format-fail

Design: Format Fail Yang Tahan Lebih 10 Tahun

Sebagai pereka grafik, tidak semestinya perlu keluar idea baru setiap masa. Kadangkala idea yang telah kita pakaiguna 3 atau 4 tahun dahulu boleh digunakan semula.
Di touch-up terlebih dahulu agar menampakkannya seakan sebuah idea baru abad ini. :) Eh, siapa pulak yang boleh ingat hasil kerja kite 3 4 tahun lepas? Sejarawan ye kot. Diorang memang suka mengingat hal-hal historic nih. huhu …

 

 

YA. Saya sendiri sering menggunakan teknik ini. TETAPI malang sekali jika idea-idea design yang kita simpan 5 atau 6 tahun lalu tak boleh dibuka lagi. Atau kalo boleh dibuka pun, banyak komponen design yang dah takleh dibaca. Mean jika anda klik pada komponen design tersebut, akan keluar warning error.

Nyampah nye kan? Baru je nak tunjuk power. TAPI jika difikirkan semula … bagaimana perkara ni boleh berlaku? Kan ke kalau simpan dalam format .PSD ni kita boleh edit semula?

Baik, mari kita berkenalan sekitar format apa yang boleh disimpan apabila menggunakan Adobe Photoshop CS5 (saya tak pasti kalau list ni sepenuhnya ada dalam CS4 dan ke bawah).

 

Senarai format fail ‘Save As’ Adobe Photoshop CS5

  • BMP
  • GIF
  • DCM
  • JPEG
  • PDF
  • RAW
  • PXR
  • PNG
  • TGA
  • TIFF
  • PSD

P.S. Ada banyak lagi sebenarnya. Tapi saya senaraikan yang commonly used lah.

 

Saya bold kan dua (2) format di atas kerana nak bandingkan kedua-duanya.

Saya yakin rata-rata pereka grafik termasuk anda (dan saya juga) selalu menyimpan hasil kerja design di Adobe Photoshop dalam format .PSD. Betul? Format ini tak akan flatten layer yang ada dan ini memberi kemudahan kepada anda untuk membuat ubahsuaian pada kerja design tersebut masa akan datang.

  • Anda masih boleh menggerakkan semua layer yang ada
  • Anda boleh menukar bodycopy pada design tu
  • Nak tukar warna pun boleh

[quotes]Tapi tahukah anda, fail .PSD hanya mampu bertahan selama lebih kurang 4 hingga 5 tahun sahaja?[/quotes]

 

Bermakna masuk tahun ke-6 dan seterusnya fail tersebut akan mengalami kerosakan. Apatah lagi kalo nak dibuka selepas 10 atau 15 tahun lagi. Eh, jangan tak percaya ye. Lecturer saya melakukannya kerana nak guna semula idea design lame nya tu.

 

Apa yang berlaku pada kerja yang disimpan dalam format .PSD selepas 5 tahun?

  • Jika disimpan dalam RGB, warnanya vibrant / menyerlah pasti tidak akan kekal lagi. Warnanya mungkin meluntur atau bertukar kepada warna berdekatan dengan kod (hijau >> kuning).
  • Kualiti layer imej yang ada juga boleh berubah komposisi, warna dan pixels nya (gambar blur jika dibesarkan).
  • Beberapa layer yang ada mungkin boleh hilang atau missing.
  • Kalo tak sempat transfer font, mungkin akan menyebabkan font tulisan missing juga.

 

Adoi, masalah benar fail PSD nih ya.

[h3_underlined] Penyelesaian alternatif selain simpan dalam format .PSD [/h3_underlined]

Format .TIFF adalah penyelesaiannya.

Ramai yang menganggap fail TIFF sama seperti JPEG, GIF dan PNG. Iaitu semua layer akan flatten dan bercantum menjadi sekeping imej yang tidak boleh diubahuai.

Ianya salah! Simpanan dalam format .TIFF malah sebenarnya lebih baik daripada .PSD. Jauh lebih baik lagi kerana perkara yang akan saya koba kan sebentar lagi.

 

Kenapa format .TIFF lebih baik daripada .PSD

  • Semua komponen design kekal 100% seperti keadaan asal selepas 10 atau 20 tahun sekalipun.
  • Warna yang anda gunakan atau ada pada komponen layer kekal hampir 100%.
  • Kualiti setiap layer imej kekal seperti asal.

Namun begitu .TIFF masih juga mempunyai kekurangan berbanding .PSD tapi memang itu pon yang perlu untuk dapatkan kualiti yang lebih baikkan?

 

Satu-satunya kekurangan format .TIFF

  • Saiznya sangat besar & berat. Jika simpanan .PSD pada 30Mb, .TIFF mungkin akan ambik ruang sehingga 45Mb atau 47Mb.
  • Tidak sesuai untuk dihantar melalui online kepada publisher / printing anda kerana akan makan ruang yang besar & opkoz lah makan masa dan kalo anda pakai berukband, konpem sekali bandwith lesap dalam 30 minit. Huhu …

Jadi, anda sendiri boleh membuat pilihan format apa yang nak digunakan dalam situasi yang berbeza. It’s new right? YA! Saya pun gitu. Selama 2 tahun buat design ni baru kali ni tahu fakta ni. Insyallah nak cuba secara praktikal. Tengok apa jadi dengan fail-fail design .PSD saya yang ada kat dalam komputer nih. Huhu … berlaku tak seperti yang dikatakan tuh.

