BlogRSS: News Maker

Design logo 1Malaysia {Episod Final}

Posted on January 15, 2010 in: Blog, Design Tutorials

Kita telah pun sampai ke bahagian final / terakhir design logo 1Malaysia ini!
Bagaimana? Adakah anda rasa amat teruja untuk memulakannya? Oh, saya sendiri rasa stuck sedikit bila mulakan design logo 1Malaysia ni. Saya memang dah agak memang akan ambil masa yang amat lama untuk selesaikan tutorial kali ini.
Tapi jangan risau! Ini yang terakhir dan kita [...]

Kita telah pun sampai ke bahagian final / terakhir design logo 1Malaysia ini!

Bagaimana? Adakah anda rasa amat teruja untuk memulakannya? Oh, saya sendiri rasa stuck sedikit bila mulakan design logo 1Malaysia ni. Saya memang dah agak memang akan ambil masa yang amat lama untuk selesaikan tutorial kali ini.

Tapi jangan risau! Ini yang terakhir dan kita akan menyelesaikannya dengan cara yang paling dramatik! Hahahaha…

Adjust semua layer jalur bendera merah

design logo 1malaysia images

01 Pilih layer jalur merah yang beralun (layer 4 dan 5) >> pilih kedua-dua layer dan klik Ctrl + T untuk FREE TRANSFORM. Adjust sehingga susunannya nampak normal dan cantik.

design logo 1malaysia images

02 Lakukan yang sama pada layer jalur merah atas (layer 3).

Bina lengkungan pada setiap penjuru

design logo 1malaysia images

03 Gunakan Pen Tool (P) untuk membina 3 point seperti di atas. Jika anda ingin menyimpan template path yang anda bina ini, pastikan anda membina layer Path nya melalui tetingkap Path.

design logo 1malaysia images

Namakannya sebagai "corner".

design logo 1malaysia images

04 Untuk membina lengkungan pada bentuk 3 segi yang dibina dengan Pen Tool (P), aktifkan Pen Tool dan klik pada titik No. 1 di atas. Betul-betul di tengah.

design logo 1malaysia images

Klik kekunci Ctrl dan klik pada titik No. 1 di atas tadi. Kemudian tarik titik yang baru di bina itu ke dalam untuk membentuk lengkungan.

Bina layer baru dengan nama "Layer 7".

design logo 1malaysia images

05 Warnakan Layer 7 dengan warna yang sama seperti latar belakang biru.

design logo 1malaysia images

Inilah hasilnya.

Duplicate dan tempatkan di beberapa lokasi

design logo 1malaysia images

06 Seperti di dalam imej di atas, duplicate layer 7 dan letakkannya di beberapa tempat seperti di atas. No. 1 hingga 3.

Cantumkan lengkungan dengan body logo

design logo 1malaysia images

07 Copy layer 1 copy >> layer 1 copy 2. Ini sebagai backup utama. Pastikan anda tidak tersalah melakukannya. Letakkan layer ini di bawah.

design logo 1malaysia images

08 Pada layer 1 copy 2 ini, buangkan Layer Style nya dengan klik pada ikon fx dan tarik sehingga ke ikon tong sampah untuk membuang semua Layer Style yang diaplikasikan padanya.

design logo 1malaysia images

09 Groupkan kesemua Layer 1 copy 2 yang baru tadi + Layer 7 (3 bentuk corner lengkung tadi). Ini adalah cara terbaik untuk mendapatkan satu design yang cukup halus.

design logo 1malaysia images

10 Seperti biasa. Always did your backup! Copy pula folder 1malaysia (layer body + corner lengkung) tadi >> folder "1malaysia copy".

