Semasa

Tuan Hj. Hashim Hassan – Bapa Logo Hari Kebangsaan Meninggal Dunia Hari Ini

Khamis, 25 Februari 2021 – Dukacita dimaklumkan bahawa Tuan Hj. Hashim Hassan (Bapa Logo Hari Kebangsaan Malaysia) telahpun kembali ke Rahmatullah sebentar tadi di Hospital Klang pada usianya 83 tahun 4 bulan.

Bekas Profesor Madya, Hashim Hassan merupakan insan yang bertanggungjawab dalam menghasilkan lapan logo Sambutan Hari Kemerdekaan Negara dari tahun 1980 sehingga 1991.

Mengiktiraf sumbangan hasil karya kreatif beliau, Allahyarham Hj. Hashim Hassan di usia 77 tahun-nya telah dianugerahkan gelaran Bapa Logo Hari Kebangsaan setelah menggalas amanah oleh Jabatan Perdana Menteri untuk mencipta logo Hari Kebangsaan selama lapan tahun pada 1980, 1981, 1983, 1984, 1985, 1986, 1987 dan 1991.

Bersama-samalah kita sedekahkan bacaan Surah Al-Fatihah dan memanjatkan doa untuknya. Semoga rohnya dicucuri RahmatNya dan ditempatkan bersama para Solehin.