 

[information_box title="Kepentingan format .TIFF" ]Kepentingan format .TIFF Kalau la ditakdirkan dunia ni ditawan alien workshop. Semua designer di dunia ni kena tangkap & dibunuh kerana kehebatan design tahap gaban mereka. 20 tahun kemudian … di tengah salji tiba-tiba ada sekeping DVD yang dah lama. Alien tu buka dan tengok ada fail .TIFF. Oh, diorang guna Photoshop juga. Jadi diorang buka … Pergh! Mengancam pulak kan.  Sekonyong-konyongnya ada signature korang. At least dapat la masuk buku sejarah diorang “Sejarah tamadun komunikasi visual manusia”. Haa … berbaloi~[/information_box]

 

Perkara sama berlaku di Adobe Illustrator CS5

Perkara yang sama juga berlaku di Adobe Illustrator CS5 jika anda banyak menghasilkan vektor dan logo. Kebiasaan memilih format .AI sebagai final simpanan bukan? Perbandingan di Illustrator adalah menggunakan format .AI dan .EPS.

Menyimpan dalam format .EPS jauh lebih baik berbanding format .AI atas sebab-sebab yang seperti di atas.

14 Comments

  1. March 23, 2011 at 6:12 pm · Reply

    oh begitu rupanya..tp fail tiff sama mcm kite save utk psd @ gmbar jpeg/png tu??? masih blh diedit utk setiap layer kan???

    • March 25, 2011 at 4:10 pm · Reply

      YES. save dlm TIFF sama seperti save dlm PSD. ALL layers takkan merge. mean boleh dikopek2 setiap satu layer tu untuk diedit semula. :)

      PLUS, spt yg sy tulis … komponen2 yg sukar dipertahankn oleh PSD slps 4 or 5 thn BOLEH disimpan jika save dlm TIFF. :)

  2. March 23, 2011 at 10:14 pm · Reply

    Salam bro, menarik sungguh perkongsian ilmu diatas. TQ
    Paling best bab alien datang bumi tu..:p

    • March 25, 2011 at 4:11 pm · Reply

      Wassalam,

      welcome. glad to see you back in here. :) Sbb grafik.my lama xhidup yek. huhu …

      TIPS nak jadi legend dlm kamus hidup alien, pakailah TIFF. hak3 …

  3. Abu
    March 24, 2011 at 12:51 am · Reply

    uiks dah lama gak aku tak masuk ke grafik.my neh ermm ada perubahan rupanya..

    • March 25, 2011 at 4:04 pm · Reply

      Yah, makasih .. :) insyallah akan lebih aktif selepas ini. :D

  4. April 17, 2011 at 9:18 pm · Reply

    bagus2 info nyer pak

    • April 19, 2011 at 9:43 pm · Reply

      Terimas bro~. :) Stay with us! will have more insyallah..

  5. saleh
    May 2, 2011 at 11:10 pm · Reply

    baru terjumpa blog tuan ni..

    nampaknya bakal rajin la saya datang ke blog tuan ni…

    info terbaik..

    • May 4, 2011 at 11:34 am · Reply

      ^_^ alhamdulillah, gembira dpt berkhidmat. :) doakn sy agr dpt sajikan info yg lbh best lg.

  6. June 11, 2011 at 9:54 pm · Reply

    salam nak tanya urgent ni!!! saya nak buat header saya transparent. Nak buat trasparent kena save as PNG. Tapi tetiba dah buat buat tak boleh nak save as PNG. Geram betul Puas search masalah saya tapi tak de jawapan. B4 ni boleh je. Dah seminggu kerja terbengkalai hehe. Tau tak sbb ape? klu save as JPEG tak transparent la dah la buruk…. jawab la ye! thanks,,,,

  7. June 11, 2011 at 9:57 pm · Reply

    eh dah boleh la…la seminggu saya mencari kebenaran nak hugak saya komen kat blog ni pastu terus dapat jawapan sekelip mata. huhu pelik………

    • June 15, 2011 at 5:59 pm · Reply

      Huhu … ^_^ maaf di atas kelewatan ini ya. tapi apa pun sebagai rujukan, klik “Shift + Alt + Ctrl + S” untuk aktifkan ‘Save as Web’ dan dari situ boleh save sebagai PNG. ^_^

  8. nurul
    October 25, 2012 at 1:54 pm · Reply

    kenapa file PSD bila disave as kepada jpeg akan bertukar warna sekiranya ianya dibuka pada AI? atau mungkin disebabkan convert pada PDF? @ mungkin sbb saya guna pre-release portable? buntu da…. T_T,

Leave a Reply