Kemudian convertkan folder 1malaysia copy kepada bentuk Smart Object.

design logo 1malaysia images

11 Duplicate layer style yang ada pada layer 1 copy kepada layer Smart Object 1malaysia copy yang baru ini. Imej di atas adalah apa yang bakal anda dapat apabila mengalihkan Layer Style kepada layer 1malaysia copy.

design logo 1malaysia images

Padamkan layer 1 copy dan anda akan melihat keseluruhan bentuk nombor 1 yang baru. Lengkungan di bahagian tepinya menampakkannya begitu sempurna. :)

design logo 1malaysia images

12 Alihkan pula semua layer jalur putih dan merah ke dalam (merge) layer 1malaysia copy ini dan anda akan mendapat hasil seperti di atas.

Memasukkan bulan & bintang

design logo 1malaysia images

13 Buka fail bendera anda. Boleh dapatkannya dari google.

Atau lebih mudah, ini adalah bendera yang saya gunakan untuk tutorial design ini. :D

Download imej bendera Malaysia

Klik pada link di atas untuk download imej bendera Malaysia

design logo 1malaysia images

Besarkan imej dan fokus pada bentuk bulan dan bintang kerana ini sahaja bahagian yang tertinggal untuk melengkapkan design logo 1malaysia kita.

design logo 1malaysia images

Bagaimana anda boleh mendapatkan bentuk bulan dan bintang ini dengan amat cantik? Mudah sahaja, gunakan fungsi Color Range (Menu >> Select >> Color Range)

Info ringkas:

Fungsi Color Range membantu anda untuk memilih kesemua bahagian di dalam satu-satu design yang memiliki warna
yang sama
.

Seperti di dalam kes kali ini, klik pada bentuk bulan & bintang ini. Oleh kerana ia berwarna kuning, maka
kesemua design pada bendera yang berwarna
kuning akan dipilih
.

Oleh kerana dua ini sahaja yang berwarna kuning, maka kita akan memiliki kesemua bentuk bulan & bintang ini
dengan sempurna.

design logo 1malaysia images

Lihat, jika wujud garisan putus-putus pada bahagian bulan dan bintang anda, maka ini bermakna anda telah pun memilih layer bulan & bintang ini.

design logo 1malaysia images

14 Pindahkan layer bulan dan bintang ke dalam canvas 1malaysia menggunakan Move Tool (V).

design logo 1malaysia images

Adjust kedudukan supaya ke tengah sedikit (sekiranya apabila anda masukkan imej ini, dan kemudian dia hilang entah ke mana. :P ).

design logo 1malaysia images

15 Klik kekunci Alt dan klik garisan antara layer 6 dengan layer 8 (layer bulan dan bintang). Ini akan mengaktifkan fungsi merge layers ke dalam layer 1malaysia copy.

Hasilnya imej bulan bintang akan termasuk ke dalam badan logo 1malaysia ini.

berikan kesan khas bendera sebenar

design logo 1malaysia images

16 Sebelum ini anda telah mereka bentuk jalur merah bendera anda dalam keadaan beralun dan berombak bukan? Jadi untuk menampakkan kesan khas bahawa ia benar-benar beralun, bentuk bulan bintang akan diserongkan sedikit.

Boleh menggunakan Free Transform Tool (Ctrl + T) untuk melakukannya.

design logo 1malaysia images

Hasilnya setelah anda berjaya adjust mengadjust. Hahaha…

Gunakan warna yang standard

design logo 1malaysia images

17 Ah, lagipun memang nampak pale sikit bulan bintang ini. Warnanya nampak kelam. Ceria la sikit kawan! So, kita akan adjust kepada warna yang standard iaitu #ffff00.

design logo 1malaysia images

Aktifkan warna overlay ini dengan klik butang OK.

design logo 1malaysia images

See! See! See! See! Hahaha.. kan nampak ceria sikit. :D

Menajamkan bentuk bulan bintang

design logo 1malaysia images

Dan sekali lagi ia kelihatan cacat kerana agak kabur. Jadi kita akan adjust supaya ia kelihatan lebih Sharp.

