Ulasan Filem: The Sorcerer’s Apprentice
Cerita yang tak rumit untuk difahami. Selalunya bila keluar cerita-cerita mistik macam ni, mesti dalam kepala dah set “memang berputar sana sini ni cerita ni” yang bermakna memerlukan penonton berfikir banyak. Antara genre-genre yang banyak kena fikir ni seperti Harry Potter dan Twilight.
Oh, kalau terlepas satu scene memang dah kena cepat-cepat tanya kawan la. Pesanan saya, buang semua habis-habis dulu sebelum tengok cerita2 macamni. Huhu… Jangan berganjak daripada menikmati keseluruhan cerita.
Berbalik kepada story The Sorcerer’s Apprentice, ia tak seperti yang saya bayangkan. Everything smooth easy to understand. Plot cerita memang ganas dan hebat tapi mereka masih mampu kekalkan jalan cerita yang tak berlintang pukang.
Keseluruhan cerita memang best. Saya bagi 7 / 10 markah!
Tak sempat nak review lagi panjang sebab cadang nak keluar tengok movie lain pulak hari ni. Huhu…
