Posted by Joe in Featured Articles, Photoshop Tutorials | 16 comments
Tutorial Membina Tulisan Typography Photoshop
Memang menjadi satu tarikan sekarang jika sesuatu laman web atau blog itu dibina dengan kesan khas 3D. Tak tahulah kalau sekarang dah ada 4D pula. Tapi 3D memang menjadi pilihan.
Tutorial hari ini adalah berkisarkan 3D juga. Ia dipanggil sebagai Typography. Tulisan seperti ini adalah jenis kesan 3D yang bukan timbul tetapi tenggelam ke dalam layer design anda.
Untuk meneruskan tutorial ini, apa kata kita tengok dahulu apa yang akan kita dapat diakhir tutorial ini. Nak download PSDnya saya ada sediakan di hujung tutorial ini. Lets go!
hasil design di akhir rancangan ini

Dah nampak? Inilah yang dikatakan dengan tulisan Typography. Jenis tulisan ini kelihatan seperti tulisan tersebut tenggelam sedikit daripada permukaan keseluruhan design anda. Nampak susah ke nak buat? Errr.. saya harap anda tak terkejut sebab ianya SANGAT MUDAH untuk dibuat. Ikuti tutorial ini!
bina canvas design yang baru
01 Bina canvas baru dengan klik Ctrl + N. Dan namakan canvas baru ini dengan konfigurasi berikut:
Nama: Typography
Saiz canvas: 500×300 pixel
ResolusiL: 72 pixel/inch
colour: RGB 8 bit
Latar belakang: Putih (white)

Nah, ini dia bentuk canvas pada saiz sebenar. Putih melepak.
warnakan latar hadapan dan belakang anda
02Setkan warna latar hadapan dengan warna biru gelap (saya suka biru!
) dengan kod #005382
03Sekarang setkan warna latar belakang (background) kepada biru yang lebih cerah iaitu #1387c8. Ini adalah langkah berjaga-jaga untuk menampakkan ruang dan perspektif (betuk ke?
).
gunakan gradient tools untuk warnakan canvas anda

04Pada canvas anda, pilih tool gradient (G) #imej dan cursor anda akan bertukar menjadi bentuk palang. Letakkan palang tersebut di bahagian bawah canvas anda #imej dan klik kekunci Shift. Jangan lepaskan kekunci Shift agar garisan yang anda bina nanti tidak bengkok.
Klik pada bahagian bawah dan tanpa melepaskannya, tarik sehingga ke atas canvas anda #imej kemudian lepaskannya.

Anda akan mendapat paparan sebegini. Ah, sebab tulah saya tak beritahu kenapa kita gunakan tool gradient. Untuk timbulkan tanda tanya bagaimana boleh muncul warna begini.
Ini kerana warna latar hadapan dan belakang yang telah anda tetapkan di awal tutorial tadi. Anda menarik dari bawah ke atas dan gradient tool (G) membina kombinasi warna dari warna latar hadapan kepada latar belakang.
memberi kesan khas cahaya dari penjuru kiri atas

05 Bina layer baru menerusi tetingkap layer anda. Namakan semula layer baru ini dengan nama light / cahaya. Apa kita akan lakukan? Jom tengok…

06Pilih Brush tool (B) dan di bahagian atas toolbarnya bahagian kiri sekali, pilih jenis berus baru iaitu Airbrush Soft Round 50% flow. Berus ini mampu memberikan kesan khas dalam membuat kesan cahaya.

07Kemudian, tetapkan konfigurasi seperti berikut untuk berus anda.
#1: saiz berus 400 px
#2: mode normal
#3: opacity: 60%
#4: flow 70%
#5: pastikan brush tool ya.

Masih menggunakan brush tool (B) dan letakkan cursor anda di luar canvas design anda. Bulatan berus bersaiz 400 pixel anda tadi akan kelihatan sebahagian sahaja di bahagian atas canvas. Kita akan memberikan kesan sumber cahaya kepada canvas ini.
08Oh, sila pastikan juga warna latar hadapan anda adalah warna PUTIH #ffffff kemudian klik sahaja tetikus anda beberapa kali untuk memberikan kesan cahaya ini.
Nah, lihat sendiri hasilnya. Anda berjaya memberikan kesan cahaya di mana canvas design anda kini kelihatan lebih 3D.
membina tulisan typography utama anda

Beralih kepada komponen utama kita iaitu tulisan Typoghraphy. Untuk tutorial ini saya memilih perkataan "typography tutorial". Tiada masalah! Anda boleh tulis apa sahaja perkataan lain yang anda rasakan menarik.
09Gunakan Text tool (T) dan klik pada canvas anda untuk memulakan penulisan. Untuk tulisan yang besar sedikit seperti dalam tutorial ini saya gunakan konfigurasi berikut:
Jenis tulisan: Rockwell; Regular
Saiz:
65 pt
Jarak tulisan: 62 pt
Warna tulisan: Putih; #ffffff

Bagaimana nak dapatkan tulisan yang tenggelam seperti ini? Mudah… mudah…
konfigurasi layer style tulisan anda

10Mari kita mulakan pengubahsuaian pada stail layer tulisan anda tadi. Klik kanan pada layer tulisan >> Blending Options.

