24-bandingkan

Photoshop: 3 Teknik Membuang Tattoo Badan

Membuang tatoo pada badan bukan kerja yang mudah. Tapi jika saudara betul-betul mahukannya, kena guna laser lah. Owh … sakitnya~ (macamlah aku penah rasa). Tapi ada 3 cara lain kalau saudara tak tahu, saudara masih boleh membuang tatoo daripada badan saudara. :) Bagaimana? Adobe Photoshop!

Bukan main-main, tapi betul-betul buang tatoo pada GAMBAR badan anda. Huhu … sorry, hanya pada gambar saudara sahaja. Walaubagaimanapun, anda boleh menggunakan teknik ini untuk perkara-perkara lain seperti menghilangkan sebuah bangunan, menghilangkan seseorang dari gambar beramai-ramai saudara dan banyak lagi.

Saya akan ajar daripada teknik yang paling sukar kepada teknik yang paling mudah. Dah tentunya kalau saya ajar teknik yang paling mudah, saudara dah taknak pandang dah 2 teknik lain ni. Huhuhu … sebab dah tau yang paling senang? :D Cuma sekadar memberitahu bahawa kita bukan hanya ada satu teknik sahaja untuk melakukannya.

 

Teknik 01 : Clone Stamp Tool

 

Muat turun sampel gambar ini – klik download.

Langkah 01

Sila muat turun turun imej sampel tutorial kita pada hari ini dahulu di sini.

[button radius='3px' background='#111111' border='#111111' color='#ffffff' link='http://grafik.my/wp-content/uploads/2011/04/Tattoo.zip' window='yes' size='big'] Download Tattoo.zip [/button]

Langkah 02

Buka perisian Adobe Photoshop saudara dan import / drag visual ini ke dalamnya. Cepat, tutorial kita dah nak bermula. :)

Aktifkan Clone Stamp Tool (S)

Untuk teknik pertama, kita akan menggunakan Clone Stamp Tool atau klik kekunci S untuk aktifkannya.

[information_box title="Idea Asal Clone Stamp Tool:" ]

Apabila saudara menetapkan satu titik klon menggunakan tool ini, bahagian yang saudara tetapkan itu akan diklonkan pada mana-mana kawasan lain yang saudara paste kan. Ianya 100$ mengikut tekstur asal titik klon yang saudara tetapkan di awal tadi.[/information_box]

Alt + klik tetikus pada bahagian tanpa tatoo

Langkah 03

Klik Alt dan klik tetikus saudara pada bahagian kulit yang bersih. Seperti dalam visual di atas, pastikan apabila saudara klik kekunci ALT, saudara dapat melihat bentuk palang bulat seperti di atas.

Langkah 04

Klik sekali sahaja pada mana-mana kawasan untuk menetapkannya sebagai titik klon saudara. Seterusnya, apa sahaja yang saudara klonkan akan berpandukan pada kawasan ini.

Tanpa Alt – klik pada tatoo untuk paste bahagian badan yang bersih

Langkah 05

Selesai menetapkan titik klon, saudara boleh mula klonkan kawasan kulit yang bersih tersebut DI ATAS kawasan tatoo tersebut. Seperti visual di atas, saudara terus lakukannya tanpa melepaskan tetikus saudara.

Klik Alt + klik tetikus sekali lagi untuk dapatkan kawasan bersih lain

Saudara akan dapati pada satu ketika, titik klon saudara sudah mencecah kawasan hadnya (samada terkena rambut, atau bucu visual). Oleh itu, saudara harus ulangi sekali lagi – menetapkan kawasan titik klon saudara semula.

Langkah 06

Cara yang sama – klik ALT dan klik tetikus pada kawasan bersih yang lain. Boleh juga jika tetapkan pada kawasan yang sama.

Terus lakukannya sehingga bersih

Teruskan proses klon kawasan kulit bersih sehingga hilang semua bahagian tatoo.

Kemaskan kawasan bertompok pada badan

Pada awalnya, saudara akan mendapati terdapat kawasan tompokan. Ini kerana tona warna kulitnya menjadi kurang stabil kerana saudara mengklonkan kawasan yang tidak sama tona warnanya sejak tadi.

