Pemasaran: Bagaimana Beriklan di Mudah.my

11
    feat_mudah

    Jika anda ingin mempelajari cara Bagaimana Beriklan di Faceboook, anda boleh klik pada link ini. 

    Assalamualaikum& salam sejahtera,

    Hi semua, berkaitan dengan teknik Triplet Marketing yang telah saya gunakan untuk membuat jualan bagi salah satu produk fizikal saya di internet. Ia dipanggil Magic Wallet dan kalau anda perasan, ia menjadi satu fenomena seketika di Facebook saya. :)

    Walaupun seketika, di akhir tutorial nanti saya akan dedahkan berapa sebenarnya keuntungan yang kami perolehi daripada teknik ini. Baik, menggunakan 3 medium pemasaran ini pada saya sudah cukup baik bagi saya. Dan sangat mengujakan kerana saya juga mendapat 1 tempahan dari USA!

    Kita akan mulakan dengan ruang pengiklanan yang saya gunakan yang #01 iaitu di Mudah.my. Ikuti tutorial ini untuk mengetahui bagaimana untuk meletakkan iklan anda di Mudah.my

    tutorial iklan di mudah.my

    Buka laman web Mudah.my dan paparan seperti di atas akan muncul.

    tutorial iklan di mudah.my

    Tanpa perlu daftar apa-apa, tanpa perlu bayar yuran pendaftaran apa-apa, anda boleh terus letakkan iklan anda dengan klik Insert Ad yang berada di senarai footer Mudah.my.

    Jangan terkeliru dengan laman web yang agak simple ini. Trafiknya cukup tinggi membuatkan 30% daripada sales yang saya buat datangnya dari laman web ini.

    tutorial iklan di mudah.my

    Selepas anda klik link tadi, anda akan dibawa ke halaman ini di mana anda boleh terus mengisi butiran iklan anda. Walaupun anda tak perlu mendaftar apa-apa, namun mudah.my sangat menjaga penjualnya dan yang pasti, pengenalan anda adalah sangat penting.

    tutorial iklan di mudah.my

    Dan untuk menjual Magic Wallet ini, saya telah memberikan butiran asas seperti di atas. Emel sangat penting kerana selepas ini, kalau ada orang nak beli produk anda, mereka akan berhubung dengan emel ini sahaja.

    Jadi pastikannya SAH dan yang selalu anda buka.

    Category : Piligan kategori produk jualan anda adalah sangat kritikal. Jangan salah melakukannya atau anda akan mengambil masa yang lebih lama untuk diluluskan iklan anda tersebut.

    Saya ada pengalaman mengambil masa lebih 3 hari hanya kerana salah memilih kategori. Mudah.my terus menerus reject iklan saya tanpa suggest pada saya apa kategori yang sepatutnya saya gunakan.

    Region : Pilihan NEGERI yang tersenarai ini bukanlah senarai negeri di mana anda berada kini tetapi di mana produk anda berada. Ini memudahkan carian jika anda tidak mahu menanggung kos perbelanjaan penghantaran – pelanggan boleh datang sendiri ke tempat anda kerana dekat.

    tutorial iklan di mudah.my

    Abaikannya dahulu dan teruskan dengan memasukkan butiran penjualan produk anda.

    Condition : Anda boleh pilih samada NEW @ USED yang bermaksud samada produk yang anda jual adalah barang terpakai atau produk baru.

    Heading : Adalah tajuk iklan anda. pastikan ianya unik dan selalu menjadi carian orang.

    Ad text : Adalah body @ surat jualan iklan anda. Di sini lah anda akan memperincikan segala-galanya tentang produk anda.

    Price : Masukkan nilai harga produk jualan anda di sini. Ia adalah harga tunggal produk sahaja. Tak termasuk harga shipping (jika ada)

    Walaubagaimanapun, deskripsi tentang kos sebenar, penghantaran dll boleh dimasukkan di dalam ruangan Ad text juga.

    tutorial iklan di mudah.my

    Setelah selesai, teruskan dengan memasukkan gambar pula. Pada hujung di bawah sekali page tersebut adanya bahagian upload imej seperti di atas. Klik pada “Choose File” untuk memilih imej produk pertama anda.

    tutorial iklan di mudah.my

    Ini adalah imej produk yang dah siap saya edit dan sedia digunakan untuk pengiklanan. Pilih satu gambar sahaja dahulu (maksimum 3 termasuk yang utama).

    Selepas beberapa saat @ minit, imej anda akan diupload.

    tutorial iklan di mudah.my

    Jika anda mendapat imej seperti di atas, ini bermakna anda sudahpun berjaya memuat naik (upload) imej produk anda yang pertama.

    tutorial iklan di mudah.my

    Kemudian akan muncul sekali lagi butang yang sama yang mana di sebelahnya ada butang “Add extra images” yang bermakna anda boleh menambah dua (2) imej extra (ingat, maksimum 3 imej sahaja untuk iklan anda ini) lagi.

    tutorial iklan di mudah.my

    Selesai menambah dua (2) lagi imej ekstra anda, klik next untuk melihat PREVIEW kesleuruhan iklan anda.

