BlogRSS: News Maker

Design asas laman web jualan

Posted on January 31, 2010 in: Blog, Design Tutorials

Laman web jualan adalah jenis rekaan laman web yang biasa digunakan untuk menyampaikan penjualan produk yang bersifat tunggal. Seperti jika anda ingin menjual produk-produk digital seperti ebuku, perisian, atau skrip, laman web jualan adalah yang paling sesuai untuk melakukannya.
Laman web jualan juga kalau anda kenal memiliki beberapa nama lain dalam bahasa inggeris terutamanya seperti minisite [...]

Laman web jualan adalah jenis rekaan laman web yang biasa digunakan untuk menyampaikan penjualan produk yang bersifat tunggal. Seperti jika anda ingin menjual produk-produk digital seperti ebuku, perisian, atau skrip, laman web jualan adalah yang paling sesuai untuk melakukannya.

Laman web jualan juga kalau anda kenal memiliki beberapa nama lain dalam bahasa inggeris terutamanya seperti minisite dan landing page. Ia adalah benda yang sama. Dan kadang kala pula Minisite akan direka dalam bentuk LEBIH mini lagi yang dipanggil sebagai Squeeze Page.

Squeeze page pula adalah laman web mini yang bertujuan untuk mengumpulkan mailing list sahaja. So, dah berkenalan dengan laman web jualan? :) Jom kita teruskan sesi tutorial kita pada hari ini iaitu bagaimana caranya untuk membentuk design asas laman web jualan. Tanpa rekaan pada bahagian Header & Footer.

Buka canvas baru 800 x 600

01 Buka canvas baru dengan saiz 800 x 600 pixel.

02 Dengan menggunakan Rounded Rectangle Tool, tetapkan Radius >> 20 pixel dan buat bentuk seperti di atas. Lakukan sehingga ke hujung setiap bucu. Pilih warna putih iaitu #FFF.

Warnakan latar belakang #C2C2C2

03 Beralih kepada warna latar belakang, tetapkan warna pada kod #C2C2C2. Klik kekunci Shift + F5 untuk mengaktifkan tetingkap ini.

Jadi, warna latar belakang kita sudahpun bertukar kepada kelabu tahi ayam~

Kesan khas pada layer body

04 Enter Blending Options bagi Shape 1 (body minisite). Lakukan tetapan untuknya seperti di bawah.

Dan hasilnya setelah anda klik butan OK adalah…

Wow.. mudahnya! Dah nampak body untuk minisite anda? Hohoooo… panjang lagi ni.

Membina header laman web jualan

05 Aktifkan Rectangular Marquee Tool.

06 Selepas memilih bentuk segi empat tepat dari bucu atas kiri ke bawah (ikut kesukaan anda) bahagian kanan canvas, buat 1 layer baru (layer 1).

07 warnakan pilihan anda dengan warna kelabu yang lebih gelap lagi #333333. Klik kekunci Shift + F5 untuk aktifkan tetingkap ini.

Hasilnya setelah warna kelabu diaplikasikan.

08 Klik kekunci Alt dan tanpa melepaskannya, klik pada garisan di antara Layer 1 dengan Shape 1. Hasilnya apabila anda klik, Layer 1 akan dimasukkan ke dalam Shape 1 dengan ikon berbentuk anak panah ke bawah.

Hasilnya seperti ini… Bahagian tepinya cantik sama saiz dengan bentuk luaran design Shape 1.

Kesan khas pada layer header

Enter Blending Options Layer 1 (Header). Aplikasikan Layer Style di bawah padanya.

Dan hasilnya…

Header anda kelihatan lebih menarik dengan warna gradient yang berton.

Membina layer footer laman web jualan

09 Duplicate Layer 1 (header) dengan klik kekunci Alt dan tarik Layer 1 ke bawah.

10 Resize Layer 1 copy agar menjadi lebih kecil dengan klik kekunci Ctrl + T (Free Transform) dan masukkan nilai 50% (sebelum ini 100%) pada bahagian High (H).