Walaubagaimanapun, terus mencari kawasan titik klon yang baru yang lebih kurang sama seperti kawasan tersebut dan aplikasikan sekali lagi sehingga segalanya kelihatan kemas.

 

Teknik 02 : Healing Brush Tool

 

Aktifkan Healing Brush Tool (J)

Langkah 01

Teknik kedua, kita akan menggunakan Healing Brush Tool dengan klik kekunci J. Iya, dengar nama pun macam dah tau kuasa yang dimiliki tool ini bukan? TAPI jangan berikan impresi yang terlalu tinggi kepada tool ini.

Berkemungkinan, pada kebanyakan masa, Clone Stamp Tool lebih baik digunakan daripada menggunakan Healing Brush Tool ini.

[information_box title="Idea Asal Healing Brush Tool" ] Dapatkan satu titik healing (baik pulih) yang terbaik dan selepas itu, semua bahagian yang diaplikasikan akan dibaik pulih berdasarkan kawasan titik healing saudara tadi. Walaubagaimanapun ia tidak akan klon 100% apa yang terdapat pada titik healing tersebut sebaliknya, ia akan membaiki kawasan yang diaplikasi berdasarkan tekstur titik healing. [/information_box]

Saudara akan lebih memahaminya selepas melihat tutorial di bawah.

Tetapkan titik HEAL. Proses healing akan berpandukan kawasan ini

Langkah 02

Tetapkan titik healing saudara dengan cara yang sama seperti Clone Stamp Tool – klik ALT dan klik tetikus saudara pada kawasan yang saudara mahukan. Kawasan yang saya tunjukkan di atas adalah kawasan titik healing yang boleh saudara pilih.

Klik tetikus pada tatoo untuk mula HEAL kawasan tatoo berdasarkan kawasan bersih

Langkah 03

Seterusnya, klik pada kawasan tatoo seperti dalam visual. 100% sama seperti penggunaan Clone Stamp Tool. Jadi apa bezanya? KESAN yang dihasilkan pada akhir aplikasi tool. Ia amat berbeza.

Teruskan lagi sehingga bersih 100%

Tidak mengapa, teruskan sehingga saudara membersihkan keseluruhan visual tatoo. Jangan risau jika saudara dapati kawasan tersebut terlalu kotor – tidak seperti tekstur kulit yang asal.

Terdapat kesan lebam – kelemahan penggunaan Healing Brush Tool

Cuba lihat dengan teliti. Saya yakin, 95% daripada kalian yang ingin mencuba teknik ini, akan mendapat hasil yang sama seperti di atas. Ini yang saya cuba terangkan pada saudara.

Iaitu satu-satunya kelemahan yang terdapat pada Healing Brush Tool adalah ia akan meninggalkan kesan lebam pada bahagian healing tersebut.

Jadi, di mana Healing Brush Tool paling baik beraksi? Pada kawasan yang hampir sama tona warnanya. Iaitu, kawasan titik healingnya lebih kurang sama seperti kawasan yang ingin dibaikpulih.

Sebagai contoh, kawasan langit di sebelah kanan dan kiri. YA, ia lebih kurang sama bukan? Jadi, saudara boleh melihat kesan yang sangat baik menggunakan tool ini dalam situasi begini – ia akan blend tekstur pada titik healing dengan kawasan yang ingin dibaikpulih.

Perbandingan sebelum & selepas proses Healing

Walaubagaimanapun, terdapat dua tool lain yang boleh saudara terokai nanti yang boleh membantu membaik pulih lagi tekstur kulit tersebut sehingga sekurang-kurangnya menjadi seperti visual di atas.

Iaitu Dodge Tool dan Burn tool. Terokainya melalui teknik ke-3 ini dan yang termudah ini.

 

Teknik 03 : Patch Tool

 

LOCKED: CLICK TO UNLOCK THIS AWESOME POST

Klik tajuk di atas untuk meneruskan pembacaan anda. Kami akan membina post di wall Facebook anda secara automatik. Harapnya anda sudilah berkongsi bersama rakan Facebook anda yang lain. Jangan padam ya nanti? ;)

.