Art & Design

Berita: Rabu – Kini Hari ‘Featured Designer’

Kini Grafik Malaya lebih meriah! Semakin meriah dengan kehadiran lebih ramai pereka grafik tanah air untuk bersama menyumbang & memeriahkan laman web ini. Jadi, bagi menghargai segala usaha & kerjasama mereka, Grafik Malaya telah mengisytiharkan bahawa …

[information_box title=”Pengisytiharan Grafik Malaya’s Featured Designer Day” ]Dengan ini sukacita dimaklumkan bahawa Grafik Malaya  mengisytiharkan bermula tarikh Ogos 01, 2012 adalah hari ‘Grafik Malaya’s Featured Designer’! Buat masa ini, ia akan berlangsung setiap 2 minggu sekali.[/information_box]

Di mana pada setiap hari Rabu, Grafik Malaya akan menfiturkan (feature) setiap pereka grafik di Grafik Malaya bersama hasil-hasil karya terbaik mereka.

 

Peluang untuk pereka grafik

Pereka grafik terpilih, akan berpeluang melakukan yang berikut pada waktu beliau difitur:

  • Memaparkan 10 hasil karya terbaik yang telah dihasilkan sehingga kini
  • Mendedahkan sedikit profil tentang pereka grafik tersebut
  • Berkongsi tips reka grafik beliau

 

Kebaikan untuk pembaca

  • Mendapatkan tips-tips baru dan segar terus dari setiap pereka grafik bagaimana menghasilkan design
  • Mengetahui teknik-teknik design yang unik – kerana setiap pereka akan memiliki teknik yang berbeza-beza
  • Mendapat idea yang lebih segar daripada pereka grafik baru (bukan pengarang sahaja)

Jemputan buat pereka grafik di luar sana!

Kami juga ingin anda menjadi sebahagian daripada kami. YA! Anda pereka grafik di luar sana. Yang buat pertama kali melawati laman web ini, Grafik.my adalah dedikasi khas setiap pereka grafik untuk berjariah membantu pembaca memahami selok belok seni reka grafik. 🙂

Bagaimana caranya untuk anda juga boleh menjadi salah seorang ‘Featured Designer’ setiap minggu Grafik Malaya?

  • Kumpulkan 10 karya terbaik anda – tidak kira genre (noir, manipulasi, foto editing, laman web, ikon dll)
  • Tuliskan sedikit profil anda dalam notepad / word (anda mesti ingin orang mengenali sedikit profil andakan?)
  • Sertakan imej diri anda – pastikan yang berkualiti, kacak, cantik, comel dll (jgn merendah diri sangat lah, bagi shj pos terbaik anda di depan kamera~ 😀 )
  • Masukkan di dalam 1 folder dan ZIP kan menggunakan winzip dll.
  • Hantarkannya kepada kami di me [at] jauhari.my

 

Dan jika terpilih, anda akan diberitahu pada waktu bila profil serta hasil karya anda akan diterbitkan. 😉

[button link=”http://gm.t6zxfghybp-ewx3l9p5k3zq.p.runcloud.link/2012/07/tutorial-cara-submit-folder-featured-designer/” size=”large”]Cara submit folder artwork anda[/button]

Keuntungan pereka grafik

  • Profil & hasil karya anda kekal sebagai tontonan Grafik Malaya selagi ia berdiri kukuh.
  • Hasil karya anda menjadi aspirasi & memberi inspirasi kepada pembaca Grafik Malaya.
  • Pembaca Grafik Malaya mungkin bakal menjadi pelanggan anda – melihatkan hasil karya hebat anda.
  • Pembaca Grafik Malaya kini mencecah 150 di RSS dan melalui email seramai – 14,000 ++ pembaca! Anda bayangkan sendiri apakah potensi anda jika anda di’featured’ di Grafik Malaya sekali & selamanya.

Jadi, teruskan berkarya dari sekarang dan hasilkan rekaan terbaik anda untuk dimuat kan di dalam galeri Grafik Malaya! Kami menantikan penyertaan anda.