60/jam. Lebih masa diluang untuk menyiapkan design anda, lebih mahal harganya.

[/et_pb_text][et_pb_text admin_label=”Text” background_layout=”light” text_orientation=”justified” use_border_color=”off” border_color=”#ffffff” border_style=”solid”]

Apa kaitan di antara ‘ingin tahu bajet saya’ dengan masa?

Sebelum saya menerangkan tentangnya, penting untuk anda ketahui bahawa memang tiada kaitan langsung di antara perihal seseorang designer ingin mengetahui ‘bajet’ anda dengan cubaan mengenakan caj yang maksimum terhadap anda.

[/et_pb_text][et_pb_accordion admin_label=”Accordion” use_border_color=”off” border_color=”#ffffff” border_style=”solid”] [et_pb_accordion_item title=”Konsep Pertama”]

Konsep pertama adalah, kaitan antara tahap kompleksiti design -VS- masa. Semakin kompleks (sukar/renyah) design semakin banyak masa yang perlu diluangkan untuk menyiapkannya.

Bagi seorang designer berpengalaman, kerja design (reka grafik) adalah sangat fleksibel di mana beliau boleh mengagak konsep dan design yang bagaimana dan elemen design bagaimana yang perlu digunakan untuk berapa lama masa yang ingin digunakan untuk menyiapkan sesuatu projek itu.

Sebab itu, sangat penting untuk anda berikan gambaran yang tepat tentang design yang anda inginkan agar beliau boleh mengeluarkan sebut harga yang tepat.

Sekiranya draf anda dinilai sebagai memakan masa yang lama, maka harganya akan menjadi lebih mahal. Dan sekiranya dinilai sebagai projek yang boleh disiapkan dalam masa singkat, maka benar seperti tekaan anda, harganya akan menjadi lebih rendah.

[/et_pb_accordion_item][et_pb_accordion_item title=”Konsep Kedua”]

Konsep kedua barulah anda mudah untuk memahami kaitan antara bajet -VS- masa. Jika bajet anda rendah, maka designer akan menyiapkan design yang tidak memakan masa terlalu lama. Dan begitulah sebaliknya; jika bajet anda tinggi, maka designer akan menyampaikan hasil kerja yang lebih baik, kompleks & teliti bersesuaian dengan bajet anda.

[/et_pb_accordion_item] [/et_pb_accordion][et_pb_testimonial admin_label=”Testimonial” url_new_window=”off” portrait_url=”http://grafik.my/wp-content/uploads/2014/10/akhi_profile.jpg” quote_icon=”on” use_background_color=”on” background_color=”#f5f5f5″ background_layout=”light” text_orientation=”justified” use_border_color=”off” border_color=”#ffffff” border_style=”solid”]

Ingat konsep asas ini; Design yang memerlukan lebih penelitian dan memiliki komponen design yang lebih kompleks akan memakan masa yang lebih lama untuk disiapkan. Lebih lama pula bermakna lebih mahal harga yang akan dikenakan.

[/et_pb_testimonial][et_pb_divider admin_label=”Divider” color=”#e9e9e9″ show_divider=”on” divider_style=”dashed” divider_position=”top” hide_on_mobile=”on” height=”10″] [/et_pb_divider][et_pb_image admin_label=”Image” src=”http://grafik.my/wp-content/uploads/2014/10/bajet-vs-masa.jpg” show_in_lightbox=”off” url_new_window=”off” use_overlay=”off” animation=”bottom” sticky=”off” align=”left” force_fullwidth=”on” always_center_on_mobile=”on” use_border_color=”off” border_color=”#ffffff” border_style=”solid”] [/et_pb_image][/et_pb_column][/et_pb_row][et_pb_row admin_label=”Row”][et_pb_column type=”4_4″][et_pb_text admin_label=”Text” background_layout=”light” text_orientation=”justified” use_border_color=”off” border_color=”#ffffff” border_style=”solid”]

Harga design bukan dipengaruhi ‘Masa’ sahaja

Janganlah pula sekarang anda beranggapan masa-lah yang menentukan harga design. Itu salah lagi dipersalahkan. Mari kita lihat beberapa perkara lain lagi yang turut mempengaruhi harga design anda.

