Bayaran pembatalan kerja / projek

Pernah tak berlaku kepada anda di mana ketika anda sedang mengendalikan sesebuah projek, secara tiba-tiba ia dihentikan atas sebab-sebab tertentu? Biasanya ia disebabkan oleh sesuatu yang berada di luar kawalan designer.
Bayaran pembatalan (cancellation fee) dikenakan kerana ketika projek sudah berjalan, designer sudahpun memperuntukkan sebahagian masa, tenaga dan buah fikiran terhadap projek tersebut. Untuk itu, bayaran bagi membatalkan projek yang sudah berjalan akan dikenakan.
Cara mengenakan bayaran pembatalan.
Sekiranya pembatalan berlaku apabila anda baru habis membentangkan hanya konsep atau fasa lakaran design, bayaran pembatalan yang biasa dikenakan adalah di antara 20% sehingga 50% daripada jumlah bayaran asal.
Sekiranya pembatalan berlaku selepas anda menghantar draf pertama design dan hasil akhir belum siap, bayaran pembatalan (cancellation fee) yang dikenakan adalah di antara 33% sehingga 100% untuk Illustrator dan 50% hingga 100% untuk reka grafik, design laman web/interaktif dan animasi daripada jumlah bayaran asal.
Sekiranya pembatalan berlaku selepas menyiapkan keseluruhan projek, bayaran pembatalan yang biasa dikenakan adalah di antara 75% sehingga 100% daripada jumlah bayaran asal dengan 100% pada kebanyakan masa (most common).
Lain-lain perkara penting.
Sebarang perbelanjaan yang dibiaya oleh designer di sepanjang proses penghasilan projek tersebut perlu dibayar sepenuhnya oleh pelanggan; seperti bayaran model (jika digunakan), stok foto, caj penghantaran.
Apabila berlaku pembatalan, klien memiliki hak (rights) ke atas produk (design) sebagaimana perjanjian-awal penggunaan klien terhadap produk yang telah siap apabila bayaran pembatalan telah dibayar.
Walaupun klien tidak berniat untuk mencetak semula produk pada ketika itu, hak (rights) penggunaan ke atas produk akan berpindah kepada beliau (klien) apabila bayaran dilakukan. Bergantung kepada persefahaman di antara keduanya, hak-penggunaan tersebut boleh kembali kepada designer sekiranya tidak dipraktis pada sela masa yang spesifik.
Sekiranya draf awal atau projek yang tidak selesai kerana pembatalan tersebut tetapi kemudiannya digunakan oleh klien sebagai projek yang lengkap sepenuhnya, klien secara kontraknya wajib membayar baki bayaran daripada jumlah bayaran asal.
Designer dan klien boleh menyelesaikan sebarang pertikaian berkenaan bayaran pembatalan melalui campur tangan pihak ketiga (mediation) yang berautoriti (binding-arbitration).
Sumber daripada The Graphic Artists Guild Handbook.