Mohamad Jauhari Iskandar b Jaafar adalah nama yang diberi. Lebih mesra lagi dipanggil Joe di internet dan di mana-mana sahaja. Seorang pereka grafik yang mula berkecimpung secara serius dalam bidang ini pada tahun 2008.
Beliau sedia mempelajari pelbagai teknik design baru dari masa ke masa dan sehingga kini, ia sentiasa diperbaharui dan diaplikasikan di dalam design-design baru yang ditempah oleh para pelanggan.
Beberapa unsur yang diterapkan di dalam rekaan grafik beliau iaitu, Korporat, Profesionalisme dan Segar. Unsur-unsur ini juga yang biasa dapat anda lihat mempengaruhi konsep rekaan laman-laman web korporat ahli perniagaan. Dan tidak kurang juga menjadi laman web rasmi sesebuah syarikat.
Bukan juga seorang yang sangat masyhur sebagaimana pereka-pereka grafik di internet saban hari disebut-sebut. Namun, pendapatan bulanan daripada niche web design ini yang mencecah 4 angka menandakan masih ada manusia di sudut dunia ini yang memberi kepercayaan kepada beliau untuk mengambil alih rekaan design laman web mereka.
Siapakah beliau sebenarnya? Beliau hanyalah seorang pereka grafik yang biasa dan berusaha menjadi luar biasa.
