feat_chalkboard

Photoshop: Tutorial Design Chalkboard

Chalkboard atau papan hitam boleh digunakan untuk pelbagai fungsi – seperti notification board atau testimonial board atau mungkin sebahagian daripada design header laman web anda.

Untuk membinanya, anda boleh melakukannya dari canvas kosong sebenarnya – tanpa perlu menggunakan tekstur-tekstur dari internet.

Ikuti tutorial membina papan hitam di bawah.

Imej di bawah adalah apa yang akan anda hasilkan di akhir tutorial ini:

Langkah 01

Buka canvas baru pada saiz 580×333 piksel. Atau anda boleh menggunakan saiz dimensi pilihan anda sendiri.

tutorial design Chalkboard - papan hitam (2)

Langkah 02

Duplikasi layer baru (CTRL+J) dan rename sebagai ‘papan hijau’

tutorial design Chalkboard - papan hitam (3)

Langkah 03

Aplikasikan GRADIENT TOOL (G) pada layer ‘papan hijau’ seperti mana pilihan warna di bawah. Gradient warna dari #21553d (hijau terang) ke #18231e (hijau gelap). Saya meletakkan satu sengga di antara warna tersebut dengan warna yang sama dengan warna hijau yang lebih cair agar sebahagian kecil sahaja kawasan diambil oleh warna hijau gelap.

Pada toolbar, pastikan pilihan anda seperti di bawah. Terutamanya – radial gradient – supaya gradiasi warna dihasilkan adalah dalam bentuk bulatan.

tutorial design Chalkboard - papan hitam (4)

Langkah 04

Aplikasi gradient dengan menarik cursor dari tengah ke mana-mana tepi pada canvas. Anda boleh tarik lebih jauh untuk menghasilkan sepertimana warna hijau yang terhasil di bawah.

tutorial design Chalkboard - papan hitam (5)

Langkah 05

Duplikasi layer papan hijau (terdapat typo. Layer 1 di bawah adalah ‘Papan Hijau’) dengan CTRL+J.

Ini adalah langkah menyediakan backup. Takut jika anda melakukan kesilapan. Anda boleh kembali kepada design asal. Jadi, anda boleh skip langkah ini jika mahu. Saya syorkan anda melakukannya.

tutorial design Chalkboard - papan hitam (6)

Langkah 06

Aplikasi filter NOISE – filter NOISE akan menjadikan permukaan papan hijau anda lebih kasar dan lebih kelihatan semulajadi sebagai papan hijau / hitam.

Sentiasa berhati-hati menambah amaun noise. Jika terlalu banyak, tidak kelihatan realistik & terlalu sedikit tidak akan memberi apa-apa kesan. Saya aplikasikan 1.5% NOISE sahaja.

tutorial design Chalkboard - papan hitam (7)

Langkah 07

Bina layer baru dan rename – ‘kayu atas’. Kita akan mula membina bingkai kayu papan hitam anda selepas ini.

tutorial design Chalkboard - papan hitam (8)

Langkah 08

Pilih sebahagian kecil kawasan di sebelah kiri @ kanan canvas anda seperti dalam imej menggunakan RECTANGLE MARQUEE TOOL (M) dan aplikasi warna 50% gray (SHIFT+F5).

tutorial design Chalkboard - papan hitam (9)

LOCKED: CLICK TO UNLOCK THIS AWESOME POST

Klik tajuk di atas untuk meneruskan pembacaan anda. Kami akan membina post di wall Facebook anda secara automatik. Harapnya anda sudilah berkongsi bersama rakan Facebook anda yang lain. Jangan padam ya nanti? ;)

Tutorial Tamat!

Tahniah kerana anda telah pun menyiapkan keseluruhan Papan Hitam anda – Chalkboard.

Jika anda ada apa-apa cadangan tutorial lain yang anda ingin saya lakukan, sila hantarkannya di sini – Cadangan Tutorial Grafik Malaya

Leave a Reply