Apa yang penting sekali adalah 3 komponen utama iaitu Drop shadow, Inner shadow, dan Gradient overlay. Tiga layer style ini sahaja yang perlu diubahsuai dan ini akan membentuk tulisan Typography anda yang cukup smart!
11Konfigurasi Gradient ovelay:
Blend mode: normal
Opacity: 100%
Style: linear
Angle: 90 degree
Scale: 100%
Kemudian lakukan konfigurasi dalaman pada bahagian gradient. Klik ikon gradient yang berwarna hitamke putih (warna gradient standard) anda.

12Warna gradient di dalam tulisan anda ini mestilah disetkan lebih gelap daripada warna latar belakang canvas anda. Ini untuk menampakkan bahawa tulisan anda benar-benar tenggelam dan bahagian dalam tulisan itu sudah tentu lebih gelap daripada permukaan.
Warna kiri: biru gelap #033755
Warna kanan: biru cerah #005484
Pembahagian warna: 40% (warna biru gelap lebih sedikit)
13Konfigurasi Drop shadow:
blend mode: normal
warna blend: putih; #ffffff
opacity: 35%
angle: 120 darjah
distance: 1 px
spread: 0 px
size: 2 px
14Konfigurasi Inner shadow:
blend mode: multiply
warna blend: hitam; #000000
opacity: 50%
angle: 120 darjah
distance: 1 px
choke: 0 px
size: 3 px
Dan akhirnya klik sahaja OK dan VOILA! Hasil usaha gigih anda selama ini telah berbuahkan sebiji mangga! Hahaha… gurau jek. Tahniah saya ucapkan.
Ia berakhir dengan kejayaan…

Selamat mencuba! Hmmm… agaknya tutorial-tutorial ini terlalu ringkas kot? Ahah! Nantikan tutorial-tutorial yang lebih ganas yang akan saya dedahkan satu persatu kepada anda!
Have a nice day! Jumpa lagi di dalam tutorial akan datang.
Cheers!






Huhu… baru malam tadi rasa macam nak bagi komen tanya bila nak buat tutorial buat tulisan cam kat atas ni…
Pagi ni bukak, tadaaa….
Rasa macam nak peluk bro Joe aje, hahahaha…
Paling berharga file .psd tu, hehe… Thanks a lot!
Hahaha.. aku adalah seorang psycho~.. Aku boleh membaca fikiran seseorang itu.. Hahaha..
boleh baca fikiran saya sekarang nak apa ?
elleh… ye la tu,
cepat! mana tutorial seterusnya?
x sabar nak belajar tutorial yg lain ni, ahakz…
Hahaha.. sabaq3 semua. Sorry ha sebab now busy on projek dengan bro Zamirn.
Jadi tangguh lama juga ni. Insyallah lepas ni tutorial nak buat efek light trailer atas sesuatu objek.
PSD Files macam biasa akan dibekalkan.
susah jugak..heheheh
Tak apa.. try dahulu. Download fail PSD tu dan tengok je apa yang saya dah buat pada tulisan tu.
Hah gerenti lepas tu mesti tadah tangan depan komputer sambil kata, “Hekeleh.. senang giler..”.
Haha.. selamat mencuba
saya dah cuba buat, tak berapa nak sama. Ini linknya:
[IMG]http://i441.photobucket.com/albums/qq140/secret65/on1.jpg[/IMG]
Owh, cantik! Quite nice..
Yang perlu dilakukan adalah jadikan warna Canvas (latar belakang) lebih cerah berbanding warna di dalam tulisan.
Supaya tulisan kelihatan timbul di bahagian dalam tulisan. OK? Update dengan saya untuk trial seterusnya.
Woo..mantap la tutorial ni.
Saya bab grafik memang out.
Tapi kalau dah ada tutorial macam ni rasa rugi la kalau tak ikut.
InsyaAllah saya akan ikut satu per satu ni..
Thanks bro !
Yeah, tgk bro Grafik. Dah try dah pun. Hope yang lain pun tak ketinggalan juga untuk mencuba.
Baru balik raya haji. Lets go graphic back!
senang laa… cuma susah sket nak setting kolor tu.. heheheh almaklumlaa baru belajar
dah cuba…thanks bro…pengetahuan photoshop saya memang cetek…bila dapat info macam ni terus cuba…dan..hasilnya..dapat la jugak macam sample yang ditunjukkan..cuma macam yang bro Mat cakap la…nak setting color to agak blur sikit. Harap-harap bro dapat beri lagi info tentang photoshop ni….terima kasih banyak-banyak..
GOOD JOB!!! thanks on this sharing…
aku letak ko web kat sini: http://muslim-multimedia.blogspot.com/
Semoga berjaya!!!
salam,
satu info yg sgt berguna dan menarik. teruskan usaha anda memberi ilmu dalam b. melayu….
bole promo dlm web sek aku ni, tp amik masa sket k… bg kod promo web bro ni
tq