    [fb_wpress_content_locker]

    Jangan risau, anda belum pun lagi submit iklan anda kalau klik next. Anda sekadar boleh menontohnya dan lihat jika ada pengubahsuaian yang ingin dilakukan.

    tutorial iklan di mudah.my

    Di atas adalah contoh PREVIEW iklan anda. SEE? Jangan risau, iklan anda belum submit lagi dan anda boleh mengubahsuainya lagi~. :)

    tutorial iklan di mudah.my

    Terdapat dua butang di bawahnya – Edit Ad @ Insert Ad

    Edit Ad : Klik jika anda nak edit semula iklan anda atau klik sahaja butang back pada browser anda. cookies tak hilang.

    Insert Ad : Klik butang ini jika anda sudah benar-benar confirm nak submit iklan anda.

    tutorial iklan di mudah.my

    Tetapi sebelum anda boleh submit iklan anda, anda mesti masukkan kombinasi kata laluan (password) yang unik. Ini penting supaya anda sahaja yang mengetahuinya dan bermakna anda sahaja boleh mengaksesnya kemudian jika anda ingin melakukan pengubahsuaian.

    Klik Insert Ad jika anda sudah confirm untuk submit.

    tutorial iklan di mudah.my

    Anda akan menerima notifikasi ini secara automatik di mana anda dikehendaki untuk mengesahkan (verify) iklan anda.

    tutorial iklan di mudah.my

    Buka emel anda dan anda akan dapati satu emali pengesahan baru daripada Mudah.my meminta anda klik pada satu (1) link untuk mengesahkannya.

    tutorial iklan di mudah.my

    Lihat ini? Ada link khas untuk anda klik. Klik untuk mengesahkan iklan anda.

    tutorial iklan di mudah.my

    Terakhir sekali, anda akan menerima notifikasi bahawa iklan anda sudahpun dihantar kepada team Mudah.my dan menunggu untuk disahkan dan disenaraikan di dalam laman web Mudah.my~.

    Sehingga itu, tahniah kerana produk anda sudah berada di salah sebuah laman pengiklanan terbesar Malaysia – Mudah.my.

    Anda masih ada kerja bersama saya di mana ada dua (2) lagi tempat pengiklanan yang perlu anda pelajari bagaimana anda boleh mengiklankannya.

    Jemput-jemput ke dapur~ anda pasti akan terhibur! :)

    [/fb_wpress_content_locker]

    Leave a Reply

    11 comments

    1. Pingback: Bagaimana Beriklan di Faceboook « Grafik.my

    2. Abu

      Salam Bro Joe,
      Kalau nak jual produk ubat traditional , agak2 boleh lepas ker kat mudah nie

      • Ya, no probs.. blh sahaja.

        di mudah.my restriction hny pada kewujudan produk & individu – itu sahaja. Tiada masalah kalau nak jual produk tradisional. :)

    3. fazlin

      as salam der…x payah bayar ape2 yeeer..?tq

      • Depends. Ada bbrp bhgn yg perlu dibayar jg. Blh try eksplore.

    4. Nabihah Shahaimee

      bagaimana nak mengiklankan tawaran kerja yer encik dlm mudah.com???

      • Oh. Saya tak pasti tentang perkara ni. Rasanya boleh sahaja menggunakan teknik yang sama. yang penting perlu upload gambar. Jadi gambar ofis mungkin blh jg.

    5. Helmi Mokhtar

      Salam, saya nak tanya, bila saya nak manage saya punya produk, saya pilih daily dan cara pembayaran saya, maybank2u. lepas tu dia keluar mcm kat bawah ni:
      You must allow https://www.maybank2u.com.my/ pop-up in your browser.
      Please do not close this window until the transaction is completed.

      apa maksud dia?

      • Jadi selepas adanya notifikasi begitu, tuan blh meneruskan transaksi tak? Jika tidak, mungkin kerana tuan ada memasang ‘Ads Blocker’ atau ‘Popup blocker’. Tuan perlu matikan/disable kan extension tersebut dan Insyallah akan pulih semula.

    6. Assalamualaikum joe, aku nak tanye, sblum ni aku ade jugak cuba insert ads dkt dlm mudah.my tu tp skrg ni bila aku nak buat knp xboleh?? katenye kena bayar dah pulak ek??

      • Wassalam. Most probably kerana sistem baru. Ini post 2010 ni. Huhu. Format lain. Tapi kalau tengok yang baru pun, pastikan ruangan “Who I Am” ditanda OWNER. Dan seterusnya macam biasa. Memang ada berbayar sekarang. Tapi rasanya kalau bawah ‘Registered company’ dan yang memiliki akaun Pro Niaga (registered company).

        Jadi, kalau nak jual banyak barang, kena buat akaun berbeza2 lah. Kalau ada Pro Niaga, blh jual under 1 gallery atau 1 nama sahaja. Wallahualam.