Hari ni kita bukan nak cerita pasal tutorial design, tapi ini tetap satu bentuk tutorial. Haaa.. kerana ia pasti akan menguntungkan anda yang selalu subscribe RSS Feeds sesebuah laman web. Sehingga sekarang pasti email anda sentiasa sahaja penuh dengan email! Eh, bukan peminat pun… tapi puluhan malah ratusan update blog yang anda subscribe RSS mereka.
Apa yang menjadi tanda tanya kini adalah bagaimana nak menguruskannya? Saya perkenalkan (kalau anda belum kenal) sebuah perisian yang memang best lagi giler. "RSS News Feed Plugin" daripada iWonder Design.
Jom tengok apa benda Stick-stick ni
Perisian ini akan mengosongkan email anda daripada segala jenis RSS yang ada. Bukan nak buang terus tapi pindah. Ahaaa.. pindahkan semua update RSS ini ke ruang dekstop anda.
Download perisian Stick
Klik pada link RSS News Feed ini untuk download plugin ini. Diingatkan perisian ini dibina untuk Windows sahaja dan bukan Mac.

01 Klik Save Link As… untuk download

Pilih direktori mana anda ingin perisian ini disimpan. Tetingkap ini akan keluar secara automatik.
Tunggu sehingga perisian RSS News Feed ini habis dimuat turun.
Langkah instalasi perisian RSS News Feed

02Siap download! Boleh install dah… Klik dua kali pada perisian Stick ini untuk memulakan proses instalasi. Jika anda tidak jumpa, sila tetapkan semula di mana anda sentiasa menyimpan bahan-bahan download anda supaya boleh di’trace’ kembali lokasi perisian. Kemudian lakukan perkara yang sama.
Tetingkap Amaran Sekuriti ini akan terpapar di awal anda melancarkan perisian ini. Klik sahaja pada butang Run untuk meneruskan proses instalasi.
Klik next dan ikut segala arahan yang ditetapkan.
Pilih I accept the agreement agar butang next diaktifkan untuk meneruskan instalasi.
Pilih direktori yang sesuai untuk menempatkan lokasi instalasi. Kemudian klik Next.
03Tiba pada menu Select Components, saya sarankan, PILIH SAHAJA SEMUA. Ini lebih baik memandangkan perisian ini menggunakan saiz yang kecil sahaja, pada masa akan datang fungsi-fungsi ini mungkin akan anda gunakan. Maka instal sahaja semua sekali.
Ikut sahaja segala arahan dan teruskan sahaja klik Next, Next dan Next. Sehingga anda menemui butang install, klik butang tersebut untuk memulakan instalasi.
Aktifkan perisian RSS News Feed

04Buka Start Menu >> All Programs >> Stick >> Stick.exe dan perisian diaktifkan. Selepas ini adalah masa untuk memasukkan RSS Feeds yang anda dah subscribe tu.
Bina Tab RSS Feed pertama anda

05Pada interface perisian RSS News Feed ini anda akan nampak satu pilihan Add Tab yang akan mengeluarkan senarai drop down menu apabila anda klik padanya.
Senarai ini adalah senarai apakah jenis widget yang anda ingin bina. RSS News Feed tidak sekadar untuk pembinaan Tab untuk RSS Feeds sahaja tetapi lebih lagi. Cuma pada hari ini kita akan fokus pada fungsi memasukkan RSS Feeds ini sahaja.
06Pilih News Feed untuk meneruskan tutorial RSS News Feed ini.
Tetingkap baru seperti imej di atas akan keluar dan ini adalah panel untuk mengkonfigurasikan Feeds laman web pilihan anda.
07Sebagai demo untuk tutorial ini, kita akan menjadikan blog saya sebagai model.
Masukkan title sebagai Grafik Artwork dan pada ruang URL Feeds adalah http://feeds.feedburner.com/grafikworld.
08Tambah URL feeds ini ke dalam tajuk Tab Grafik Artwork ini dengan menekan butang Add. Langkah ini akan menempatkan URL tadi ke dalam senarai atau dalam erti kata lain URL tersebut akan berpindah ke bawah.
Selesai, klik butang OK untuk menamatkan langkah konfigurasi ini.

Kini anda pasti akan mendapati ada satu Tab baru di bahagian atas desktop anda. Seperti paparan di atas, Tab dengan nama Grafik Artwork telah dibina sebagaimana ini adalah nama yang telah saya pilih sebagai tajuk.
09Cuba klik pada Tab tersebut dan ia akan terbuka. Sebagaimana yang boleh dilihat di atas semua post yang telah dibuat di dalam grafik.my saya akan dipaparkan di dalam Tab ini. Wow! Satu RSS Feeds blog telah dimasukkan. Sebagai peringatan, anda kenalah online untuk melihat paparan ini.
Selain itu, jika anda klik 2 kali pada mana-mana post tersenarai, anda akan dibawa terus kepada post tersebut. Menarik bukan? Tahniah anda sudah berjaya membina satu Tab RSS News Feed baru.
Terokai lebih banyak fungsi RSS News Feed sendiri
![]()
Sejak tadi anda dah lihat banyak fungsi perisian RSS News Feed ini. Lagi! Lihat pula pada navigation bar Tab Grafik Artwork ini dan ada banyak lagi fungsi yang boleh anda terokai untuk memaksimumkan penggunaan perisian ini.

