Wah! Aku sekarang jadi “blogger jadian” lah pulak! Hahaha.. Saya pun dah lupa bila sejak kali terakhir saya menulis blog. Rasanya dah stop sejak setengah tahun yang lalu.
Kenapa baru sekarang aku rasa macam nak blogging balik? Haaa… Tak ada apa pun. Sekadar mengisi masa lapang.
Sekarang dengan kehadiran domain baru GRAFIK.MY saya harap boleh boleh blogging secara separuh masa (separuh masa pertama).
Apa kena dengan “Blogger Jadian” pulak!?
Hahaha.. sebab saya bukan blogger. Saya designer. Jadi kalau saya nak blogging, jadi “Blogger Jadian” la. Blogger jadian semula selepas bertahun-tahun menenggelamkan diri dalam dunia designing.
Sebab kenapa saya mula blogging semula:
- Suka menjamu pengunjung dengan sesuatu yang FRESH (bukan 1 web statik lagi)!
- Saya nak mula kongsi ilmu design dengan pengunjung. Blogging lebih mudah untuk membina tutorial.
- Menghidangkan kisah-kisah peribadi normal mamat bujang saya di samping kerja-kerja formal design.
- Sebab sekarang praktikal farmasi, tak banyak masa nak design. Jadi nak mengabdikan diri dalam bidang lain dulu (blogging). Design sikit-sikit je. Huhu…
Diharapkan blog grafik.my ini akan mendapat sambutan yang amat menggalakkan dari masa ke masa.

Oh saya nak ingatkan. Blog ini adalah BLOG ANDA! Maka anda yang bakal mencorakkannya. Namun saya adalah admin. Huhu… jadi biar saya uruskan dan anda utarakan apa topik-topik yang nak dimuatkan di dalamnya.








Wooow….
LAIN DARI YANG LAIN.. GAMBATEE KUDASAI
bro, kalo kita bergabung camner………….
blog saya semua hancus akibat hoster yang entah apa-apa………
hosting selalu bermasalah. Akhirnya saya kembali kepada blog free……..
Bergabung yang bagaimana maksud hg? Ini memang menarik. Niche sama. Apa salahnya. Hee.. contact aku kat joe@grafik.my