Sekiranya anda mengikuti perkembangan terkini Grafik Malaya, aktiviti terhangat ketika ini adalah Pertandingan Reka Logo Grafik Malaya. Grafik Malaya kini di dalam usaha membina imej yang tersendiri. Dan tiadalah usaha yang lebih baik lagi bagi sesebuah komuniti daripada mendapatkan sentuhan daripada ahli komuniti itu sendiri.

Mari lihat rangka perjalanan pertandingan ini serba sedikit.

Undian Final Top 20 Logo Grafik Malaya

Web Header 2

15 Ogos 2016 adalah tarikh akhir bagi anda untuk membuang undi bagi memilih satu-satunya logo yang akan menjadi lambang rasmi Grafik Malaya pada tahun 2016 ini. Kami di Grafik Malaya sudah terasa bahangnya. Manakan tidak, sedikit sebanyak data undian sudah didedahkan di kalangan admin Grafik Malaya.

Undi logo pilihan anda!

Jika anda ingin logo pilihan anda mengungguli carta undian, anda boleh terus berbuat demikian dengan mengundi di laman undian logo ini dan jangan lupa untuk terus Share & mengajak lebih ramai rakan anda untuk turut sama mengundi logo pilihan anda.