AirDroid menguruskan SMS dan pemindahan data ke PC

AirDroid secara umumnya adalah perisian Android yang menguhubngkan peranti Android anda ke komputer peribadi anda. Dengan ini, daripada menguruskan dua skrin (peranti android & komputer) dalam satu masa, kini anda boleh menerima dan membalas SMS juga menerusi komputer anda. Menjadikan anda lebih efisien dan memberikan fokus yang lebih sekiranya anda melakukan kerja-kerja reka grafik di komputer anda. Tidak jumpa fon ketika sedang sibuk bukan lagi masalah. Idea yang menarik juga apabila mereka membangkitkan hal hilang fon anda. Bukanlah hilang tapi kadang jika terlalu sibuk, kita tak ingat di mana letaknya. Kami mendapati AirDroid dengan mudah menghubungkan fon anda hanya dengan log masuk akaun AirDroid anda melalui tetingkap web AirDroid menerusi komputer. Beberapa paparan kelebihan AirDroid melalui laman webnya. #Menerima & membalas SMS melalui skrin komputer.
#Memindahkan fail antara fon & komputer anda tanpa kabel USB.
#Jejak fon anda jika hilang.
#Memasang & membuang aplikasi (.apk) adalah sangat mudah.
#Antara yang mengujakan kami – skrin komputer anda menjadi paparan kamera fon anda. Antara kelebihan lain.
- Menerima dan membalas SMS.
- Dapat menaip SMS dengan lebih pantas melalui komputer.
- Memindahkan fail, muzik, video, imej di antara fon dan komputer anda tanpa kabel USB!
- Jika anda hilang fon, terdapat fungsi untuk mengesan lokasi terkini fon anda.
- Memasang dan membuang aplikasi lebih mudah menerusi komputer anda.
- Skrin komputer anda kini adalah paparan kamera fon android anda! YA! Anda tidak salah mendengarnya.
Oh, ini untuk pengguna percuma sahaja. Ingin tahu apa kelebihan Premium Account?
- 1Gb untuk kuota pemindahan fail.
- Boleh memindahkan fail lebih besar dari 100Mb.
- Menerima panggilan menerusi komputer! How cool!
- Selain mendapatkan lokasi fon yang hilang, anda boleh mengambil gambar pencurinya.
Feature membolehkan pengguna menerima panggilan terus melalui komputer mungkin antara sebab kami ingin menaik taraf ke akaun Premium. Sehingga itu, akaun Percuma sudah cukup untuk kami. 😉 Bagaimana dengan anda? Anda ada menggunakan perisian lain?