  • Resolusi Design – Design untuk percetakan menggunakan resolusi 300 DPI manakala penerbitan melalui web hanya menggunakan 72/96 DPI. Lebih tinggi resolusi bermakna lebih tinggi kualiti imej yang diperlukan, kuasa PC untuk mengendalikan yang lebih tinggi dll. Jika lebih tinggi resolusi design, maka lebih mahal harganya.
  • Penggunaan Stok Foto Berbayar – Stok foto berbayar berkualiti tinggi & sudah tentu dengan bajet yang lebih tinggi, anda boleh menggunakannya. Anda boleh berjimat dengan menggunakan foto yang diambil sendiri atau terpaksalah berpuas hati dengan menggunakan foto yang ditangkap menggunakan kamera telefon pintar.
  • Harga Premium Design – Untuk sesetengah produk seperti label produk, letterhead (kepala surat) & billboard memiliki harga premium; mengambil kira bahawa ia merupakan imej yang ekslusif bagi sesebuah syarikat. Sebab itu, walaupun kerjanya kelihatan mudah tetapi harganya tetap tinggi. Ini adalah beberapa perkara yang dipersetujui bersama dikalangan designer. Pun begitu ada juga yang masih menggunakan ukuran masa sebagai penentu harga bagi produk-produk premium sebegini.
  • ‘Rush Job’ – Atau seperti yang anda fahami adalah situasi di mana kerja dipercepatkan daripada kadar biasa. Kebiasaannya designer akan memaklumkan bahawa “Design ini akan siap dalam 3-5 hari bekerja”. Sekiranya anda inginkannya siap pada esok hari, maka harganya menjadi lebih tinggi iaitu di antara 70-250% daripada harga yang dipersetujui.
[/et_pb_text][et_pb_testimonial admin_label=”Testimonial” url_new_window=”off” portrait_url=”http://grafik.my/wp-content/uploads/2014/10/akhi_profile.jpg” quote_icon=”on” use_background_color=”on” background_color=”#f5f5f5″ background_layout=”light” text_orientation=”justified” use_border_color=”off” border_color=”#ffffff” border_style=”solid”]

Salah faham bayaran ‘Rush Job’. Ada pelanggan yang menganggap caj ekstra yang dikenakan untuk ‘Rush Job’ adalah bayaran/yuran yang dikenakan untuk potong que (barisan) senarai kerja sedia ada. Mengabaikan tempahan klien lain & menyelesaikan kerja individu tersebut dahulu. Ini salah.

Dateline kerja sentiasa cuba dipatuhi 100%. Bayaran ‘Rush Job’ adalah bayaran lebih masa kepada designer yang perlu bekerja lebih masa pada hari tersebut untuk menyiapkan tempahan anda yang anda inginkan pada esok harinya.

[/et_pb_testimonial][et_pb_text admin_label=”Text” background_layout=”light” text_orientation=”justified” use_border_color=”off” border_color=”#ffffff” border_style=”solid”]

Tindakan designer apabila sudah tahu ‘bajet’ pelanggan

Mengetahui bajet seorang pelanggan tidak bermakna designer tersebut akan menerima. Setiap designer adalah berbeza dan tidak dinafi terdapat designer yang tidak bekerja untuk satu-satu bajet yang terlalu ketat (kecil). Jadi, berikut adalah beberapa respon yang mungkin akan anda (pelanggan) terima.

[/et_pb_text][/et_pb_column][/et_pb_row][et_pb_row admin_label=”Row”][et_pb_column type=”1_2″][et_pb_text admin_label=”Text” background_layout=”light” text_orientation=”justified” use_border_color=”off” border_color=”#ffffff” border_style=”solid”]

Terima Tempahan

Contoh, design yang anda inginkan berharga RM300 tetapi bajet anda max RM150 shj.

Maka designer yang bersetuju menerima tempahan anda akan memberi nasihat seperti “Design anda akan disiapkan tetapi untuk bajet ini, encik perlu membekalkan stok foto sendiri” atau “Design yang disiapkan adalah berbentuk teks semata tanpa ada penambahan kesan khas atau grafik” dan seumpamanya.

[/et_pb_text][/et_pb_column][et_pb_column type=”1_2″][et_pb_text admin_label=”Text” background_layout=”light” text_orientation=”justified” use_border_color=”off” border_color=”#ffffff” border_style=”solid”]

Tolak Tempahan

Sekiranya ini berlaku, perkara terbaik untuk anda lakukan adalah berlalu dan teruskan mencari designer lain yang boleh bekerja mengikut bajet yang telah anda hadkan.

Adalah sangat tidak digalakkan, memaksa designer yang menolak untuk tetap menerima kerja pada bajet anda yang rendah tersebut.

[/et_pb_text][/et_pb_column][/et_pb_row][et_pb_row admin_label=”Row”][et_pb_column type=”4_4″][et_pb_divider admin_label=”Divider” color=”#e9e9e9″ show_divider=”on” divider_style=”dashed” divider_position=”top” hide_on_mobile=”on” height=”10″] [/et_pb_divider][et_pb_text admin_label=”Text” background_layout=”light” text_orientation=”justified” use_border_color=”off” border_color=”#ffffff” border_style=”solid”]

Senarai di atas hanyalah sebahagian kecil daripada hal yang mempengaruhi penetapan harga sesebuah tempahan design. Sekiranya anda adalah seorang designer, nyatakan lanjutan senarai ini melalui ruangan komen agar boleh ditambah lagi ke dalam senarai.

Sekiranya anda adalah seorang pelanggan, anda haruslah berasa lega kerana pertanyaan “Berapa Bajet Anda?” daripada seorang designer bermakna beliau ingin membantu anda untuk mendapatkan hasil yang terbaik bagi anda walaupun kemungkinan bajet anda agak ketat. Atau sebaliknya, untuk memastikan agar anda tidak membuang masa memberikan butiran design yang lengkap yang akhirnya rupanya harga permulaan design tersebut sudah melebihi bajet anda.

[/et_pb_text][/et_pb_column][/et_pb_row][/et_pb_section]

CC BY-NC-ND 4.0 This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International License.