10Kemudian jika anda lihat di bahagian minimize tray anda, ada pula ikon berbentuk gam / glue stick yang menandakan perisian ini diaktifkan. Klik sekali pada ikon ini untuk membuka interface RSS News Feed.

Di sebelah kiri anda boleh melihat senarai Feeds yang telah anda bina. dan buat masa ini anda mungkin baru sahaja ada satu senarai yang bernama ‘Grafik Artwork’.
11Klik pada senarai ini dan kemudian lihat di sebelah kanan pula. Title akan berubah kepada Grafik Artwork bukan? OK, klik pula pada senarai Theme >> pilih Slate. Klik button Done di bahagian bawah tetingkap RSS News Feed anda.
Cuba lihat kembali Tab Grafik Artwork tadi dan tab ini sekarang berwarna kelabu. Yeap! Ini kerana anda telah menukarkan warna themenya.
Anda boleh bina seberapa banyak Tab yang anda mahu. Sebagaimana saya, telah menambah 2 lagi Tab yang lain. Anda juga boleh melakukannya.
Menempatkan RSS News Feed pada bahagian desktop yang lain

12Tab RSS News Feed boleh ditempatkan di mana-mana bahagian desktop anda. Tidak terhadi di bahagian atas sahaja. Lihat imej di atas bagaimana saya letakkannya di bahagian kanan desktop saya.
Klik kanan pada Tab >> Pin to Right Side of Screen dan lihat hasilnya.

Tab tadi sudahpun dialihkan ke sebelah kanan desktop anda. Wow… anda mesti mencubanya. Malah anda juga boleh meletakkan seberapa banyak RSS News Feed di dalam satu Tab.
Seperti anda ada URL RSS Feeds 3 laman web yang berbeza, anda boleh ulangi langkah yang sama di atas untuk memasukkan ketiga-tiga link RSS tersebut di dalam satu Tab yang sama.
Banyak lagi yang boleh anda terokai melalui perisian ini. Selain RSS News Feed, anda juga boleh membuat nota harian, jadual dan lain-lain. Perisian yang cukup luar biasa bagi saya. Malahan ianya adalah PERCUMA. Apa kata anda cuba sekarang!
Jika anda tidak mahu apabila membuka email anda, beratus-ratus email menunggu. Malahan ia tidak ditujukan khas untuk anda pun tetapi sekadar notifikasi Feeds di dalam laman-laman web yang telah anda subscribe.
Mulai sekarang, alihkan semua RSS Feeds ini ke dalam desktop anda dan alihkan RSS Feeds di dalam email anda ;p. Dengan cara ini, email yang akan anda terima selepas ini adalah khas untuk anda dan dari awek-awek cun yang nak berkenalan dengan anda sahaja.








wah..
bagus ni..
saya mesti pilih…
Of course.. Hah! Ini salah seorang marketer terbanyak buat rujukan nih. Hehehehe.. RSS Feeds mesti belambak dalam email ni. ;p
Sesuai sangat guna RSS News Feed nih.
menariklah bro..thankz..
maklumat yang berguna..
Keep it up!! saya suka tgk function2 ni. klau nak belajar sendiri memang tak reti
makaseh bro.
tutorial yg lngkap.
hehe…
Request at anytime. Hmm.. maybe saya kene buka satu form yg boleh orang submit nak saya buat tutorial pasal apa pula selepas ni.
Baru boleh berterusan tutorial kat sini yek
Yeah, anytime bro.
Nnt tambah lg tutorial kalau2 nak guna untuk benda lain pula.
Sebab perisian ni bkn utk RSS Feeds sahaja
Welcome…
Tuan Joe, kenapa saya tak dapat nak donlod link tersebut? Saya tak jumpa link itu. Terima kasih.
Eh, mesti ada. Saya ada sertakan di atas. Klik sahaja link http://iwonderdesigns.com/?s=stick ini.
Kemudian download link ada di dalam halaman tersebut.
Selamat mencuba.
salam,alhamdulillah,bagus2
mantap
info yang bermanfaat untuk digunakan. joe boleh tak joe buatkan satu posting tenteng kepentingan CSS untuk website dan bagaimana menggunakannya..?sbb banyak laman web yang cantik dan tersusun atur! harap dapat dikongsikan kepada pembaca blog ini:-D
Hmm.. boleh insyallah. Akan dimasukan di dalam tentatif.
Note taken. Thanks bro Zans
ow..mcm 2..bagus nih..nk try r wat.hehee
Ah, sila2.. wajib cuba sbb ia sangat mudah untuk dibuat.
terima kasih kerana kongsi ilmu yang sangat berguna ni….saya dah lama buat blog tapi tak pernah tahu bagaimana nak design sendiri hingga sekarang….ada ke basic buat layout?
keep it up bro.