Hasilnya seperti di atas. Saiznya akan berkurangan kepada setengah daripada ketinggian asal. Ini akan kita gunakan sebagai Footer! Pastikan Layer 1 copy ini juga blend masuk ke dalam Shape 1 (ada ikon anak panah pada layer tersebut)

Adjust kedudukan footer ke bahagian bawah dan voila! Hasilnya body yang hampir siap! Minisite ringkas anda.

Nota khas:

Saya tidak akan menunjukkan kepad anda bagaimana untuk mengubahsuai grafik header & footer. Ini kerana adalah tujuan asal saya hanya untuk mendedahkan anda kepada asas-asas pembinaan grafik laman web jualan.

Membina layer Navigation Bar

11 Beralih kepada komponen seterusnya iaitu Navigation Bar. Nav bar ini adalah berfungsi menempatkan link-link asas laman web jualan anda seperti Home, Affiliates, Contact Us dan bermacam-macam lagi.

12 Dengan menggunakan Rectangular Marquee Tool, bina satu pilihan Marquee di bawah header kelabu. Pastikan width / lebarnya betul-betul sama seperti lebar Shape 1 (body keseluruhan).

Warnakan pilihan dengan warna kelabu #C2C2C2 (Shift + F5).

Memberi kesan khas pada Nav bar

Hasilnya, satu garisan tebal berwarna kelabu wujud. Seterusnya, berikan kesan khas Layer Style pada Nav bar ini seperti di bawah.

Selesai, klik OK. dan lihat hasilnya.

13 Kecilkan sedikit saiz lebarnya dengan klik Ctrl + T (Free Transform) dan ubah peratus saiz lebar kepada 98% (daripada 100%).

Adjust kedudukan rekaan navigation bar ke bawah sedikit dan betul-betul di bawah header. Voila sekali lagi! Inilah hasilnya~

Boleh tambahkan tulisan sebagai guideline. Saya masukkan beberapa pautan supaya anda dapat lihat dengan jelas, apakah fungsi nav bar ini.

Hide layer tulisan ini semula untuk meneruskan tutorial kita. Klik ikon mata layer tersebut.

Memotong canvas design anda

14 Aktifkan Slice Tool untuk memulakan proses MEMOTONG! "Anda dah potong?"

15 Ringkasnya, saya potong seperti di atas. Drag sahaja cursor anda dari penjuru ke penjuru. Cuba banyak kali dan ia akan menghasilkan potongan seperti di atas.

Garisan ini mungkin nampak kecil dan tak berfungsi, tetapi jika anda menyimpan imej ini dalam format untuk kegunaan WEB, maka anda akan melihat hasilnya bagaimana ia memainkan peranan yang sangat besar.

Nota Ringkas Baru:

Slice Tool adalah fungsi untuk memotong rekaan design dalam canvas yang sama kepada beberapa bahagian.

Secara kasar, ia tidak akan terus memotong malah anda boleh mengubahsuai lagi setiap imej dan tidak langsung terpotong.

Namun, apabila anda memilih untuk menyimpan Save for Webs & Devices, anda akan dapati semua imej yang disimpan terpotong mengikut pilihan anda dan disimpan dalam 1 folder khas dinamakan ‘images’.

Menyimpan imej untuk kegunaan web

16 Simpan dalam bentuk web dengan memilih menu >> File >> Save for Webs & Devices (Alt + Ctrl + Shift + S) untuk mengaktifkannya.

Ingat, hanya dengan cara ini sahaja, anda dapat melakukan pemotongan menggunakan slice tool. Cara simpanan imej lain akan menyebabkan imej disimpan kepingan yang besar.

17 Sesi tutorial kali ini, saya memilih untuk menyimpan dalam format HTML and images dan menamakannya sebagai minisite.html.

Nota ringkas baru:

Save as type: HTML and Images adalah pilihan di mana imej anda akan disimpan dalam bentuk .html dan memiliki paparan yang dilinkkan dengan imej.

