feat_Despicable_Me

Ulasan Filem: Despicable Me

Despicable Me – saya pun tak tahu yang movie ni dah pun masuk dalam Wikipedia. Huhu… somehow it became a very big word until it’s being familiar to be used in the dictionary.

COMEL - ini sahaja perkataan yang paling sesuai untuk filem Despicable Me (DM) ini. Sebenarnya cerita ni telah dihangatkan oleh 3 kanak-kanak comel ini yang diambil dari rumah anak yatim.

Mereka bertemu buat kali pertama selepas Gru (watak utama – lelaki jahat) cuba mencuri kembali barang yang telah beliau curi dari seorang penjahat lain yang merupakan orang baru dalam dunia Super Villains. Selepas berbelas kali mencuba untuk memecah masuk rumah penjahat tersebut, beliau masih gagal.

Masalahnya bila 3 orang budak ni datang untuk MENJUAL BISKUT (atas arahan penjaga rumah anak yatim mereka) dengan senangnya tanpa dibom dan digigit jerung, beliau berjaya masuk bertemu dengan penjahat muda tersebut. Apa lagi, Gru bengang la tapi mendapat idea untuk mempergunakan mereka bertiga untuk membantunya mencuri kembali “mesin pengecil” (dia nak gunakan untuk kecilkan bulan) dari penjahat muda tersebut.

Selepas 3 kanak2 ini dibawa masuk ke rumah Gru lah maka bermulanya episod keriangan dengan celoteh mereka semua. Gru yang dahulunya hanya bersifat dendam dan fokus pada kerjayanya untuk membanggakan ibunya bahawa dia benar2 seorang PENJAHAT yang berkaliber & terhebat KINI bertukar menjadi seorang yang penyayang dan penyabar. Malah menjadi AYAH kesayangan Margo, Edith and Agnes.

Agnes – Watak kanak-kanak yang paling CUTE (paling kecil antara mereka bertiga) dan agaknya KUNCI UTAMA kejayaan trailer ini menangkap jutaan penonton di YouTube umumnya. Tengok je lah gaya dia ketika di Fun Fair apabila telah mendapat Unicorn Fluffy dia tu. Dan juga apabila Gru pada awalnya melarang mereka melakukan sesuatu yang menyakitkan hati di rumahnya dan Agnes – melakukan memek muka dan bunyian mulurnya. COMELNYA!

Pastinya ramai yang menantikan apa lagi aksi si comel ini di panggung nanti.

Pengajaran dari Despicable Me:

  1. Mencari matlamat hidup sebenar – Selepas kehadian Margo, Edith & Agnes, Gru menyedari sesuatu yang selama ni dah hilang dalam hidupnya sebagai penjahat. Kasih sayang. Dia memiliki terlalu banyak kasih sayang dan disebabkan terlalu membanggakan usaha jahatnya setiap masa, beliau lupa bahawa mencurahkan kasih sayang sebagai seorang BAPA adalah lebih sesuah dengan beliau.
  2. Dihormati bukan digeruni – Gru boleh dikatakan sebagai penjahat yang dihormati oleh pekerja-pekerjanya. Ini jelas ditunjukkan di dalam satu scene di mana beliau sudah ditarik dana untuk terbang ke BULAN untuk mencurinya tetapi kerana semangat dan sifat hormat pekerja2 beliau (little minion) sanggup mendermakan apa jua yang mereka miliki untuk mengumpulkan dana untuk meneruskan pembinaan roket untuk ke bulan. Suatu sifat yang harus diambil pengajaran.

SO, keseluruhan story ni, saya berikan 2 thumbs up! :) Dari 10 saya berikan 8! Memang berbaloi untuk ditontoni.

Kepada yang dah terlepas, jangan lupa beli DVD di kedai ya. Saya ingat pun nak kumpul la story ni. Memang berbaloi… Nak tengok banyak kali. huhu…

2 Comments

  1. titan
    August 10, 2010 at 5:38 am · Reply

    cerita ni aku suka tengok. best!

    • Joe - Grafik.my
      August 10, 2010 at 10:56 am · Reply

      suka betul aku tgk agnes tu. huhu.. cam nak cubit je pipi die.

Leave a Reply