Nota penting:

Imej yang digunakan boleh menjadi kabur jika anda
terlalu kerap melakukan proses resizing. Terlalu kerap membesarkan dan mengecilkan imej menyebabkannya menjadi
kabur
.

Lebih-lebih lagi jika imej dibesarkan daripada yang asalnya adalah kecil sahaja. Memang confirm kabur! Hee…

design logo 1malaysia images

18 Anda boleh mengaktifkan fungsi Sharpen dengan klik Menu >> Filter >> Sharpen >> Sharpen untuk menajamkan imej bulan dan bintang ini.

Klik sekali akan menyebabkan imej TERUS ditajamkan / sharp.

design logo 1malaysia images

Voila! This is truly Asia! Eh, amazing! Wow.. anda akhirnya mampu mereka bentuk logo 1Malaysia anda sendiri! Tahniah!

Download Fail PSD

Klik pada link di atas untuk download fail PSD 1Malaysia. Maaf lah ye tuan-tuan dan puan-puan. Butang download tak buat lagi. Hahaha.. pakai quotation ini sahaja. Lolz..


  1. Posted January 15, 2010 at 3:35 am

    nice tutorial.. sangat lengkap dan detail..
    pertama kali lawat blog ni.. salam kenal dari baloot :)

  2. Posted January 15, 2010 at 8:48 am

    Tahniah! Tutorial yang amat lengkap dan berguna. Teruskan sumbangan murni saudara.

  3. hafiz
    Posted January 15, 2010 at 9:17 am

    alhamdulillah.. sempat jgk untuk baca tutorial last ni..
    * thumb ups *

  4. Posted January 15, 2010 at 11:27 am

    akhirnyer………….!!!!!!!!!
    goog jobs bro…!

  5. Posted January 15, 2010 at 12:42 pm

    Akhirnya siap juga design..
    Saya ade lihat gambar di majalah photoshop yg begitu menarik..
    Gambar wanita diimejkan dengan tulisan..
    Mungkin brader jou leh wat tutorial mcm tu plak..
    Hehe.. (bagi cadangan jer)

  6. Posted January 15, 2010 at 12:44 pm

    Hahaha.. bro baloot. Siapa xkenal coder terbaik ni. :D Thanks kerana melawat.

  7. Posted January 15, 2010 at 12:44 pm

    Thanks.. :D

  8. Posted January 15, 2010 at 12:45 pm

    Wah, azhar.. mmg setia ye. :D Nantikan tuts seterusnya.. DAN contest~

  9. Posted January 15, 2010 at 12:51 pm

    Brader joe, nk tanye skit..
    Kalau sy gunakan adobe image ready boleh ker?/
    Sbb photoshop sy dah tmt prkhidmtnnye..

  10. Posted January 15, 2010 at 12:55 pm

    Macamana tu ye?

    Kalau boleh detailkan dan email ke joe [@] grafik.my

    nanti kita bincang dan ote sikit. dan boleh siapkan. :D

  11. Posted January 15, 2010 at 5:47 pm

    Imej ready mmg tak biasa pakai. Jadi no komen. Even bg saya mmg erk.. xtaw pn nak pakai camana. Lolz..

  12. hafiz
    Posted January 15, 2010 at 11:51 pm

    dh tamat perkhidmatan?

    nk adobe photoshop?

    skli dengan cracknya

  13. Posted January 16, 2010 at 4:45 pm

    sy baru nak berjinak2 design guna photoshop…tutorial ni mgkn amik masa belas2 hari utk sy mahirkan…huhu…

Post Comment

About Joe

M. Jauhari Iskandar b Jaafar (Joe) telah mula berkhidmat dalam dunia reka grafik kepada peniaga internet sejak awal tahun 2008. Beliau amat meminati teknologi design menjadikan sehingga kini reka grafik laman web beliau dilengkapi skrip dan sistem canggih dan profesional.

Copyright © 2010 Grafik Artwork Inc.|WordPress Theme Design by Rubiqube.com