Imej ini akan disimpan di dalam 1 folder khas dinamakan ‘images’.

Bagusnya teknik ini, anda boleh membina laman web jualan dengan lebih mudah kerana anda tidak perlu lagi menyusun potongan-potongan imej anda semula tetapi ia sudah siap sedia dalam format HTML.

Komponen utama laman web jualan

Saya savekan dalam folder minisite di bahagian desktop. Ikut pilihan anda di mana anda ingin menyimpannya. Klik 2 kali pada folder tersebut untuk melihat hasilnya.

Anda akan mendapati satu fail format .html dengan nama minisite (kerana saya memilih nama ini) dan 1 folder lagi dinamakan images. Yang menyimpan potongan-potongan imej kita tadi.

Mengubahsuai fail HTML design

18 Buka fail minisite.html menggunakan perisian Adobe Dreamweaver CS4 atau jika tiada, anda boleh menggunakan mana-mana perisian pengubahsuai HTML dan PHP lain samada percuma atau berbayar.

Tempatkan body laman web jualan ‘center’

Pilih keseluruhan table design anda.

19 Pada bahagian tab di bawahmya terdapat satu fungsi yang membolehkan anda menempatkannya di bahagian tengah design. Tatapkan Align >> Center.

Klik pada ikon preview seperti di atas. Dan pilih browser pilihan anda yang mana satu ingin ia dipaparkan.

Voila! Inilah hasilnya. Namun kelihatan sedikit cacat kerana sepatutnya latar belakang kita dalah warna kelabu dan bukannya PUTIH #FFF.

Menukar warna backcround keseluruhan

20 Klik pada Page Properties di dalam Dreamweaver CS4 anda dan tetapkan Background Color >> #C2C2C2. Warna kelabu yang telah kita pilih sejak awal tadi.

Sekali lagi, Refresh sahaja browser anda untuk melihat hasilnya.

Inilah hasilnya… Tahniah! Tahniah! Hee…

Dan untuk langkah terakhir, mari kita belek-belek apa yang ada di dalam folder Images. Seperti di dalam imej di atas, saya telah memotongnya kepada 4 bahagian sebelum ini bukan. Maka inilah hasilnya.

minisite_01 >> header, minisite_02 >> Nav bar, minisite_03 >> body, minisite_04 >> footer. Cheers!

Selamat berjumpa lagi dalam sesi tutorial seterusnya. Anda bakal dipaparkan dengan teknik ringkas bagaimana untuk mereka grafik header anda dengan begitu mantap sekali!


  1. Posted January 31, 2010 at 10:14 am

    bagus artikel ni.. memang asas yang perlu dimahirkan.. dah mahir dgn kaedah ni, baru la boleh buat kaedah2 yg lain dalam penghasilan minisite/squeeze page.. terima kasih sbb berkongsi ilmu..

  2. Posted January 31, 2010 at 9:30 pm

    aku nak mencuba..
    tapi cam masa takde jer.. hurm..

  3. Rahman
    Posted January 31, 2010 at 10:29 pm

    Wahhh…

    Detail yg sangat-sangat berguna utk newbies yg ingin
    mencuba bina minisite atu squeeze page dan
    teknik yang cukup jelas…

    terima kasih joe

    U ‘re seorang sifu siber yg hebat

    Rahman

  4. Posted January 31, 2010 at 11:20 pm

    thanks joe,
    mungkin org rajin nk wat minisite sendri leh lar..
    skang byk minisite yg free dah siap.. tai yg kita wat sendiri tetap terbaik.. hehe..

  5. hafiz
    Posted January 31, 2010 at 11:29 pm

    *thumbs up* :D

    tutorial berguna utk smua

  6. Posted February 1, 2010 at 12:39 am

    I know.. you are a business guy~ haha

  7. Posted February 1, 2010 at 12:41 am

    Ah, Thanks rahman..

