28 koleksi reka grafik Flat UI Design kreatif

Fenomena reka bentuk flat ini telah bermula sejak tahun 2012 lagi. Cuma akhir-akhir ini ia semakin menyerlah lebih-lebih lagi dengan penyertaan gergasi mobiliti dunia; Apple Inc yang telah mengambil keputusan drastik meninggalkan stail reka grafik lama ikon-ikon produk Apple yang telah bertahan selama 6 generasi iOS dan OSX dan kini mereka juga tampil dengan rekaan flat UI design.
Antara ciri-ciri di dalam flat UI design, reka bentuk objek atau ikon tidak melibatkan penggunaan gradient keterlaluan dan lebih menampilkan ciri-ciri rata berbanding bentuk 3 dimensi. Bebayang yang terhasil juga tidak lagi mempunyai kesan khas kekaburan (blur) sebaliknya sangat jelas/tajam (sharp). Anda akan memiliki idea yang lebih baik tentangnya selepas melihat 28 koleksi reka grafik Flat UI Design yang kreatif hari ini.