    Aku pn nak wat collection je. Mana taw anak2 aku mintak tlg ajar design? Aku maleh, aku suruh depa bukak web ni. haha

  8. Posted February 1, 2010 at 12:43 am

    Em, taw pun! Farid! Cepat laaa tambah kopi dlm page LAWAK ko tu. aku da xdpt update lg now. aku nak baca lagi..

  9. Posted February 1, 2010 at 12:46 am

    Maybe kalau nak compare dgn six revisions, tutorial9, psdtutplus, aku mmg jauh ketinggalan. BUT aku merancang untuk tarik minat pembaca untuk DESIGN. bukan tgk wayang (buka web, tutup balik).

    I love when they do practical. SO, tak kisah brp ringkas dan bodoh kelihatannya tutorial yg aku buat, aku masih rasa ada org appreciate. :)

    Sifu2 designer, jgn sindir gue ya. Gue mau praktikal, bukan tunjuk hebat design gue. :P

  10. Posted February 1, 2010 at 1:33 am

    welcome.. TQ for comment too.. :)

  11. Posted February 1, 2010 at 3:18 am

    thanks bro..

    tutor ni mmg sesuai tuk newbie cam aku ni.
    bkn senang nk dpt. kebanyakkannya sume tuk mereka yg da pro.

    biar la pe org nk kate bro..yg penting ade gak source tuk newbie dlm BM.

    thumbs up!!

  12. Posted February 1, 2010 at 10:44 am

    Bagus bro! tahniah! konsep sharing dapat meningkatkan dan mempereratkan ukhwah secara online.
    Ilmu yang sangat bermanfaat! teruskan…!
    saya gembira menerima email berterusan dari anda. TQ

  13. Posted February 2, 2010 at 6:29 am

    [...] This post was mentioned on Twitter by Anarm Khairul, Iskandar. Iskandar said: Design asas laman web jualan http://goo.gl/fb/neGy #grafikartwork [...]

  14. PakSuLan
    Posted February 4, 2010 at 12:24 pm

    clap! clap! clap!
    tahniah bro atas usaha murni anda!
    harap dpt diteruskan lagi dan lagi……

  15. Posted February 10, 2010 at 3:19 am

    saya suka tgk minisite jualan org lain..bkn nk beli pun produk yg di jual..tapi suka tgk grafik yg di hasilkan sebagai sumber inspirasi tuk design saya nanti hehe

  16. Posted February 12, 2010 at 9:24 pm

    joe, lawak dah post smlm.. insyaAllah lepas ni sehari sekali or dua kali aku post.. rajin2 komen bagi lagi lawak citer tu.. hehehe..

  17. silent reader
    Posted March 9, 2010 at 4:27 pm

    knape dah xde file .psd…?

    saya dah smakin jarang masuk sini sbb tutorial dah semakin tak best… ditambah lagi xde file .psd…

    :(

  18. Posted March 9, 2010 at 6:30 pm

    Maaf tuan,

    Saya sekarang busy dengan final year farmasi sy. Iaitu ada 2 bulan sahaja lagi. Saya kena buat pembentangan projek farmasi kami. Saya sekarang bertungkus lumus untuk itu.

    Harap tuan faham & sy tiada masa untuk bermain-main. Sy akan aktif kembali selepas 2 3 bulan. Dan ditambah dengan projek Online Library yang saya janjikan kepada semua pemenang.

    Sy rasa saya ada sampaikan dlm email sebelum ini kepada semua subscriber. Hrp maklum… Cheers!

Post Comment

About Joe

M. Jauhari Iskandar b Jaafar (Joe) telah mula berkhidmat dalam dunia reka grafik kepada peniaga internet sejak awal tahun 2008. Beliau amat meminati teknologi design menjadikan sehingga kini reka grafik laman web beliau dilengkapi skrip dan sistem canggih dan profesional.

Copyright © 2010 Grafik Artwork Inc.|WordPress Theme Design by Rubiqube.com